PS

Press Statement No. 1-2022: SUHAKAM Calls for the Government to Immediately Review and Reform all Laws and Policies on Citizenship

Kenyataan Media

KUALA LUMPUR (20 JANUARY 2022)   –   The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) is concerned on the case of Rohana Abdullah, a stateless woman raised by a Malaysian who has been struggling with her citizenship issue after reportedly being abandoned by her biological Indonesian mother and Malaysian father when she was two months old. Abandoned children always suffer from discrimination and were denied basic rights such as access to education and medical care.

SUHAKAM commends the Prime Minister’s gesture to assist Rohana and welcomes the Home Minister’s move to investigate this matter, but hopes that the Ministry of Home Affairs will not only focus on citizenship applications on a case by case basis but instead, take a holistic approach to address all citizenship issues involving stateless persons in Malaysia. Stateless persons have been struggling with the denial of fundamental human rights and dignity and it is incumbent upon the State to find an immediate resolution to bridge this gap, in respect of the rights of the children. Currently, children separated from their biological parents and born out of wedlock are mostly affected by the citizenship law in Malaysia. While Malaysia’s provisions relating to citizenship adhere to the principle of jus sanguinis, they are strictly conditioned on proof of the legality of marriage of biological parents and place of birth of the child.

Article 8(2) of the UN Convention on the Rights of the Child (CRC) obliges Malaysia to re-establish speedily, a child’s identity in the event they were illegally deprived of some or all the elements of his or her identity. In addition, SUHAKAM has consistently advised the Government to withdraw its reservation on the right to nationality under Article 7(1) of the CRC and ratify the International Convention on Civil and Political Rights (ICCPR) which contains the same guarantee under Article 24(2). The Federal Constitution (FC) of Malaysia contains a strong legal safeguard against statelessness as provided in the Second Schedule of the FC which states that “every person born within the Federation who is not a citizen of any other country is a citizen of Malaysia by operation of law”. The Federal Court landmark case of CCH & Anor v Pendaftar Besar Bagi Kelahiran Dan Kematian Malaysia (2021) clarifies that ‘citizenship by operation of law’ is a fundamental and constitutional right. In addition, section 19B of Part III of the Second Schedule of the FC clearly provides that every person born in Malaysia who is not proven to be a citizen of any other country and who does not acquire any other citizenship is a citizen of Malaysia by operation of the law. In cases like this, the documentation required by the National Department of Registration (NRD) must be reasonable and in line with the provisions of the FC as stateless persons are generally lack of any proper and formal form of identification.

Stateless communities in Malaysia are unable to enjoy their inherent rights such as education, health care, employment, social security, freedom of movement and many others, which could also lead to serious social problems. If not addressed, the cycle of statelessness will also be endless for their future generations. Therefore, in addressing this long-standing issue, SUHAKAM calls for the Government to immediately review and reform all laws and policies on citizenship and to adopt more transparent procedures in facilitating the application of citizenship to reduce and prevent statelessness in the country.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

20 January 2022

Media queries: Contact Mrs. Norashikin Hamzah at 03-2612 5687 / 019-621 5336 or shikin@suhakam.org.my


KENYATAAN MEDIA

KUALA LUMPUR (20 JANUARY 2022)  –  Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) prihatin dengan kes Rohana Abdullah, wanita tak bernegara yang dibesarkan oleh warganegara Malaysia dan dilaporkan telah ditinggalkan oleh ibu kandung warganegara Indonesia dan bapa kandung warganegara Malaysia sejak berusia dua bulan. Kanak-kanak yang ditinggalkan begini sering didiskriminasi dan dinafikan hak asasi seperti akses kepada pendidikan dan penjagaan kesihatan.

SUHAKAM memuji niat Perdana Menteri menawarkan bantuan kepada Rohana dan menyambut baik tindakan Menteri Dalam Negeri untuk menyiasat isu ini namun berharap agar Kementerian Dalam Negeri tidak hanya memberikan tumpuan kepada kes-kes tertentu sebaliknya mengambil pendekatan menyeluruh untuk menangani semua isu yang melibatkan orang tak bernegara di Malaysia. Hak asasi dan maruah diri mereka dinafikan dan adalah menjadi kewajipan negara untuk mencari penyelesaian segera bagi merapatkan jurang ini demi kepentingan hak kanak-kanak. Pada masa ini, kanak-kanak yang terpisah daripada ibubapa kandung dan dilahirkan luar nikah adalah yang paling terjejas dengan undang-undang kewargannegaraan di Malaysia. Meskipun peruntukan berhubung kewarganegaraan di Malaysia mematuhi prinsip jus sanguinis, kewarganegaraan ditentukan oleh bukti status perkahwinan yang sah ibu dan bapa kandung serta tempat kelahiran kanak-kanak tersebut.

Di bawah Perkara 8(2) Konvensyen mengenai hak Kanak-kanak PBB (CRC) Malaysia harus mengembalikan segera identiti seorang kanak-kanak sekiranya sebahagian atau kesemua elemen identiti mereka dilucutkan secara tidak sah. SUHAKAM konsisten menasihati Kerajaan menamatkan reservasi kepada hak kerakyatan di bawah Perkara 7(1) CRC dan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Hak Sivil dan Politik (ICCPR) yang mengandungi jaminan yang sama di bawah Perkara 24(2). Perlembagaan Persekutuan (PP) Malaysia mengandungi perlindungan yang kukuh terhadap ketiadaan kewarganegaraan dalam Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa “tiap-tiap orang yang lahir di Persekutuan dan pada masa dia lahir tidak menjadi warganegara mana-mana negara ialah warganegara Malaysia melalui kuat kuasa undang-undang”. Kes Mahkamah Persekutuan CCH & Anor v Pendaftar Besar Bagi Kelahiran Dan Kematian Malaysia (2021) menjelaskan bahawa ‘kewarganegaraan melalui kuasa undang-undang’ merupakan hak asasi dan hak perlembagaan. Malah Seksyen 19B Bahagian III Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan jelas memperuntukkan bahawa tiap-tiap orang yang lahir di Malaysia dan tiada bukti menjadi warganegara mana-mana negara ialah warganegara Malaysia melalui kuat kuasa undang-undang.

Komuniti tak bernegara di Malaysia tidak dapat menikmati hak asasi seperti pendidikan, penjagaan kesihatan, pekerjaan, keselamatan sosial, kebebasan bergerak dan banyak lagi yang boleh menjurus kepada masalah sosial yang lebih serius. Jika tidak ditangani, kitaran tak bernegara akan terus berpanjangan sehingga generasi mereka yang akan datang. Sehubungan itu, bagi menangani isu yang telah wujud sekian lama ini, SUHAKAM menyeru Kerajaan segera mengkaji semula dan memperbaharui semua undang-undang dan dasar mengenai kewarganegaraan dan mengamalkan prosedur yang lebih telus untuk memudahkan permohonan kewarganegaraan seterusnya mengurangkan serta mengekang isu orang tak bernegara di negara ini.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

20 January 2022

Pertanyaan Media: Sila hubungi Pn. Norashikin Hamzah melalui 03-2612 5687 / 019-621 5336 atau shikin@suhakam.org.my

SuhakamLogo-2048x1463

KE ARAH REALISASI HAK ASASI UNTUK SEMUA

14 JAN 2022

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) ialah sebuah Suruhanjaya bebas, yang ditubuhkan oleh Parlimen Malaysia di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 (Akta 597), untuk membantu mempromosi dan melindungi hak asasi manusia di Malaysia. Seksyen 2 Akta 597 mentakrifkan "hak asasi manusia" sebagai kebebasan asasi yang termaktub dalam Bahagian II Perlembagaan Persekutuan. Di samping itu, Akta 597 memberi kuasa kepada SUHAKAM untuk mengguna pakai Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) 1948 dalam menjalankan fungsinya, selagi ia tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Bagi mencapai matlamat ini, SUHAKAM diberi mandat oleh Seksyen 4(1) Akta 597 untuk memupuk kesedaran dan menyediakan pendidikan berhubungan dengan hak asasi manusia; untuk menasihati dan membantu Kerajaan dalam merumuskan perundangan dan arahan serta tatacara pentadbiran dan mengesyorkan langkah-langkah yang perlu diambil; untuk mengesyorkan kepada Kerajaan berkenaan dengan penandatanganan atau penyertaan dalam triti dan surat cara antarabangsa yang lain dalam bidang hak asasi manusia; dan juga menyiasat aduan mengenai pelanggaran hak asasi manusia.

Dalam melaksanakan tugasnya selama lebih 20 tahun, jelas bahawa kapasiti dan keberkesanan SUHAKAM dalam melaksanakan peranan dan fungsinya adalah bergantung kepada kebebasan dan keupayaannya untuk bertindak dengan penuh hemat. SUHAKAM mengambil langkah yang tepat bukan sahaja untuk memenuhi keperluan seperti yang dinyatakan dalam Prinsip Paris ,[1]malah yang lebih penting, untuk mengekalkan kredibilitinya dalam kalangan masyarakat Malaysia sebagai sebuah institusi yang melaksanakan tugasnya secara saksama dan tanpa rasa gentar atau berat sebelah dalam mempromosi dan melindungi hak asasi manusia di Malaysia. Oleh itu, dalam mengambil kira setiap pandangan yang diberikan oleh pihak berkepentingan daripada golongan yang berbeza ekstrem dan aspirasi, keputusan dan pendirian SUHAKAM mengenai hak asasi manusia dibuat secara bebas dan selaras dengan garis yang ditentukan oleh Akta 597. Selain itu, berpandukan Seksyen 7(4) Akta 597, SUHAKAM berusaha sebaik mungkin untuk membuat semua keputusan secara sepersetujuan oleh kesemua ahli-ahli Suruhanjaya.

Walau bagaimanapun, salah faham oleh pihak tertentu tentang status, peranan dan fungsi SUHAKAM masih berterusan. Ia menjadi semakin ketara sejak kebelakangan ini berdasarkan reaksi individu dan kumpulan tertentu berikutan tindakan berani SUHAKAM memberi perhatian kepada isu yang mungkin dilihat oleh sesetengah pihak sebagai "kontroversi" dan tidak sesuai dengan konteks sosial di Malaysia. Malah ada yang mendakwa SUHAKAM hanya memperjuangkan isu songsang dan mengabaikan isu teras hak asasi manusia yang menjejaskan kehidupan komuniti akar umbi.

Sehubungan itu, selaras dengan moto SUHAKAM iaitu “Hak Asasi Untuk Semua”, SUHAKAM ingin membetulkan beberapa tanggapan salah tentang SUHAKAM dan cara kerjanya dalam mempromosi dan melindungi hak asasi manusia di Malaysia:

“SUHAKAM berpaksikan barat”

Tidak dinafikan, SUHAKAM menerima kritikan daripada pelbagai pihak berkepentingan di negara ini berikutan perbezaan persepsi dan apa yang mereka harapkan terhadap SUHAKAM. Ada yang masih berpegang kepada pandangan bahawa SUHAKAM tidak memenuhi harapan mereka manakala yang lain terus melihat SUHAKAM sebagai 'pro-NGO' atau sebuah institusi yang mengikut konsep barat secara membuta tuli kerana kenyataan dan pendiriannya yang sering mengkritik pihak berkuasa atau dilihat sebagai mencabar relativisme budaya.

Realitinya, pendirian SUHAKAM mengambil kira konteks tempatan dan tidak dibuat secara bersendiri.

Sejak awal penubuhannya, SUHAKAM telah membangunkan cara kerja tersendiri, menyediakan platform rundingan untuk pihak berkepentingan dan menjemput individu dan kumpulan yang berkaitan untuk memberikan pandangan mereka mengenai isu hak asasi manusia yang berbangkit serta perubahan yang perlu dilakukan dalam negara bagi memastikan kemajuan hak asasi manusia yang lebih bermanfaat. Dalam menjalankan perundingan ini, SUHAKAM berusaha gigih untuk memastikan individu dan kumpulan tempatan, termasuk CSO pelbagai latar belakang terlibat sama selain daripada rakan serantau dan antarabangsa. Pihak berkepentingan yang terlibat termasuklah kumpulan agama, wanita, kanak-kanak, orang asli, orang kurang upaya dan banyak lagi. Salah satu contoh inisiatif SUHAKAM adalah untuk menambah baik keadaan tempat tahanan di Malaysia bagi memastikan ia memenuhi, antaranya Peraturan Minimum Standard PBB bagi Layanan Terhadap Tahanan. Selain orang dalam tahanan, SUHAKAM turut berunding dengan Kementerian, agensi dan pegawai yang berkaitan sejak bermulanya inisiatif ini. Hasilnya, syor-syor SUHAKAM kepada Kerajaan mengenai perkara ini bukan sahaja kepada penambahbaikan yang boleh melindungi hak orang dalam tahanan, tetapi juga hak pegawai dan kakitangan untuk mempunyai persekitaran kerja yang selamat, bersih dan sihat.

Contoh lain ialah kerja promosi SUHAKAM dalam memerangi penyeksaan. SUHAKAM telah memulakan inisiatif ini dan kini merupakan sebahagian daripada gabungan yang dikenali sebagai Gabungan ACT4CAT[2]. Selain SUHAKAM, ahli Gabungan ini terdiri daripada Majlis Peguam, Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Amnesty International (AI), Lawyers for Liberty (LFL) dan Anti-Death Penalty Asia Network (ADPAN). Anggota Gabungan ini bekerjasama untuk menyokong ratifikasi Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Menentang Penyeksaan dan Layanan atau Hukuman Lain yang Kejam, Tidak Berperikemanusiaan dan Menjatuhkan Maruah (UNCAT)[3]. Gabungan ini aktif mencari CSO lain untuk menyertai inisiatif ini termasuk organisasi berasaskan kepercayaan/keagamaan. Pada tahun 2019, SUHAKAM telah menganjurkan dialog serantau mengenai UNCAT yang bertujuan untuk meneroka amalan terbaik Negara lain ke arah penyertaan dan pelaksanaan UNCAT pada peringkat domestik. Dalam mendapatkan pandangan dan perspektif yang lebih meluas mengenai isu ini, SUHAKAM menjemput wakil tempatan daripada agensi kerajaan, pertubuhan masyarakat sivil, pengamal perubatan, NHRI dan ahli akademik untuk berdialog bagi memastikan isu ini mengambil kira konteks domestik.

Selain itu, pada 2016, SUHAKAM memulakan kajian mengenai diskriminasi terhadap golongan transgender di Kuala Lumpur dan Selangor berkaitan hak mereka untuk mendapatkan pekerjaan, penjagaan kesihatan, pendidikan, perumahan dan maruah. Perbincangan telah diadakan dengan pelbagai kumpulan termasuk organisasi berasaskan kepercayaan dan hak asasi manusia, serta individu yang bekerja dengan mereka. Laporan itu telah diterbitkan pada Mac 2019 dan salah satu daripada syornya adalah agar komuniti ini dapat menikmati hak asasi manusia sepenuhnya tanpa pengecualian dan diskriminasi.

Ini adalah antara contoh perundingan mengenai pelbagai isu hak asasi manusia yang dijalankan oleh SUHAKAM dan kesemuanya terdapat dalam laporan tahunan SUHAKAM sejak tahun 2000. Perundingan yang dijalankan adalah untuk memastikan pandangan dan konteks tempatan menjadi sebahagian daripada pertimbangan utama SUHAKAM.

“SUHAKAM tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan”

SUHAKAM berpegang kepada undang-undang penubuhannya, Akta 597, dalam menjalankan fungsinya termasuk untuk mempromosi dan melindungi hak asasi manusia seperti yang ditakrifkan dalam Bahagian II Perlembagaan Persekutuan, dengan berpandukan UDHR. Sehubungan itu, SUHAKAM berusaha untuk memastikan perkara ini diterapkan dalam semua kerjanya.

Walau bagaimanapun, Seksyen 4(1)(b) Akta 597 memperuntukkan bahawa SUHAKAM juga bertanggungjawab “untuk menasihati dan membantu Kerajaan dalam merumuskan perundangan dan arahan serta tatacara pentadbiran dan mengesyorkan langkah-langkah yang perlu diambil”. Berdasarkan peruntukan ini, SUHAKAM sentiasa memberikan syor kepada kerajaan tentang penambahbaikan undang-undang domestik bagi memastikan ia mencapai standard yang diterima secara sejagat untuk semua rakyat sepertimana yang ditetapkan dalam UDHR. Selain itu, SUHAKAM turut dirujuk dan dijemput oleh pelbagai Kementerian untuk terlibat dalam pelbagai jawatankuasa kajian undang-undang bagi memastikan perspektif hak asasi manusia dipertimbangkan dalam penggubalan dan kajian semula undang-undang. Antaranya termasuk Pasukan Projek Khas Draf Rang Undang-undang Anti-Gangguan Seksual (2019), Rang Undang-undang Anti-Diskriminasi terhadap Wanita, dan Jawatankuasa Khas Kajian Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori. SUHAKAM turut terlibat dalam banyak jawatankuasa semakan undang-undang lain yang ditubuhkan oleh Kerajaan. 

Dalam hal ini, Kerajaan Malaysia telah menunjukkan komitmen yang kuat untuk membuat perubahan yang perlu; contohnya, penggubalan dan kajian semula Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) dan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (Akta 82). Malah undang-undang tertinggi negara, Perlembagaan Persekutuan Malaysia telah dipinda pada Julai 2001 untuk memasukkan istilah "jantina" sebagai asas tiada diskriminasi, selaras dengan komitmen antarabangsa Malaysia.

SUHAKAM akan terus memberikan bantuannya kepada kerajaan dalam memperbaharui undang-undang domestik sebagai refleksi kepada komitmen hak asasi manusia antarabangsa, termasuk hak yang dikategorikan sebagai hak yang tidak boleh dihadkan.

“Pendirian SUHAKAM bercanggah dengan ajaran agama dan budaya Malaysia”

SUHAKAM menghormati kebebasan beragama kerana ia merupakan hak asasi manusia. SUHAKAM juga menghormati bahawa Islam adalah agama Persekutuan, dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan harmoni di mana-mana bahagian Persekutuan, seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

SUHAKAM terganggu dengan dakwaan baru-baru ini kerana beberapa pendiriannya dilihat sebagai serangan halus terhadap kepercayaan agama tertentu. SUHAKAM menekankan bahawa dalam menentukan pendiriannya, SUHAKAM sering berpandukan kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia serta UDHR, sebagaimana yang dibenarkan oleh Akta 597.

SUHAKAM berpandangan bahawa semua agama menuntut kepada keadilan, kesaksamaan dan maruah yang juga merupakan tunjang kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia serta piawaian hak asasi manusia antarabangsa. Atas dasar keluhuran Perlembagaan Persekutuan Malaysia, amalan dalam beragama seharusnya akur kepada perlindungan hak asasi manusia sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan. Malahan, Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan dalam Perkara 75 Bahagian VI bahawa "'Jika mana-mana undang-undang Negeri tidak selaras dengan sesuatu undang-undang persekutuan, maka undang-undang persekutuan itu hendaklah mengatasi undang-undang Negeri dan undang-undang Negeri itu adalah tidak sah setakat yang tidak selaras itu."

“SUHAKAM hanya memperjuangkan isu songsang dan mengabaikan isu akar umbi sebenar”

SUHAKAM menekankan bahawa andaian ini adalah tidak berasas dan ternyata salah. SUHAKAM menjalankan tugasnya menangani pelbagai isu hak asasi manusia yang melibatkan hak ekonomi, sosial, budaya serta hak sivil dan politik. Berkenaan aduan yang diterima misalnya, antara tahun 2017-2021, SUHAKAM menerima sebanyak 4,510 aduan dari seluruh Malaysia. Berdasarkan aduan yang diterima, SUHAKAM menyiasat isu-isu seperti hak untuk mendapat taraf hidup yang memadai, pekerjaan, pendidikan, kesihatan, keselamatan sosial, kewarganegaraan, diskriminasi kaum, kebebasan bergerak, bersuara, berhimpun, berpersatuan, beragama dan banyak lagi. SUHAKAM turut menyantuni masyarakat melalui sesi SUHAKAM Bersama Masyarakat (SBM) yang menyediakan platform bagi masyarakat setempat untuk menyuarakan tentang isu-isu hak asasi manusia yang menjejaskan kehidupan seharian mereka.

Dalam menangani isu tematik tersebut, dan selaras dengan Perkara 8(1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan Malaysia, SUHAKAM mengambil kira realiti kehidupan kumpulan rentan dan komuniti akar umbi. Mereka termasuk wanita, kanak-kanak, orang kurang upaya, orang asli, pelarian, migran, dan ramai lagi. SUHAKAM turut berpegang kepada pendirian bahawa semua manusia, tanpa mengira latar belakang mereka, dilahirkan bebas dan saksama dari segi nilai, maruah dan hak mereka.

Pelan Strategik Lima Tahun SUHAKAM 2021-2025 – yang boleh diakses secara umum dalam laman web rasmi SUHAKAM – menunjukkan bidang tumpuan hak asasi manusia secara meluas yang sedang ditangani oleh SUHAKAM, antaranya untuk memajukan hak ekonomi, sosial dan budaya terutamanya bagi kumpulan rentan, memerangi xenofobia, perkauman dan diskriminasi kaum, dan meningkatkan kesedaran mengenai hak kanak-kanak. Ini, bersama fakta bahawa laporan tahunan SUHAKAM yang merekodkan variasi tema hak asasi manusia serta kumpulan rentan yang ditangani oleh SUHAKAM – justeru menyangkal dakwaan tidak berasas ini.  

SUHAKAM akan terus menangani isu hak asasi manusia yang berbangkit di Malaysia tanpa rasa gentar atau berat sebelah. Ini termasuk untuk memberi perhatian kepada isu hak asasi manusia yang mungkin dilihat tidak popular oleh pihak tertentu. Di samping itu, sekiranya perlu, SUHAKAM akan bersuara bagi mana-mana pihak yang tertindas dan komuniti rentan di negara ini yang mungkin takut untuk bersuara akibat tekanan politik dan sosial. Dalam hal ini, SUHAKAM juga ingin menekankan keperluan untuk laporan tahunannya dibahaskan oleh Parlimen agar semua isu hak asasi manusia yang melibatkan golongan rentan di Malaysia dapat ditangani dengan berkesan oleh Kerajaan.

SUHAKAM secara konsisten telah menerima pakai pendirian yang bebas dan adil dalam menangani isu hak asasi manusia dan meskipun kenyataannya kadangkala kritikal terhadap beberapa dasar dan tindakan yang tidak selaras dengan prinsip dan norma hak asasi manusia antarabangsa, pendirian SUHAKAM sentiasa bersifat konstruktif dan didorong oleh keperluan untuk menyokong negara ini ke arah menjadi sebuah negara yang mempunyai piawaian dan prestasi hak asasi manusia yang boleh dicontohi.


[1] Principles relating to the Status of National Institutions (The Paris Principles) was adopted by General Assembly resolution 48/134 of 20 December 1993 . The Paris Principles set out the minimum standards that NHRIs must meet in aspects of, among others, NHRIs’ legal standing, independence, powers, mandate, and resources to be considered as credible and  effective. In June 2021, SUHAKAM was reaccredited ‘A’ status by the Sub-Committee on Accreditation (SCA) of the Global Alliance for National Human Rights Institutions (GANHRI) denoting that SUHAKAM fully complies with the Paris Principles. https://www.ohchr.org/en/professionalinterest/pages/statusofnationalinstitutions.aspx

[2] See more information about the ACT4CAT Coalition and its activities at https://www.facebook.com/ACT4CAT/

[3] The UNCAT which was adopted by the UN General Assembly on 10 December 1984, aims to prevent torture and other acts of cruel, inhuman, or degrading treatment or punishment; https://www.ohchr.org/en/professionalinterest/pages/cat.aspx

PS

Press Statement No. 1-2022 (OCC)_CC Saddened by Setbacks Faced by Children in Accessing School

Kenyataan Media

KUALA LUMPUR (13 JANUARY 2022)   –   The Children’s Commissioner (CC), Prof. Dato’ Noor Aziah Mohd Awal is saddened with the recent news report on January 10, 2022, which featured several students from Sekolah Kebangsaan Sibuga Besar in Sandakan crossing a dilapidated suspension bridge on their first day of school.

The report further affirms the CC’s discovery during a recent monitoring visit in Sandakan that children living in deeper remote areas and those without documentation face difficulties in accessing proper mainstream education. The CC commends the action of the Sandakan Town Council and the Implementation Coordination Unit, Prime Minister’s Department, for their coordinated and swift plans to assess the bridge for repair or reconstruction and hopes that such efforts will be expedited further. With the announced closure of the bridge, the CC also hopes that alternative measures, such as the provision of free-of-charge boats, will be implemented to assist children in attending schools. The CC further hopes that the Government, through Public Works Department, will continually inspect and ensure roads and bridges, infrastructure and public facilities under its purview and functions are safe, in good working condition and well-maintained at all times, as such facilities involve public and children’s lives and safety. Assessment and reconstruction efforts should not only be a reactive measure but must be proactive.

The COVID-19 pandemic has impacted children’s learning and well-being for almost two years and schools were closed during the enforcement of the Movement Control Order (MCO). With the reopening of schools, the CC implores for all relevant government agencies such as the Department of Education to ensure that all children, especially in rural areas are able to access education, by providing them with the necessary aids including transportation and an enabling school environment which ensures their safety and security.

The right of children to education is internationally recognised under the Article 28(1) of the Convention on the Rights of the Child (CRC). Fundamental to this right is the need under Article 28(1)(e) for States to implement measures that encourage regular attendance in school and to decrease drop-out rates. The importance of education is further in emphasised in Goal 4 of the United Nations Sustainable Development Goals (SDGs), which highlights the need for States to ensure equitable education for all.  While Malaysia has continued to maintain its reservation to the Article 28(1)(a) of the CRC on the obligation of States to provide free and compulsory primary education, access to education should nonetheless be a priority in its pursuit of accelerated development.  

The CC wishes to reiterate the need for the Government to increase its allocations for improving children’s access to education. Transparent reporting on the use of the budget for that purpose must also be available. Providing schools alone would not suffice. Access to schools should also be made a priority. With the two, the CC is confident that Malaysia will be able to further align itself towards achieving the goals of both the CRC and the SDGs.

-TAMAT-

Professor Dato’ Noor Aziah Hj. Mohd Awal, Children’s Commissioner

13 January 2022

Media queries: Contact Mrs. Norashikin Hamzah at 03-2612 5687 / 019-621 5336 atau shikin@suhakam.org.my

KENYATAAN MEDIA

KUALA LUMPUR (13 JANUARI 2022)   –   Pesuruhjaya Kanak-Kanak (PKK), Prof Dato’ Noor Aziah Mohd Awal menzahirkan dukacita dengan laporan akhbar pada 10 Januari 2022 yang memaparkan beberapa pelajar dari Sekolah Kebangsaan Sibuga Besar di Sandakan yang terpaksa menggunakan jambatan usang pada hari pertama persekolahan.

Laporan ini mengesahkan lagi dapatan PKK semasa lawatan pemantauan baru-baru ini di Sandakan bahawa kanak-kanak yang tinggal di kawasan pedalaman dan mereka yang tidak berdokumen, menghadapi kekangan akses kepada pendidikan arus perdana yang baik. PKK menyambut baik tindakan Majlis Perbandaran Sandakan dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri, dalam kerjasama dan kepantasan mereka membuat penilaian bagi pembaikan atau pembinaan semula jambatan tersebut dan diharapkan usaha ini dapat dipercepatkan lagi. Dengan pengumuman penutupan jambatan tersebut, PKK berharap langkah alternatif seperti penyediaan bot secara percuma boleh dilaksanakan untuk membantu kanak-kanak ke sekolah. PKK juga berharap agar Kerajaan, melalui Jabatan Kerja Raya, akan terus memeriksa dan memastikan jalan raya, jambatan, infrakstruktur atau lain-lain kemudahan awam di bawah bidang kuasa dan fungsinya berada dalam keadaan yang baik dan disenggara secara berterusan. Usaha penilaian dan pembinaan semula perlu dilakukan secara proaktif dan bukan sahaja secara reaktif.

Wabak COVID-19 telah memberi impak kepada pembelajaran dan kesejahteraan kanak-kanak selama hampir dua tahun dan sekolah ditutup sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Dengan pembukaan sekolah, PKK merayu semua agensi kerajaan yang terlibat seperti Jabatan Pendidikan untuk memastikan semua kanak-kanak, terutamanya mereka di kawasan pedalaman mendapat akses pendidikan dan memastikan mereka disediakan dengan bantuan seperti pengangkutan dan persekitaran sekolah yang menjamin keselamatan dan kesejahteraan mereka.

Hak kepada pendidikan diiktiraf di peringkat antarabangsa di bawah Perkara 28(1) Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC). Asas kepada hak ini adalah keperluan di bawah Perkara 28(1)(e) untuk Negara pihak melaksanakan langkah-langkah yang mendorong kehadiran secara tetap ke sekolah dan menurunkan kadar keciciran. Matlamat 4 Pembangunan Lestari (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menekankan kepentingan pendidikan dan Negara pihak perlu memastikan Pendidikan yang saksama untuk semua. Walaupun Malaysia masih mengekalkan reservasi kepada Perkara 28(1)(a) mengenai tanggungjawab untuk menyediakan pendidikan rendah secara percuma, akses kepada pendidikan seharusnya menjadi keutamaan ke arah pembangunan yang semakin pesat.

PKK menekankan keperluan untuk Kerajaan menambah peruntukan bagi menambah baik akses kanak-kanak kepada pendidikan. Pelaporan yang telus mengenai penggunaan bajet untuk tujuan ini perlu disediakan. Pembinaan sekolah semata-mata adalah tidak mencukupi. Akses kepada pendidikan perlu diutamakan. Dengan pelaksanaan kedua-duanya, PKK yakin Malaysia dapat menjajarkan hala tujunya untuk mencapai matlamat-matlamat CRC dan SDGs.

-TAMAT-

Professor Dato’ Noor Aziah Hj. Mohd Awal, Pesuruhjaya Kanak-Kanak

13 Januari 2022

Pertanyaan Media: Sila hubungi Pn. Norashikin Hamzah melalui 03-2612 5687 / 019-621 5336 atau shikin@suhakam.org.my