PS

Press Statement No. 3-2023_SUHAKAM is Gravely Concerned with the Children Detention at the Lenggeng Immigration Depot / Kenyataan Media No. 3-2023_SUHAKAM Bimbang Mengenai Tahanan Kanak-Kanak di Depoh Imigresen Lenggeng

Kenyataan Media

KUALA LUMPUR (3 FEBRUARY 2023) – The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) is gravely concerned with the conditions and welfare of the 36 children which are currently placed at the Lenggeng Immigration Depot following the arrest of 67 Indonesian migrants by the Immigration Department after a wee early hours raid conducted at a settlement in Nilai Spring on 1 February 2023.

While mindful of the immigration duty to enforce the immigration law, SUHAKAM would like to stress Malaysia’s obligation to the Convention of the Rights of the Child (CRC) in securing the best interest of the children.

In this respect, SUHAKAM calls for immediate counselling support to be provided to these children by the authorities concerned. It is also hoped that the authority will respond to the short-term needs of the affected children. The vulnerability and sensitivity of children should always be prioritised in any immigration policy decisions. The early hours of the morning raid may have a profound effect on the children’s mental state.

SUHAKAM also recommends that the Government execute the Alternative to Detention (ATD) program which has been approved by Cabinet as a solution to temporarily house the children in a place that is safe and conducive to the health and well-being of the children while waiting for their immigration status to be determined.

SUHAKAM support the Malaysian Government’s recent initiative to extend the Labour Recalibration Programme 2.0 that regularises undocumented migrants as legal foreign workers in the economic sector of our country. The initiative with the collaboration of the Indonesian government is viewed as a progressive move to resolve the long-standing immigration issues in Malaysia.

-TAMAT-

Prof. Dato’ Dr. Rahmat Mohamad

Pengerusi SUHAKAM

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

3 February 2023
—————-

KENYATAAN MEDIA

KUALA LUMPUR (3 FEBRUARI 2023)  –  Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) amat bimbang dengan keadaan dan kebajikan 36 kanak-kanak yang kini ditempatkan di Depoh Imigresen Lenggeng berikutan penahanan 67 warga Indonesia oleh Jabatan Imigresen selepas serbuan awal pagi yang dijalankan di sebuah penempatan di Nilai Spring pada   1 Februari 2023.

Di samping memperakui tanggungjawab Jabatan Imigresen untuk menguatkuasakan undang-undang imigresen, SUHAKAM ingin menekankan tanggungjawab Malaysia terhadap Konvensyen Hak Kanak-kanak (CRC) dalam menjamin kepentingan terbaik untuk kanak-kanak.

Sehubungan itu, SUHAKAM menyeru agar sokongan kaunseling segera diberikan kepada kanak-kanak berkenaan oleh pihak berkuasa. Pihak berkuasa juga diharap akan menyediakan  keperluan jangka pendek kanak-kanak terbabit. Kerentanan dan kesensitifan kanak-kanak harus sentiasa diutamakan dalam sebarang keputusan dasar imigresen. Serbuan pada awal pagi akan memberikan kesan yang mendalam terhadap keadaan mental kanak-kanak.

SUHAKAM juga menyarankan Kerajaan melaksanakan program Alternatif kepada Penahanan (ATD) yang telah diluluskan oleh Kabinet sebagai penyelesaian untuk menempatkan kanak-kanak di tempat sementara yang selamat dan kondusif untuk kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak sementara menunggu status imigresen mereka ditentukan.

SUHAKAM menyokong inisiatif Kerajaan Malaysia melanjutkan Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0 yang memberi peluang kepada migran tanpa dokumen untuk menukar status kepada pekerja migran yang sah dalam sektor ekonomi negara kita. Inisiatif dengan kerjasama Kerajaan Indonesia itu dilihat sebagai langkah progresif untuk menyelesaikan isu imigresen yang berlarutan di Malaysia.

-TAMAT-

Prof. Dato’ Dr. Rahmat Mohamad

Pengerusi

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

3 February 2023

PS

Press Statement No. 2-2023_SUHAKAM Welcomes the Government’s Commitment to Establish the Children’s Commission / Kenyataan Media No. 2-2023_SUHAKAM Sambut Baik Komitmen Kerajaan untuk Menubuhkan Suruhanjaya Kanak-Kanak

Kenyataan Media

KUALA LUMPUR (19 JANUARY 2023) – The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) welcomes the Government’s commitment to establish the Children’s Commission as an independent statutory body to protect and preserve children’s rights in Malaysia. The establishment of the Commission is a positive step towards preserving the dignify life of children, in line with the principles of Malaysia Madani as highlighted by YAB Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim.

SUHAKAM hopes that the newly established Commission will be able to deal with issues related to children, including aspects of survival, protection, development and participation of children.  Therefore, an adequate allocations and human resources is vital for the Commission to carry out the responsibilities and mandate given. In order to ensure the protection of children’s best interests, the Commission must have a broad jurisdiction and clear mandate.

Children are vulnerable to human rights violations such as maltreatment, sexual crimes, abuse and exploitation. Hence, the establishment of this Commission is a step in the right direction with Malaysia’s position as a State party to the Convention on the Rights of the Child (CRC) that responsible to preserve the safety and well-being of children.

-TAMAT-

Prof. Dato’ Dr. Rahmat Mohamad

Pengerusi SUHAKAM

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

19 January 2023

——————–

KENYATAAN MEDIA

KUALA LUMPUR (19 JANUARI 2023)  –  Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menyambut baik komitmen Kerajaan untuk menubuhkan Suruhanjaya Kanak-Kanak sebagai suatu badan berkanun bebas untuk melindungi dan memelihara hak kanak-kanak di Malaysia. Pembentukan Suruhanjaya Kanak-Kanak ini adalah suatu langkah positif ke arah memelihara kehidupan bermaruah kanak-kanak selaras dengan prinsip Malaysia Madani yang diketengahkan oleh YAB Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

SUHAKAM berharap agar Suruhanjaya yang akan ditubuhkan ini dapat menangani pelbagai aspek merangkumi isu kelangsungan hidup, perlindungan, perkembangan dan penyertaan kanak-kanak dalam pembangunan negara. Oleh itu, peruntukan dari segi kewangan dan sumber manusia yang mencukupi amat penting agar Suruhanjaya ini dapat melaksanakan tanggungjawab dan mandat yang diberi dengan lebih efektif. Dalam memastikan kepentingan kanak-kanak dilindungi, Suruhanjaya berkenaan juga perlu mempunyai bidang kuasa dan mandat yang luas dan jelas.

Kanak-kanak adalah golongan yang terdedah kepada risiko pencabulan hak asasi manusia seperti penganiayaan, jenayah seksual, penderaan dan eksploitasi. Penubuhan Suruhanjaya ini adalah satu langkah tepat dan selaras dengan kedudukan Malaysia sebagai negara pihak kepada Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) yang bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak terus dipelihara.

-TAMAT-

Prof. Dato’ Dr. Rahmat Mohamad

Pengerusi

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

19 Januari 2023

PS

Press Statement No. 1-2023_SUHAKAM Recommends the Human and Children’s Rights Courses are Made Compulsory for Coaches or Sport Teachers / Kenyataan Media No. 1-2023_SUHAKAM Syor Jurulatih atau Guru Sukan Wajib Ikuti Kursus Hak Asasi Manusia dan Kanak-kanak

Kenyataan Media

KUALA LUMPUR (18 JANUARY 2023) – The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) recommends that the human and children’s rights courses are made compulsory for coaches or sport teachers as part of the conditions to obtain coaching license. As a signatory to the Convention on the Rights of the Child 1989 (CRC), it is the responsibility of the state to guarantee that children’s right to freely engage in play and recreational activities is recognized and respected.

This is following video of a coach, for the Melaka under-14 girls’ volleyball team, slapped two of his players that went viral recently. SUHAKAM supports the actions taken by the Ministry of Youth and Sports and the Ministry of Education Malaysia as well as the revocation of the Level 1 Volleyball Coaching Certificate (Sport Specific) of the coach by the Malaysian Volleyball Association (MAVA).

SUHAKAM is of the view that the punishment is a firm signal to all sports coaches and teachers that both ministries will not compromise the safety and well-being of athletes, especially child athletes. This decision is also seen as a guarantee that children and teenagers will not be abused and degraded by any party when participating in sports, arts or cultural activities. If such incidents are not dealt with appropriately, it is feared that these children’s emotions will be disrupted, and they may feel afraid to play and participate in sports activities.

SUHAKAM also urges that all parents/guardians to report any occurrence of violence or incidents of degrading students by coaches or sports teachers to the police or Welfare Department at Talian Kasih 15999 or Whatsapp 019-2615999, and also to the Ministries as a collective effort to address issues more proactively.

-TAMAT-

Prof. Dato’ Dr. Rahmat Mohamad

Pengerusi SUHAKAM

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

18 January 2023

_________

KENYATAAN MEDIA

KUALA LUMPUR (18 JANUARI 2023)  –  SUHAKAM mengesyorkan agar semua jurulatih atau guru-guru sukan diwajibkan untuk mengikuti kursus hak asasi manusia dan hak kanak-kanak sebagai sebahagian syarat untuk mendapatkan lesen jurulatih sukan kepada pelajar. Selaku penandatangan kepada Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak 1989 (CRC) adalah menjadi tanggungjawab negara untuk memastikan hak kanak-kanak untuk melibatkan diri secara bebas dalam aktiviti permainan dan rekreasi diiktiraf dan dihormati.

Ini susulan insiden jurulatih pasukan bola tampar wanita Melaka bawah 14 tahun yang menampar dua pemainnya dalam kejadian yang tular baru-baru ini. Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menyokong tindakan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membatalkan lesen serta tindakan Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA) menarik Sijil Kejurulatihan Bola Tampar Tahap Satu (Sukan Spesifik) jurulatih berkenaan.

SUHAKAM berpandangan bahawa tindakan KBS dan KPM itu merupakan satu isyarat tegas kepada semua jurulatih dan guru sukan bahawa pihak KBS dan KPM tidak akan berkompromi berhubung aspek keselamatan dan kesejahteraan atlet, khususnya yang melibatkan atlet kanak-kanak. Keputusan ini juga dilihat sebagai jaminan bahawa kanak-kanak dan remaja tidak akan dikasari dan dijatuhkan maruah oleh mana-mana pihak apabila menyertai aktiviti sukan, kesenian atau kebudayaan. Sekiranya  insiden sebegini tidak ditangani dengan sewajarnya, dikhuatiri emosi kanak-kanak ini akan terganggu dan mereka mungkin berasa takut untuk bermain serta menyertai aktiviti sukan.

SUHAKAM juga menyarankan agar semua ibu bapa/penjaga melaporkan sebarang kes kekasaran atau insiden menjatuhkan maruah pelajar oleh jurulatih atau guru sukan kepada pihak polis atau JKM di Talian Kasih 15999 atau Whatsapp 019-2615999, dan juga kepada pihak KBS dan KPM sebagai satu usaha kolektif untuk menangani isu dengan lebih proaktif.

-TAMAT-

Prof. Dato’ Dr. Rahmat Mohamad

Pengerusi

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

18 Januari 2023