ANNOUNCEMENT

KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA LAPORAN TAHUNAN SUHAKAM 2022   

Tawaran adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat tempatan yang berdaftar dengan  Kementerian Kewangan Malaysia di bawah kod bidang 221601 hingga 221614 bagi menyertai sebut harga berikut :  

NO. SEBUT HARGA            : SHM.001/1/18 Jilid 5 (2)

TAJUK SEBUT HARGA       : Sebut Harga Bagi Perkhidmatan Mereka Bentuk, Mencetak Dan Membekal Laporan Tahunan 2022 Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) Dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

TARIKH IKLAN                  : 28 Julai 2023

TARIKH KEMUKAKAN SEBUT HARGA    :   14 Ogos 2023 (sebelum 12.00 tengah hari)

JUMLAH CETAKAN : i) Bahasa Malaysia   : 800 naskah   ii) Bahasa Inggeris     : 800 naskah

    • Dokumen Sebut Harga yang dihantar secara fizikal yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga di Unit Perolehan SUHAKAM, Tingkat 11, Menara TH Perdana, 1001 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur sebelum jam 12.00 tengah hari pada 14 Ogos 2023.

    • Tawaran yang lewat tidak akan diterima; 

Syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai  berikut :   

  1.  

1. En. Syamsul Azhar Bin Zamani (syamsul@suhakam.org.my) 03-2612 5615 

2. En. Ahmad Firdaus Bin Abd. Shukor (firdaus@suhakam.org.my) 03-2612 5650 

TENDER

Sebut Harga Bagi Perkhidmatan Mereka Bentuk, Mencetak Dan Membekal Laporan Tahunan 2021 Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) Dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

NO. SEBUT HARGA : SHM.001/1/18 Jilid 5 ( 1 )

TAJUK SEBUT HARGA : Sebut Harga Bagi Perkhidmatan Mereka Bentuk, Mencetak Dan Membekal Laporan Tahunan 2021 Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) Dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

TARIKH IKLAN : 28 Januari 2022
TARIKH KEMUKAKAN SEBUT HARGA : 11 Februari 2022 (sebelum 12.00 tengah hari)

JUMLAH CETAKAN :
i) Bahasa Malaysia : 1000 naskah
ii) Bahasa Inggeris : 1000 naskah

TENDER

MEMBANGUN, MEMBEKAL, MEMASANG, MENGUJI, MENGINTEGRASI, MIGRASI DAN MENTAULIAHKAN SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA

DOKUMEN SEBUT HARGA

MEMBANGUN, MEMBEKAL, MEMASANG, MENGUJI, MENGINTEGRASI, MIGRASI DAN MENTAULIAHKAN SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA

NO. RUJUKAN SEBUT HARGA: SHM.001/1/18 Jld 4(3) (Pembangunan Sistem Pengurusan Maklumat)

SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA (SUHAKAM)

PENGENALAN SEBUT HARGA

MEMBANGUN, MEMBEKAL, MEMASANG, MENGUJI, MENGINTEGRASI, MIGRASI DAN MENTAULIAHKAN SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT
SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA

PERINGATAN :

  1. Penyebut harga – penyebut harga dikehendaki membaca dan memahami keseluruhan butir-butir dokumen sebut harga sebelum mengemukakan tawaran.
  2. Pastikan dokumen sebut harga adalah lengkap di kesemua muka surat. Sekiranya terdapat maklumat lanjut yang diperlukan adalah menjadi tanggungjawab penyebut harga untuk mendapatkan penjelasan daripada Unit Perolehan, SUHAKAM.
  3. Tawaran ini tertakluk kepada penentuan (spesifikasi) dan syarat-syarat yang tercatat di dokumen ini. Penyebut harga – Penyebut harga adalah diingatkan supaya mematuhi sepenuhnya syarat-syarat ini apabila menyertai sebut harga ini. Kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan sebut harga berkenaan tidak dipertimbangkan atau DITOLAK.

KENYATAAN SEBUT HARGA

  1. PELAWAAN SEBUT HARGA

1.1Sebut harga adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat tempatan yang BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA yang masih belum tamat tempoh bagi MEMBANGUN, MEMBEKAL, MEMASANG, MENGUJI, MENGINTEGRASI, MIGRASI DAN MENTAULIAHKAN SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA

2. DOKUMEN YANG PERLU DISERTAKAN

2.1  Salinan Sijil Pendaftaran Asal daripada Kementerian Kewangan hendaklah disertakan semasa penghantaran sebut harga untuk simpanan SUHAKAM.

2.2  Tempoh sahlaku tawaran dan tempoh siap projek.

3. KAEDAH PELAKSANAAN INTEGRITY PACT

a)  Peringkat Pertama – Semasa penghantaran dokumen tawaran oleh penyebut harga Kesemua penyebut harga yang menghantar dokumen sebut harga hendaklah menandatangani Surat Akuan Pembida bahawa ia tidak akan menawar atau memberi rasuah sebagai sogokan untuk mendapat kontrak. Wakil syarikat yang menandatangani Surat Akuan Pembida hendaklah juga melampirkan Surat Perwakilan Kuasa menandatangani bagi pihak syarikat.

b)  Peringkat Kedua – Semasa mengembalikan Surat Setuju Terima oleh Penyebut harga Berjaya, Penyebut harga yang berjaya dikehendaki menandatangani Surat Akuan Pembida Berjaya bahawa ia tidak akan memberi rasuah sebagai ganjaran kerana mendapat kontrak. Wakil syarikat yang menandatangani Surat Akuan Pembida Berjaya hendaklah juga melampirkan Surat Perwakilan Kuasa menandatangani bagi pihak syarikat.

c) Peringkat Ketiga – Menandatangani perJanjian berkaitan perolehan Kerajaan yang mengandungi Klausa Pencegahan Rasuah Dalam Perolehan Kerajaan SUHAKAM hendaklah memastikan teks perjanjian perolehan Kerajaan yang hendak ditandatangani dengan pembida mengandungi Klausa Pencegahan Rasuah Dalam Perolehan Kerajan seperti yang diedarkan oleh Jabatan Peguam Negara melalui surat edaran bil. PN(ADV)188 Jld. 5 bertarikh 24 Jun 2008. SUHAKAM hendaklah memberi penekanan kepada pembida mengenai tindakan yang boleh diambil sekiranya berlaku sebarang pelanggaran ke atas klausa tersebut.

4 Tarikh Tutup Sebut harga

Dokumen sebut harga hendaklah diserahkan dan dimasukkan ke dalam peti sebutharga di Pejabat SUHAKAM, Unit Perolehan, Tingkat 11, Menara TH Perdana, 1001, Jalan Sultan Ismail SEBELUM ATAU PADA 5 OKTOBER 2021. JAM 12.00 TENGAH HARI.