PS

Press Statement No. 21-2022_SUHAKAM Supports Government’s Action for Urging the Govt of Afghanistan to Revisit its Decision on Banning Afghan Women from Attending Higher Education / Kenyataan Media No. 21-2022_SUHAKAM Sokong Tindakan Kerajaan Gesa Kerajaan Afghanistan Kaji Keputusan Sekat Golongan Wanita ke Universiti

PRESS STATEMENT

KUALA LUMPUR (29 DECEMBER 2022) – The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) supports the action of the Government of Malaysia through the Ministry of Higher Education (MOHE) for urging the Government of Afghanistan to revisit its decision on banning Afghan women from attending higher education, as announced on December 20.

To exclude women from acquiring education is a form of systematic discrimination, a clear contravention of the Convention on the Elimination of all Forms of Discrimination Against Women (CEDAW), of which Afghanistan is a member to the Convention. Such move also violates Article 9 of the Cairo Declaration on Human Rights in Islam (CDHRI) which guarantees equal access to education to everyone including women. CDHRI is adopted by the Organisation of Islamic Cooperation (OIC) countries and is constructed based on the teaching of Islam.

As universally accepted, education is vital for an individual’s development as well as for improving the situation of a country. Goal 4 of the Sustainable Development Goals (SDG) outlines recommendations on appropriate measures to ensure equal enjoyment of the right to education and that includes no one being left out from obtaining quality education, as the success of a country would hinge on the level of education of its citizens.

SUHAKAM further calls on the Malaysian Government to leverage its position as a current member of the United Nation’s Human Rights Council and a fellow Member States of the Organisation of Islamic Cooperation (OIC) to strongly encourage the Afghanistan Government to accede to the establishment of an inclusive government that respects the desire of the Afghan people and restores, respects, and upholds the basic rights of Afghan women and girls.

-END-

Prof. Dato’ Dr. Rahmat Mohamad

Chairman

Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM)

29 December 2022
_________________________

KENYATAAN MEDIA

KUALA LUMPUR (29 DISEMBER 2022)  –  Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menyokong tindakan Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menggesa kerajaan Afghanistan untuk mengkaji semula keputusan menyekat kemasukan golongan wanita ke universiti di negara itu, seperti yang diumumkan pada 20 Disember.

Sebagai negara anggota Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW), tindakan Afghanistan mengecualikan wanita daripada memperolehi pendidikan adalah satu bentuk diskriminasi sistematik dan pelanggaran yang jelas terhadap konvesyen tersebut. Langkah itu juga melanggar Perkara 9 dalam Perisytiharan Kaherah Mengenai Hak Asasi Manusia dalam Islam (CDHRI) yang menjamin akses yang sama kepada pendidikan kepada semua orang termasuk wanita. CDHRI diterima pakai oleh Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) negara dan dibangunkan berdasarkan pengajaran Islam.

Pendidikan adalah penting untuk perkembangan individu serta untuk menambah baik keadaan sesebuah negara dan ia diterima secara sejagat. Sasaran 4 Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) menggariskan cadangan mengenai langkah-langkah yang sesuai untuk memastikan hak pendidikan yang sama dan tiada yang ketinggalan dalam mendapatkan pendidikan yang berkualiti kerana kejayaan sesebuah negara bergantung pada tahap pendidikan rakyatnya.

SUHAKAM menyeru Kerajaan Malaysia untuk memanfaatkan kedudukannya sebagai ahli Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk menggalakkan kerajaan Afghanistan supaya menerima idea pembentukan sebuah kerajaan inklusif yang menghormati kemahuan rakyat Afghanistan dan mengembalikan, menghormati, dan menegakkan hak-hak asasi wanita dan kanak-kanak perempuan Afghanistan.

-TAMAT-

Prof. Dato’ Dr. Rahmat Mohamad

Pengerusi

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

29 Disember 2022

EDITORIAL

EDITORIAL SERVICE WANTED / PERKHIDMATAN PENYUNTING @ EDITORIAL DIKEHENDAKI

SUHAKAM kini sedang mencari individu yang berpengalaman dan berkelayakan untuk tugasan menyunting Laporan Tahunan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) bagi tahun 2022 (Bahasa Malaysia & Inggeris).

Tanggungjawab:

  • Menyediakan perkhidmatan penyuntingan/editorial dan pembacaan pruf untuk Laporan Tahunan SUHAKAM 2022 di dalam Bahasa Malaysia dan/atau Bahasa Inggeris. (anggaran sekitar 300-350 halaman muka surat)
  • Mengenalpasti dan mencadangkan pembetulan kepada kesilapan dalam ejaan, tatabahasa, penggunaan istilah dan isi kandungan.
  • Memperbaiki aliran bahasa laporan tanpa kehilangan makna dan maksud teks asal.
  • Menyelaraskan data dan fakta yang disediakan dalam graf, jadual dan jadual lain.
  • Memastikan kerja penyuntingan/editorial disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan oleh SUHAKAM.

Kemahiran yang diperlukan:

  • Cemerlang dalam Bahasa Malaysia bertulis dan/atau bahasa Inggeris.
  • Kemahiran bahasa yang baik untuk menjadikan ianya sebuah laporan menarik.
  • Keupayaan untuk memenuhi tarikh akhir yang ketat.
  • Berkebolehan bekerja dengan berbilang dokumen serentak.
  • Berpengetahuan mengenai subjek hak asasi manusia adalah kelebihan tambahan.

Pemohon yang berminat dijemput untuk menghantar permohonan anda bersama-sama resume anda dengan menyatakan profil, kelayakan dan pengalaman anda, serta disertakan dengan satu atau dua muka surat contoh kerja editorial anda yang terdahulu (sebelum dan selepas suntingan dalam Bahasa Malaysia & Bahasa Inggeris).

Semua permohonan dan dokumen sokongan hendaklah dihantar melalui e-mel kepada penerbitan@suhakam.org.my sebelum atau pada 9 Januari 2023. Hanya pemohon yang disenarai pendek akan dimaklumkan. Sila hubungi di talian 03-2612 5615/5686 untuk pertanyaan lanjut.

PS

Press Statement No. 20-2022_No One Should be Returned to a Country Where They May be Subjected to Persecution / Kenyataan Media No. 20-2022_Tiada Siapa Harus Dideportasi ke Negara yang Mungkin Mengalami Penindasan

PRESS STATEMENT

KUALA LUMPUR (16 DECEMBER 2022)  –  The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) views with concern the imminent deportation of the 114 Myanmar nationals arising from the decision of the High Court to lift the interim stay on the prevention of deportation on 13 December 2022.

The Court of Appeal is scheduled to hear the urgent stay application on 20 December 2022 (Tuesday).  We urge the Home Minister to step in and stop the deportation process to allow independent bodies to reach out to these individuals to allow a proper evaluation to be carried out in a suitable environment.

As a member of the United Nations Human Rights Council, it is crucial for Malaysia to continue with efforts to find lasting solutions to the long standing issue whereby no one should be returned to a country where they may be subjected to persecution.

-END-

Prof. Dato’ Dr. Rahmat Mohamad

Chairman

Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM)

16 December 2022

————————-

KENYATAAN MEDIA

KUALA LUMPUR (16 DISEMBER 2022)  –  Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) memandang serius deportasi 114 warga Myanmar berikutan keputusan Mahkamah Tinggi untuk membatalkan perintah penangguhan interim yang menghalang penghantaran pulang mereka pada 13 Disember 2022.

Mahkamah Rayuan dijadualkan untuk mendengar permohonan penangguhan pelaksanaan pada 20 Disember 2022 (Selasa).

SUHAKAM menggesa Menteri Dalam Negeri untuk mengambil tindakan dan menghentikan proses penghantaran ini bagi membenarkan satu badan bebas menghubungi individu-individu ini untuk menjalankan penilaian yang sewajarnya dalam persekitaran yang sesuai.

Sebagai ahli Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, adalah penting bagi Malaysia untuk meneruskan usaha mencari penyelesaian yang berkekalan terhadap isu yang telah lama berlarutan ini kerana tiada sesiapa pun harus dideportasi ke negara di mana mereka mungkin mengalami penindasan.

-TAMAT-

Prof. Dato’ Dr. Rahmat Mohamad

Pengerusi

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

16 Disember 2022

PS

Press Statement No. 19-2022_Detention without Trial goes Against the Core Principles of Human Rights / Kenyataan Media No. 19-2022_Penahanan Tanpa Bicara Bertentangan dengan Prinsip Hak Asasi Manusia

PRESS STATEMENT

KUALA LUMPUR (16 DECEMBER  2022)  –  The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) wishes to express its concern on the statement of the Home Minister that the Security Offences (Special Measures) Act 2012 (SOSMA) is necessary in managing organised crime-related cases.

Whilst SUHAKAM acknowledges that SOSMA was created pursuant to the special powers under Article 149 of the Federal Constitution, however, SUHAKAM is concerned by Section 4 of SOSMA in which arrest, detention and renewal of the detention period does not require judicial oversight. The absence of judicial oversight allows the Executive and the police a free rein to abuse such power against citizens, human rights defenders and political dissidents.

SUHAKAM is of the view that there is a need for check and balance on the powers of the investigating authorities during detention. Appropriate balance must be struck between the need to protect the nation from security threats and the maintenance of human rights.

SUHAKAM wishes to reiterate our call for the need to have balance in laws aimed to protect sovereignty and those that uphold human rights principles. Human rights and national security are not mutually exclusive, nor are they in conflict with each other.  Instead, they are interrelated and complementary.

SUHAKAM maintains a consistent position on security laws relating to detention without trial, that detention without trial goes against the core principles of human rights. Freedom from arbitrary detention, the right to a fair trial and the right to social and international order in which all rights can be fully realised are guaranteed by Federal Constitution and the Universal Declaration of Human Rights.

-END-

Prof. Dato’ Dr. Rahmat Mohamad

Chairman

Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM)16 December 2022

———————————

KENYATAAN MEDIA

KUALA LUMPUR (16 DISEMBER 2022)  –  Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menzahirkan kebimbangan terhadap kenyataan Menteri Dalam Negeri mengenai keperluan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dalam membanteras kegiatan jenayah terancang.

SUHAKAM mengakui bahawa SOSMA telah diwujudkan di bawah kuasa khas Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan, walau bagaimanapun, SUHAKAM bimbang dengan peruntukan Seksyen 4 (SOSMA) yang mana tangkapan, penahanan dan penambahan tempoh tahanan tidak memerlukan pemantauan kehakiman. Ketiadaan pemantauan kehakiman boleh membuka peluang bagi kebebasan badan eksekutif dan polis untuk menyalahgunakan kuasa tersebut terhadap rakyat, pembela hak asasi manusia dan pembangkang politik.

SUHAKAM berpandangan bahawa terdapat keperluan untuk semak dan imbang kuasa pihak yang manjalankan siasatan semasa dalam tahanan. Keseimbangan perlu dicapai antara keperluan untuk melindungi negara daripada ancaman keselamatan dan mempertahankan hak asasi manusia.

SUHAKAM ingin mengulangi gesaan untuk mewujudkan keseimbangan dalam undang-undang yang bertujuan untuk melindungi kedaulatan dan prinsip-prinsip hak asasi manusia. Hak asasi manusia dan keselamatan negara bukanlah saling eksklusif, dan ia tidak bercanggah antara satu sama lain. Sebaliknya, ia saling berkaitan dan saling melengkapi.

SUHAKAM mengekalkan pendirian yang konsisten mengenai undang-undang keselamatan berkaitan dengan penahanan tanpa bicara, bahawa ia adalah bertentangan dengan prinsip utama hak asasi manusia. Kebebasan daripada penahanan yang sewenang-wenangnya, hak untuk perbicaraan yang adil dan hak kepada ketenteraman sosial dan antarabangsa yang dapat direalisasikan sepenuhnya dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan dan Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat.

-TAMAT-

Prof. Dato’ Dr. Rahmat Mohamad

Pengerusi

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

16 Disember 2022

PS

Joint Press Statement: EU Awards A Grant to SUHAKAM / Kenyataan Media Bersama: Penganugerahan Geran oleh EU kepada SUHAKAM

EU AWARDS A GRANT TO SUHAKAM TO SUPPORT THE WIDENING OF DEMOCRATIC SPACE, STRENGTHENING THE RULE OF LAW, AND PROMOTING RESPECT FOR AND PROTECTING HUMAN RIGHTS IN MALAYSIA

8 December, Kuala Lumpur – The European Union (EU) Delegation in Malaysia and the Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) signed a contract to implement a 3-year project under the ‘Widening Democratic Space, Strengthening The Rule Of Law, And Promoting Respect For And Protecting Human Rights In Malaysia’ call.

The signatories were Ambassador His Excellency Michalis Rokas and. YBhg. Professor Dato’ Dr. Rahmat Mohamad, Chairman of SUHAKAM. The project is scheduled to kick off on 1 January 2023 with an estimated grant of Euro 500,000.00 (MYR 2.31 million) and will be carried out at various locations throughout Peninsular Malaysia, Sabah and Sarawak.

SUHAKAM’s project on ‘Advancing Human Rights in Malaysia Via Strategic Approaches in Education and Awareness Raising’, has the overall objective to inculcate an environment where human rights principles are understood, accepted, respected, and protected.

The project’s three main purpose are the conduct of relevant researches to advance human rights, awareness raising and community promotion on human rights principles, and capacity-building of human rights proponents, targeting a diverse range of beneficiaries including government agencies, legal practitioners, civil society organizations, grass root communities, and SUHAKAM’s workforce.

This is the third time SUHAKAM and the EU are embarking on a joint initiative and both sides look forward to the collaboration, towards achieving common goals in the democratic and human rights space for the country.  

-ENDS-

For media inquiry:

Norashikin Hamzah, Principal Assistant Secretary, Media and Promotion Division SUHAKAM

shikin@suhakam.org.my / 03-2612 5687 / 0196215336

————————-

PENGANUGERAHAN GERAN OLEH KESATUAN EROPAH KEPADA SUHAKAM BAGI MENYOKONG MELUASKAN RUANG DEMOKRASI, MENGUKUHKAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG, MEMUPUK RASA HORMAT DAN MELINDUNGI HAK ASASI MANUSIA DI MALAYSIA

8 Disember, Kuala Lumpur – Delegasi Kesatuan Eropah (EU) ke Malaysia dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) telah menandatangani kontrak untuk melaksanakan projek 3 tahun di bawah seruan untuk ‘Meluaskan Ruang Demokrasi, Mengukuhkan Kedaulatan Undang-Undang, Memupuk Rasa Hormat dan Melindungi Hak Asasi Manusia di Malaysia’.

Kontrak tersebut telah ditandatangani oleh Tuan Yang Terutama Michalis Rokas, Duta Kesatuan Eropah ke Malaysia dan YBhg. Profesor Dato’ Dr Rahmat Mohamad, Pengerusi SUHAKAM. Projek itu dijadualkan bermula pada 1 Januari 2023 dengan anggaran geran sebanyak 500,000.00 Euro (MYR 2.31 juta) dan akan dilaksanakan di pelbagai lokasi di seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Projek SUHAKAM mengenai ‘Memajukan Hak Asasi Manusia di Malaysia Melalui Pendekatan Strategik dalam Pendidikan dan Peningkatan Kesedaran’, mempunyai objektif keseluruhan untuk menerapkan satu persekitaran di mana prinsip hak asasi manusia dapat difahami, diterima, dihormati dan dilindungi.

Tiga tujuan utama projek ini ialah untuk menjalankan penyelidikan yang berkaitan dengan memajukan hak asasi manusia, meningkatkan kesedaran dan mempromosikan kepada masyarakat mengenai prinsip-prinsip hak asasi manusia, dan pembangunan kapasiti pendukung hak asasi manusia yang menyasarkan pelbagai penerima manfaat termasuk agensi kerajaan, pengamal undang-undang,organisasi masyarakat sivil , komuniti akar umbi, dan tenaga kerja SUHAKAM.

Inisiatif bersama ini merupakan kerjasama ketiga antara SUHAKAM dan Kesatuan Eropah, dan kedua-dua pihak mempunyai harapan agar kerjasama ini dapat menuju ke arah pencapaian matlamat yang sama dalam ruang demokrasi dan hak asasi manusia untuk negara.

-TAMAT-

Pertanyaan media:

Norashikin Hamzah, Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Media dan Promosi SUHAKAM

shikin@suhakam.org.my / 03-2612 5687 / 0196215336

PS

Press Statement No. 18-2022_SUHAKAM Welcomes, with Respect and Gratitude of the Decree Made by the Malay Rulers / Kenyataan Media No. 18-2022_SUHAKAM Menjunjung Kasih Titah Raja-Raja Melayu

PRESS STATEMENT

KUALA LUMPUR (2 DECEMBER  2022) – The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) welcomes, with respect and gratitude of the decree made by the Malay Rulers at 260th meeting of the Conference of Rulers. The decree of urging political leaders to stop playing up racial or religious issues with the purpose of incitement is vital to preserving racial harmony and stability of the multiracial society in Malaysia.

In furtherance to this, SUHAKAM echoes the call to unity which the National Unity Policy and Action Plan 2021-2030 outlines 12 strategies among others, continuous efforts to develop patriotic and democratic citizens based on the Federal Constitution and the Rukun Negara, aiming at fostering and strengthening the unity of the people.

Therefore, SUHAKAM would like to remind all that the principles outlined in the Rukun Negara should be the key to fostering racial harmony and unity, of which, together the people and nation have to strive living up to these principles.

SUHAKAM also subscribes to and supports the principle of separation of powers to ensure the integrity and independence of the judiciary are protected and free from any external interference and political pressure.

In this regard, SUHAKAM calls for good governance and respect for human rights and urges this new Government to foster the spirit of togetherness among Malaysians, regardless of their background, ethnicity and nationality, in which everyone deserves to be treated with respect and dignity.

-END-

Prof. Dato’ Dr. Rahmat Mohamad

Chairman

Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM)

2 December 2022

KENYATAAN MEDIA

KUALA LUMPUR (2 DISEMBER 2022)  –  Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menjunjung kasih, dengan rasa hormat dan terima kasih atas titah Raja-Raja Melayu pada mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-260. Dekri yang menggesa pemimpin politik untuk berhenti memainkan isu perkauman atau agama dengan tujuan menghasut dan kepentingan untuk kita semua memelihara keharmonian kaum dan kestabilan masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia.

Sejajar dengan itu, SUHAKAM menjunjung seruan perpaduan yang mana Dasar Perpaduan Negara dan Pelan Tindakan 2021-2030 telah menggariskan 12 strategi, antaranya, usaha yang berterusan untuk membangunkan warganegara yang patriotik dan demokratik berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara, bertujuan untuk memupuk dan memperkukuh perpaduan rakyat.

Justeru itu, SUHAKAM ingin mengingatkan bahawa prinsip-prinsip yang digariskan dalam Rukun Negara harus menjadi kunci untuk memupuk keharmonian dan perpaduan kaum dan rakyat harus bersama-sama berusaha untuk menghayati prinsip tersebut.

SUHAKAM juga bersetuju dan menyokong prinsip pengasingan kuasa bagi memastikan integriti dan kebebasan badan kehakiman dilindungi dan bebas daripada sebarang campur tangan dari pihak luar dan tekanan politik.

Oleh yang demikian, SUHAKAM menyeru tadbir urus yang baik dan penghormatan terhadap hak asasi manusia dan menggesa Kerajaan baharu ini untuk memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan rakyat Malaysia, tanpa mengira latar belakang, etnik dankewarganegaraan mereka, di mana setiap orang berhak dilayan dengan hormat dan bermaruah.

-TAMAT-

Prof. Dato’ Dr. Rahmat Mohamad

Pengerusi

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

2 Disember 2022