Template PS 2024

MEREALISASIKAN HAK PENDIDIKAN KANAK-KANAK PELARIAN DAN TANPA KEWARGANEGARAAN DI MALAYSIA

19 Jun 2024

Pendidikan adalah salah satu daripada hak asasi manusia daripada lima hak ekonomi, sosial dan kebudayaan yang tersenarai dalam Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR). Menurut Artikel 26 dalam UDHR, setiap orang itu sepatutnya berhak kepada pendidikan wajib yang percuma, sekurang-kurangnya di peringkat rendah dan asas. Selain itu, hak setiap kanak-kanak untuk menerima pendidikan rendah yang percuma dan wajib ditekankan sekali lagi melalui Artikel 28 dalam Konvensyen mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) yang mana Malaysia telah menjadi Negara Pihak pada 17 Februari 1995. Walau bagaimanapun, Kerajaan Malaysia membuat pengecualian kepada Artikel ini, khususnya terhadap Artikel 28(1)(a) kerana pendidikan peringkat rendah yang wajib dan percuma hanya diberikan kepada kanak-kanak bertaraf warganegara Malaysia sahaja. Hal ini kelihatan bercanggah dengan semangat kesejagatan dan usaha mempromosi prinsip keadilan serta kesaksamaan yang dibawa oleh Artikel 3 dalam Perisytiharan Pendidikan untuk Semua yang mana Malaysia adalah salah satu negara yang berpihak dengannya.

Bersempena dengan Hari Pelarian Sedunia yang ke-50 pada 20 Jun 2024 bagi memperingati ulang tahun Konvensyen Pelarian 1951, Pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) ingin membicarakan mengenai hak kanak-kanak pelarian dan tanpa kewarganegaraan di Malaysia.

Sejarah awal pelarian di Malaysia bermula dengan ketibaan pelarian dari Vietnam pada tahun 1975. Serentak dengan ketibaan pelarian dari Vietnam itu, Pejabat Pesuruhjaya Tinggi untuk Pelarian, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) memulakan operasinya membantu kerajaan Malaysia dalam memberikan perlindungan dan bantuan kepada pelarian Vietnam sebelum mereka ditempatkan di negara ketiga. Sehingga kini, data menunjukkan terdapat seramai 50,000 orang kanak-kanak pelarian tinggal di Malaysia. Malaysia pula masih belum meratifikasi dua konvensyen berkenaan dengan pelarian iaitu Konvensyen Pelarian 1951 dan Protokol mengenai Status Pelarian 1967 serta bukan juga negara ahli kepada Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkaitan Status Orang Tanpa Kewarganegaraan 1954 dan Konvensyen mengenai Pengurangan Orang Tanpa Kewarganegaraan 1961.

Selain itu, Akta Imigresen 1996/63 tidak membezakan pelarian, pemohon suaka, individu tanpa kewarganegaraan dan tidak berdokumen kerana ketiadaan rangka undang-undang bagi menangani isu pelarian dan isu individu tanpa kewarganegaraan di Malaysia. Hal ini turut memberikan kesan kepada kanak-kanak pelarian dan tanpa kewarganegaraan yang mana mereka dinafikan atau disekat akses kepada pendidikan.

Dalam memastikan bahawa hak kanak-kanak di Malaysia bersifat inklusif, SUHAKAM bersama rakan kolaborasi yang menjalankan usaha menangani isu kanak-kanak pelarian dan tanpa kewarganegaraan di Malaysia telah melancarkan satu laporan Ringkasan Dasar yang berjudul, “Merealisasikan Hak Pendidikan Kanak-Kanak Pelarian dan Tanpa Kewarganegaraan di Malaysia” pada 7 Disember 2023 di Kuala Lumpur. Laporan ini disediakan hasil daripada konsultasi dengan agensi kerajaan yang berkaitan termasuk dari Sabah dan Sarawak yang bertujuan untuk memahami isu akses pendidikan yang dihadapi oleh kanak-kanak yang terkesan dan menyokong usaha Kerajaan Malaysia dalam memenuhi aspirasi pendidikan kanak-kanak selaras dengan moto Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB (UNESCO) iaitu education for all atau pendidikan untuk semua.

Laporan Ringkasan Dasar tersebut menggariskan bahawa walaupun Perkara 12 Perlembagaan Persekutuan yang dibaca bersama dengan Perkara 8 secara prinsipnya menekankan tentang hak kepada pendidikan yang tidak terhad kepada warganegara sahaja, namun undang-undang yang sedia ada iaitu Akta Pendidikan 1996 membataskan kanak- kanak bukan warganegara daripada menerima hak kepada pendidikan. Keadaan ini selanjutnya mewujudkan diskriminasi dalam hak pendidikan kepada kanak-kanak bukan warganegara.

Selain daripada itu, Akta Kanak-Kanak 2001 juga merupakan salah satu usaha untuk melindungi kepentingan terbaik semua kanak-kanak di Malaysia. Pada tahun 2019, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mewujudkan Dasar Penolakan Sifar yang mana tiada kanak-kanak yang dikecualikan daripada akses kepada pendidikan. Walau bagaimanapun, KPM telah melaksanakan semakan kepada prosedur kemasukan kepada dasar tersebut pada Mac 2022 yang mana dasar tersebut dijelaskan sebagai dasar yang ditujukan kepada kanak-kanak berkeperluan khas sahaja.

Dalam hal ini, SUHAKAM berpandangan bahawa dasar tersebut perlu diperluas semula kepada semua kanak-kanak, termasuklah kanak-kanak pelarian dan tanpa kewarganegaraan tanpa perlu mengehadkannya kepada kanak-kanak berkeperluan khas sahaja. Setakat ini, kanak-kanak pelarian hanya menerima pendidikan tidak formal atau pendidikan alternatif seperti di Alternative Learning Centres (ALC) atau pusat pembelajaran alternatif sahaja. Daripada 34% kanak-kanak pelarian dan tanpa kewarganegaraan yang berdaftar dengan ALC, didapati bahawa sebanyak 2/3 daripadanya tiada akses kepada sebarang bentuk pendidikan. Dalam pada itu, Deklarasi Kuala Lumpur mengenai Hak dan Akses kepada Pendidikan untuk Pelarian yang mana Malaysia telah memberi komitmen terhadapnya pada tahun 2022, menyeru supaya kanak-kanak pelarian turut dimasukkan dalam sistem pendidikan kebangsaan di negara anggota ASEAN. Deklarasi tersebut diwujudkan berpaksikan kepada ayat 100, Surah An-Nisa’ dalam Al-Qur’an yang mana Allah SWT telah berfirman, “Dan barangsiapa berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka akan mendapatkan di bumi ini tempat hijrah yang luas dan (rezeki) yang banyak”.

SUHAKAM ingin berkongsi amalan terbaik di negara Thailand yang mempunyai Dasar Pendidikan untuk Semua dan membenarkan semua kanak-kanak tanpa mengira status atau latar belakang untuk menerima pendidikan yang sejagat secara percuma di sekolah awam. Dalam kalangan 95,000 orang pelarian di Thailand, seramai 36% daripadanya adalah kanak-kanak, dan seramai 145,000 orang kanak-kanak pelarian adalah berdaftar di sekolah awam. Kerajaan Thailand turut mempermudah pendaftaran sijil kelahiran rasmi bagi kanak-kanak yang dilahirkan di Thailand tanpa mengira status atau latar belakang mereka melalui Akta Pendaftaran Sivil 2008 sekaligus membolehkan kanak-kanak menerima pendidikan rendah selama 12 tahun secara percuma. Hal ini selaras dengan penekanan Kerajaan Thailand kepada pendidikan wajib kanak-kanak selama sembilan tahun dalam Akta Pendidikan Thailand.

Penemuan utama yang dirakamkan dalam laporan Ringkasan Dasar adalah mengenai jurang dan cabaran kepada akses pendidikan dalam kalangan kanak- kanak pelarian serta tanpa kewarganegaraan iaitu kekangan bahasa, kekangan kewangan dan dana peruntukan bagi pembiayaan pendidikan yang terhad, ketiadaan dokumentasi, infrastruktur yang tidak mencukupi, kekangan undang-undang terutamanya undang-undang berkenaan kewarganegaraan dan kurangnya penglibatan ibu bapa.

Akhir sekali, laporan Ringkasan Dasar tersebut menyediakan tiga syor utama dan cadangan kepada agensi kerajaan yang terlibat iaitu meningkatkan akses pendidikan formal kepada kanak-kanak pelarian dan tanpa kewarganegaraan, berusaha memupuk sistem pendidikan kebangsaan yang lebih inklusif dan berusaha menyediakan bantuan melalui inisiatif pendidikan yang sedia ada.

SUHAKAM berpandangan bahawa pendidikan adalah jalan keluar daripada kitaran kemiskinan, penderaan dan eksploitasi kanak-kanak pelarian dan tanpa kewarganegaran. Hal ini kerana, tanpa pendidikan, golongan kanak-kanak ini tidak berpeluang untuk mengubah masa hadapan seperti berhijrah ke negara ketiga bagi penempatan semula. Justeru, SUHAKAM mengesyorkan agar usaha sama di antara agensi kerajaan khususnya Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Dalam Negeri dan badan bukan kerajaan (NGO) dapat dipertingkatkan agar sekolah alternatif yang dijalankan oleh NGO dapat diberikan pengiktirafan yang sewajarnya di samping memberikan kelonggaran kepada golongan kanak-kanak yang terkesan untuk menyertai sekolah awam yang terdapat kekurangan pelajar.

Disediakan oleh Dr. Farah Nini Dusuki, Pesuruhjaya Kanak-Kanak, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

No. 8

Press Statement No. 8-2024_SUHAKAM Calls for Immediate Compliance with UNSC Resolution 2735

Kenyataan Media

KUALA LUMPUR (13 JUNE 2024) — SUHAKAM is deeply concerned about the dire humanitarian situation in Gaza, which has been described as “beyond catastrophic” by the United Nations High Commissioner for Human Rights, Volker Türk, during his recent visit to Malaysia. The United States (US) must move beyond rhetoric’s and ensure that Israel fully complies unconditionally with the recent United Nations Security Council (UNSC) Resolution 2735 (2024) on 10 June 2024.

The US must not only exercise its veto to derail their recognition but also stop providing arms which are being used to kill the women and children in Gaza. A ceasefire must be followed by a comprehensive reconstruction plan to restore Gaza and make it liveable again. The international community, in collaboration with local authorities, must prioritize rebuilding homes, hospitals, schools, and infrastructure. Ensuring access to basic necessities such as clean water, food, and medical care is paramount.

SUHAKAM call for the safe and voluntary return of displaced Palestinians to their homes. Displacement has caused immense hardship and disrupted countless lives. Efforts must be made to facilitate their return and reintegration into their communities, providing them with the support needed to rebuild their lives.

SUHAKAM also urges on all parties involved to immediately cease hostilities and engage in constructive dialogue to seek a peaceful resolution to the conflict. It is imperative that international humanitarian law is upheld and that all necessary measures are taken to protect the lives and rights of civilians. The ongoing conflict has resulted in severe human suffering, widespread destruction, and an urgent need for international intervention.

The escalating violence has led to a significant loss of lives, including many innocent civilians, and has exacerbated an already critical humanitarian crisis. The destruction of homes, hospitals, schools, and infrastructure has left countless individuals and families without access to basic necessities such as food, clean water, and medical care.

The ongoing occupation and discriminatory policies must end. An apartheid regime violates fundamental human rights and perpetuates inequality and injustice. The international community must take decisive action to dismantle these oppressive structures and ensure equal rights for all.

SUHAKAM fully supports Volker Türk’s call for accountability and the end of impunity in Gaza and the West Bank. We urge all parties involved to respect international humanitarian law and prioritize the protection of civilian lives. The humanitarian crisis in Gaza and the deteriorating situation in the West Bank demand immediate and coordinated action from the global community.

We urge the Malaysian government to continue its efforts in providing humanitarian assistance to the people of Gaza and to work closely with international organizations and other nations to ensure the delivery of aid and support to those in need. Additionally, SUHAKAM encourages the global community to increase their efforts in addressing the root causes of the conflict and to support initiatives aimed at achieving a lasting peace in the region.

In such times, SUHAKAM stands in solidarity with the people of Gaza and reaffirms its commitment to promoting and protecting human rights for all. We extend our deepest condolences to the victims and their families and call for urgent and coordinated action to alleviate the suffering of the affected population.

Finally, SUHAKAM urges the international community to hold Israel accountable for its genocidal actions, in line with the case initiated by South Africa at the International Court of Justice (ICJ). SUHAKAM also calls for the perpetrators to be held responsible for their inhuman transgressions and for the International Criminal Court (ICC) Prosecutor to conduct just and fair investigations into the war crimes committed, without any interference.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

13 June 2024

2

(DILANJUTKAN HINGGA 10 JULAI 2024) PANGGILAN PERUNDING PENYELIDIKAN

Tajuk kajian: Kajian analisis mengenai kanak-kanak di sabah yang berisiko tinggi (kanak-kanak yang didokumentasikan, tidak didokumentasikan dan tanpa kewarganegaraan)

Jawatan: Penyelidik Konsultan

Tempoh Projek: 12 bulan dari tarikh surat pelantikan atau dari penyempurnaan kajian

Jangkaan Tarikh Mula: Julai 2024

Template PS 2024

Press Statement No. 7-2024_SUHAKAM Monitors Sabah Government Actions Affecting the Bajau Laut Community in Semporna

Kenyataan Media

KUALA LUMPUR (9 JUNE 2024) – SUHAKAM is closely monitoring the recent actions taken by the Sabah state government concerning the Bajau Laut community in Semporna. Several homes have been demolished as part of the Sabah state government’s initiatives to enhance security and protect the environment within the Tun Sakaran Marine Park. While prior notice was given to the affected communities, SUHAKAM acknowledges the need to assess the broader humanitarian impact of these actions.

The Bajau Laut are a unique and historically marginalized community facing significant challenges, including limited access to basic services such as healthcare and education. While recognizing the state government’s intention to enhance security, SUHAKAM emphasizes the importance of a balanced approach that addresses the immediate needs of those affected by the demolitions.

SUHAKAM advocates for immediate assistance to be provided to the displaced members of the Bajau Laut community. This includes ensuring access to temporary housing, medical care, and educational resources to minimize the disruption to their lives.

We encourage ongoing dialogue and collaboration between the state government, the Bajau Laut community, and humanitarian organizations to develop sustainable and inclusive strategies that address broader issues while respecting the rights and dignity of all individuals involved.

SUHAKAM remains committed to monitoring the situation closely and working towards solutions that uphold human rights.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)
9 June 2024