Kenyataan Media No. 22-2025_SUHAKAM Jalankan Siasatan Awam Terhadap Dakwaan Perlanggaran Hak Asasi Manusia di Penjara Taiping

KUALA LUMPUR (23 MEI 2025) – Berdasarkan kuasa di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 (Akta 597), Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) akan menjalankan siasatan awam terhadap dakwaan pencabulan hak asasi manusia berhubung insiden 17 Januari 2025 di Penjara Taiping, Perak, yang membawa kepada kematian seorang banduan yang berada dalam tahanan.

Siasatan itu bertujuan mengesahkan jika ada terdapat sebarang pelanggaran hak asasi manusia berkaitan insiden tersebut selain tujuan berikut:

(i) untuk mengenal pasti jenis dan sejauh mana pelanggaran berlaku.

(ii) untuk mengkaji bagaimana dan mengapa pelanggaran tersebut berlaku.

(iii) untuk menentukan pihak yang bertanggungjawab terhadap pelanggaran

(iv) untuk mengenalpasti lagkah pencegahan untuk mengelakkan kejadian serupa berulang

Berikut merupakan barisan panel siasatan:

(i)         Dato’ Seri Hishamudin Yunus – Pengerusi SUHAKAM merangkap Pengerusi panel siasatan.

(ii)        Datuk Mariati Robert – Pesuruhjaya SUHAKAM

(iii)       Dr Farah Nini Dusuki – Pesuruhjaya SUHAKAM

Perbicaraan awam itu akan diadakan di Pusat Koreksional Kamunting (KEMTA), Kamunting, Perak, dan dijadualkan berlangsung dalam dua fasa: dari 9 hingga 12 Jun 2025 dan dari 23 hingga 26 Jun 2025. Tarikh tambahan akan diumumkan sekiranya panel merasakan adanya keperluan untuk berbuat demikian.

Orang ramai dan media yang ingin menghadiri prosiding adalah dialu-alukan dengan mengisi pautan pra-pendaftaran di Kod QR berikut:

Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi Puan Norashikin Hamzah, bahagian Media dan Promosi di Alamat emel shikin@suhakam.org.my atau 019-6215336 dan Encik Safrizaman Mohammad at safrizaman@suhakam.org.my

-END-

The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM)

Date: 23 MAY 2025

Tags: No tags

Comments are closed.