PS

Press Statement No. 26-2021_SUHAKAM Expresses its Concerns Over the Arrest of Organizers and Activists of a Planned Assembly

PRESS STATEMENT

KUALA LUMPUR (30 JULY 2021) – The COVID-19 pandemic has proven its ability to cause unprecedented challenges to human rights globally. Laws and regulations to restrict public gathering and freedom of movement have been implemented in many countries including Malaysia. Such restrictions should be imposed solely for the purpose of managing public health concerns, based on necessity.

With the spike of COVID-19 new cases in the country especially in the Klang Valley, the Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) recognizes the difficulties faced in efforts to juggle and balance between public health priorities and rights of the people to gather peacefully as granted in Part II, Article 10 (1)(b) of the Federal Constitution which states that all citizens have the right to assemble peaceably and without arms.

Whilst understanding the complexity of the situation, SUHAKAM, however, expresses its concerns over the arrest of organizers and the activists of a planned assembly whilst their belongings were confiscated by the police. SUHAKAM advises the authorities, in particular the police, that they have an obligation both, legally and morally to facilitate peaceful assemblies and to protect freedom of expression. Therefore, SUHAKAM wishes to remind the Government of its commitments following the 3rd Universal Periodic Review (UPR) cycle in 2018, whereby the Government accepted all recommendations to revise the Peaceful Assembly Act in order to eliminate discrimination and hindrance to the peaceful assembly.

SUHAKAM also calls for the organizers and all individuals participating in the peaceful assembly to observe and strictly comply with the standard operating procedures (SOP) at all times. Those with COVID-19 symptoms or comorbidities should restrain themselves from participating in the peaceful assembly.

SUHAKAM urges the authorities to facilitate the peaceful assembly by providing an adequate space at an appropriate location for the assembly to take place, thereby enabling physical distancing and health screening of the participants to be conducted safely. SUHAKAM hopes that all parties including the police and the organizers are able to collaborate in order to achieve a win-win solution, in line with respecting the rights for peaceful assembly whilst managing current public health SoPs and COVID-19 pandemic.

-END-

Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM)

30 July 2021

Media queries: Contact Mrs. Norashikin Hamzah at 03-2612 5687 / 019-621 5336 or shikin@suhakam.org.my

KENYATAAN MEDIA

KUALA LUMPUR (30 JULAI 2021) – Pandemik COVID-19 telah membuktikan kemampuannya untuk menyebabkan cabaran yang tidak pernah terjadi sebelum ini kepada hak asasi manusia di seluruh dunia. Undang-undang dan peraturan bagi menyekat perhimpunan awam dan kebebasan bergerak telah dilaksanakan oleh banyak negara termasuk Malaysia.  Sekatan tersebut seharusnya dikenakan hanya dengan tujuan untuk menangani isu berkaitan kesihatan awam berdasarkan keperluan.

Dengan lonjakan kes COVID-19 di seluruh negara terutamanya di kawasan Lembah Klang, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) mengiktiraf kesukaran yang dihadapi dalam usaha untuk menangani dan mengimbangi kepentingan kesihatan awam dan hak rakyat untuk berhimpun secara aman seperti yang termaktub dalam Bahagian II, Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa semua warganegara mempunyai hak untuk berhimpun secara aman tanpa senjata.

Meskipun memahami kerumitan situasi ini, SUHAKAM bimbang terhadap penahanan pihak penganjur dan aktivis perhimpunan serta rampasan barangan milik mereka oleh pihak polis. SUHAKAM menasihatkan agar pihak berkuasa, terutamanya pihak polis, bahawa mereka mempunyai kewajipan moral dan undang-undang untuk memudah cara perhimpunan aman dan memelihara hak untuk bersuara. Sehubungan itu, SUHAKAM ingin mengingatkan Kerajaan akan komitmennya dalam Kitaran Ketiga Penilaian Berkala Sejagat (UPR) pada 2018, bahawa Kerajaan menerima semua syor-syor untuk menilai semula Akta Perhimpunan Aman bagi menghapuskan diskriminasi dan halangan kepada perhimpunan aman.

SUHAKAM juga menyeru agar pihak penganjur dan semua individu yang ingin menyertai perhimpunan aman untuk memantau dan mematuhi prosedur operasi standard (SoP) pada setiap masa. Mereka yang mempunyai simptom COVID-19 atau golongan berisiko tinggi perlu menghindari daripada menyertai perhimpunan aman.

SUHAKAM menggesa pihak berkuasa untuk memudah cara perhimpunan aman dengan menyediakan ruang yang mencukupi di kawasan yang bersesuaian agar perhimpunan dapat diadakan, dan membolehkan penjarakan sosial dan saringan kesihatan terhadap peserta dapat dijalankan dengan selamat. SUHAKAM berharap agar semua pihak termasuk pihak polis dan penganjur dapat bekerjasama bagi mencapai situasi menang-menang, selari dengan memenuhi hak untuk berhimpun secara aman sementara menangani pandemik COVID-19 dan isu kesihatan awam.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

30 Julai 2021

Pertanyaan Media: Sila hubungi Pn. Norashikin Hamzah melalui 03-2612 5687 / 019-621 5336 atau shikin@suhakam.org.my

PS

Press Statement No. 25-2021_Covid-19 Surge: Frontliners in Need of Support from All Segments of Society

PRESS STATEMENT

KUALA LUMPUR (26 JULY 2021) – The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) is concerned with the significant increase of COVID-19 cases and high death rates in recent weeks. This is in part due to the emergence of the COVID-19 Delta variant which is more infectious, but also from the actions of those who knowingly disregard the Standard Operation Procedures (SoPs) and Government Guidelines, in spite of the on-going movement control order and travel restrictions.

SUHAKAM commends the Government on the increase in testing and screening efforts, and its success in ramping up the National COVID-19 Immunisation Programme with close to half a million doses administered daily in recent days. Notably the COVID-19 Immunisation Task Force (CITF) had announced on 23 July 2021, that 71.9 % adult residents aged 18 and above in Kuala Lumpur, Putrajaya, and Selangor, where more than half of the daily new positive cases are reported from, have received at least one dose of the vaccine. SUHAKAM reiterates its call for the Government to uphold the principle of ‘Leaving No One Behind’, by ensuring refugees and undocumented migrants are included in the national vaccination programme and to avoid threats of punitive actions.

Until such time when herd immunity is achieved nationwide, SUHAKAM reminds all levels of society to persist in practicing the SoPs that we are now very familiar with. The frontliners’ tireless and selfless efforts alone would not be sufficient to pull us through this crisis. The actions, or non-action, of every member of the community and wider society matters, as well, in the overall equation to overcome the Pandemic. It is crucial for everyone, regardless of their nationality or immigration status to comply with the SoPs, including avoiding large gatherings, close and confined contacts or travelling across State borders, to restrict further spread of the virus.

Whilst efforts are on-going to overcome the Pandemic on various fronts, SUHAKAM calls for appropriate support to be provided to frontliners and their families such as healthcare workers, enforcement agencies, contract workers, and volunteers, to ensure their safety and welfare are well taken care of. There should be adequate provision of PPEs, necessary equipment, as well as better benefits in light of the risks that they face on a daily basis and their invaluable contribution to the nation in this crisis. SUHAKAM had recently received a Memorandum from the group Gerakan Doktor-doktor Kontrak Malaysia highlighting grouses with their employment terms. SUHAKAM wishes to encourage all concerned parties to discuss and resolve issues raised soonest, as a matter of public interest. In addition, SUHAKAM hopes relevant Ministries would take pro-active steps to provide immediate assistance and plan ahead to resuscitate small and medium businesses that have incurred tremendous losses and suffered badly due to the Pandemic.

SUHAKAM welcomes Government’s announcement to reconvene Parliament sitting, starting with the Special Meeting of the Third Session of the Fourteenth Parliament 2021 for the House of Representatives which assembles from today, 26 July to 2 August 2021, followed by the First and Second Meeting of the Fourth Session of the Fourteenth Parliament 2021 from 6 to 30 September 2021 and 25 October to 16 December 2021 respectively. The reinstatement of the Parliamentary sessions is vital in ensuring there would be a check and balance mechanism in governing the country and allow Members of Parliament (MPs) to highlight and address the Rakyat’s affairs and issues, which have become more acute due to the Covid-19 Pandemic.

-END-

Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM)

26 July 2021

Media queries: Contact Mrs. Norashikin Hamzah at 03-2612 5687 / 019-621 5336 or shikin@suhakam.org.my

KENYATAAN MEDIA

KUALA LUMPUR (26 JULAI 2021) – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) bimbang dengan peningkatan ketara kes COVID-19 dan kadar kematian yang tinggi sejak kebelakangan ini. Ianya tidak hanya disebabkan oleh kemunculan varian Delta COVID-19 yang lebih mudah berjangkit, tetapi juga disebabkan oleh mereka yang dengan sengaja mengabaikan Prosedur Operasi Standard (SoP) dan Garis Panduan Kerajaan, meskipun perintah kawalan pergerakan dan sekatan perjalanan masih dilaksanakan.

SUHAKAM memuji usaha Kerajaan dengan peningkatan ujian dan saringan serta kejayaan dalam meningkatkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dengan hampir setengah juta dos diberikan setiap hari pada masa ini. Pada 23 Julai 2021, Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) telah mengumumkan bahawa 71.9% golongan dewasa berumur 18 tahun ke atas yang menetap di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor, yang menyumbang kepada separuh daripada kes positif setiap hari, telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. SUHAKAM mengulangi seruan agar Kerajaan menegakkan prinsip ‘Tiada Sesiapa yang Ketinggalan’, dengan memastikan pelarian dan migran tanpa dokumen dimasukkan ke dalam program immunisasi kebangsaan dan mengelakkan daripada mereka diancam dengan hukuman semasa mengambil vaksin.

Sehingga imuniti berkelompok dapat dicapai di seluruh negara, SUHAKAM ingin mengingatkan masyarakat untuk terus mengamalkan SoP yang telah menjadi amalan biasa kita semua. Usaha tanpa henti dan tidak berbelah bahagi oleh barisan hadapan sahaja tidak mencukupi untuk membebaskan kita daripada krisis ini. Tindakan atau sebaliknya, oleh setiap ahli komuniti dan masyarakat awam secara keseluruhannya adalah sama penting dalam menangani Pandemik ini. Penting untuk setiap orang, tidak kira kewarganegaraan atau status imigresen mereka, untuk mematuhi SoP termasuk mengelakkan perhimpunan secara besar-besaran, kontak rapat di ruangan tertutup atau perjalanan merentas negeri, bagi menghalang jangkitan daripada terus merebak.

Sementara usaha diteruskan untuk menangani pandemik ini dilakukan oleh pelbagai pihak, SUHAKAM menyeru supaya sokongan sewajarnya diberikan kepada barisan hadapan dan keluarga mereka, seperti pekerja penjagaan kesihatan, agensi penguatkuasaaan, pekerja kontrak dan sukarelawan, bagi memastikan keselamatan dan kebajikan mereka dijaga dengan baik. Mereka perlu dibekalkan dengan kelengkapan pelindung diri (PPE), peralatan perlu dan juga manfaat lain dengan mengambil kira risiko yang dihadapi setiap hari dan juga sumbangan mereka yang tidak ternilai kepada negara dalam krisis ini. Baru-baru ini SUHAKAM telah menerima satu Memorandum daripada Gerakan Doktor-doktor Kontrak Malaysia berkenaan terma pengambilan kerja mereka. SUHAKAM berharap agar pihak yang terlibat dapat berbincang dan menyelesaikan isu-isu yang dibangkitkan dengan kadar segera kerana ianya merupakan isu kepentingan awam. Sebagai tambahan, SUHAKAM berharap agar Kementerian yang berkaitan akan mengambil langkah-langkah proaktif untuk menyediakan bantuan segera dan perancangan awal bagi membangunkan semula industri kecil dan sederhana yang telah mengalami kerugian besar akibat daripada pandemik ini.

SUHAKAM menyambut baik pengumuman Kerajaan untuk menyambung semula sidang Parlimen, bermula dengan Mesyuarat Khas Dewan Rakyat Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 2021 Dewan Rakyat yang berlangsung bermula hari ini, 26 Julai hingga 2 Ogos 2021, diikuti dengan Mesyuarat Pertama dan Kedua Penggal Keempat Parlimen Ke-14 2021 masing-masing bermula dari 6 hingga 30 September 2021 dan 25 Oktober hingga 16 Disember 2021. Sesi Sidang Parlimen ini amat penting dalam memastikan mekanisma semak imbang pentadbiran negara dijalankan dan memberikan ruang kepada Ahli Parlimen (MP) mengetengahkan dan membincangkan isu-isu berkaitan Rakyat yang semakin meruncing akibat Pandemik COVID-19.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

26 Julai 2021

Pertanyaan Media: Sila hubungi Pn. Norashikin Hamzah melalui 03-2612 5687 / 019-621 5336 atau shikin@suhakam.org.my

PS

Press Statement No. 9-2021 (OCC)_Need for Media Safe Reporting of Mental Health Related Issues in the Social Media Especially Children

PRESS STATEMENT

KUALA LUMPUR (16 JULY 2021)    –    The Children’s Commissioner (CC) of the Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM), Dato’ Noor Aziah Mohd Awal is saddened with the case of the abuse of a 13-year-old girl with down-syndrome, named Bella, at a home located in Wangsa Maju, reported early this month. A Facebook user had also posted that Bella, the owner, staff, and several residents had tested positive for COVID-19. Further inspection revealed that Bella had also showed signs of being physically abused and traumatized.

The CC is thankful that the police and the Social Welfare Department had responded quickly and proceeded to investigate the case, which is currently pending review of the Deputy Public Prosecutor (DPP) to undertake further legal action. The Office of the Children’s Commissioner (OCC) would be monitoring the progress of the case to ensure that the child victim is provided with the necessary protection and treatment, in view that the child and all those infected have since been admitted for treatment at a hospital. The CC strongly urge that all measures must be taken for the perpetrator to be charged as soon as possible.

The CC is equally concerned at how Bella’s story has turned viral, with multiple images and videos of the girl being circulated online. The media and public should be reminded that it is a violation of Section 15 of the Child Act 2001 (Act 611) to publicly share photographs or videos that show the identity of the child victim. This is also pursuant to Article 37(a) of the Convention on the Rights of the Child (CRC) which has been ratified by Malaysia in 1995 which clearly states that “No child shall be subjected to degrading treatment”. The CC appeals for the public to not disseminate the child victim’s identity any further, as the child’s dignity must be well-protected and preserved.

By virtue of Article 23 of the CRC, the CC urges the Government to ensure that children with disabilities are not only entitled to the protection and assistance of the State, but be allowed to fully participate in society. Children with disabilities have the right to express their opinions, participate in decision-making that affects them, receive inclusive education, and be protected from violence and abuse like everyone else. It is the CC’s hope that such cases will not be allowed to recur in the future and that the dignity and well-being of every child shall be actively protected at all costs.

-END-

Professor Dato’ Noor Aziah Hj. Mohd Awal, Children’s Commissioner

16 July 2021

Media queries: Contact Mrs. Norashikin Hamzah at 03-2612 5687 / 019-621 5336 or shikin@suhakam.org.my

KENYATAAN MEDIA

KUALA LUMPUR (16 JULAI 2021)   –   Pesuruhjaya Kanak-kanak (CC) Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Dato’ Noor Aziah Mohd Awal berasa dukacita dengan kes penderaan seorang kanak-kanak perempuan sindrom down berumur 13 tahun, bernama Bella, di sebuah rumah yang terletak di Wangsa Maju, yang dilaporkan awal bulan ini. Seorang pengguna Facebook telah membuat hantaran bahawa Bella, pemilik, kakitangan dan beberapa warga rumah tersebut telah disahkan positif COVID-19. Siasatan lanjut mendedahkan bahawa Bella juga menunjukkan tanda-tanda beliau telah didera secara fizikal dan dalam keadaan trauma.

CC berterima kasih kepada pihak polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang telah bertindak dengan pantas dan terus menyiasat kes, yang mana sekarang ini kes sedang dalam semakan oleh Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan undang-undang selanjutnya.  Pejabat Pesuruhjaya Kanak-kanak (OCC) akan terus memantau perkembangan kes bagi memastikan mangsa kanak-kanak diberikan perlindungan dan rawatan yang bersesuaian, memandangkan kanak-kanak tersebut dan mereka yang dijangkiti telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan. CC mendesak agar semua langkah diambil bagi memastikan pelaku didakwa dengan segera.

CC juga turut bimbang tentang bagaimana kisah Bella telah menjadi tular, dengan gambar dan video gadis tersebut disebarkan secara atas talian. Pihak media dan masyarakat umum diingatkan bahawa adalah menyalahi Seksyen 15 Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611) untuk berkongsi secara umum gambar-gambar dan video- video yang menunjukkan identiti mangsa kanak-kanak. Hal ini juga selaras dengan Perkara 37(a) Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC) yang telah diratifikasi Malaysia pada tahun 1995 di mana ia jelas menyatakan “Tidak ada kanak-kanak boleh tertakluk kepada layanan yang menjatuhkan maruah”. CC memohon masyarakat umum untuk tidak lagi menyebarkan identiti mangsa kanak-kanak kerana maruah kanak-kanak hendaklah dijaga dan dipelihara sebaiknya.

Berdasarkan Perkara 23 CRC, CC menggesa Kerajaan untuk memastikan kanak-kanak kurang upaya adalah bukan sahaja berhak kepada perlindungan dan bantuan oleh negara, tetapi mestilah dibenarkan untuk terlibat secara menyeluruh dalam masyarakat. Kanak-kanak kurang upaya mempunyai hak untuk menyatakan pandangan mereka, terlibat dalam membuat keputusan yang memberi kesan kepada mereka, menerima pendidikan yang inklusif, dan dilindungi daripada keganasan dan penderaan seperti orang lain. Adalah menjadi harapan CC supaya kes seperti ini tidak dibenarkan berulang lagi di masa hadapan dan maruah serta kesejahteraan setiap kanak-kanak hendaklah dijaga secara aktif dalam apa jua keadaan.

-TAMAT-

Professor Dato’ Noor Aziah Hj. Mohd Awal, Pesuruhjaya Kanak-Kanak

16 Julai 2021

Pertanyaan Media: Sila hubungi Pn. Norashikin Hamzah melalui 03-2612 5687 / 019-621 5336 atau shikin@suhakam.org.my

PS

Press Statement No. 24-2021_The U.S. Department of State’s 2021 Trafficking in Persons (TIP) Report

PRESS STATEMENT

KUALA LUMPUR (5 JULY 2021) – The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) is very concerned with the U.S. Department of State’s 2021 Trafficking in Persons (TIP) Report whereby Malaysia has been downgraded to Tier 3 for failing to fully meet the minimum standards for the elimination of trafficking in persons and not making significant efforts to ensure compliance, even considering the impact of the COVID-19 pandemic on its anti-trafficking capacity. 

Despite the lack of significant compliance, SUHAKAM acknowledges that the Government has taken some initiative to address trafficking in persons such as identifying and providing protection services to victims of trafficking and adopting victim identification standard operating procedures.  However more effective measures are required.

The TIP Report highlighted that the Government continues to conflate human trafficking and migrant smuggling crimes and did not adequately address the allegations of human trafficking.  In view of the gravity of the Tier 3 status, SUHAKAM urges the Government to establish a Royal Commission of Inquiry pursuant to the TIP Report and focus its attention on implementation of the recommendations.

SUHAKAM calls on the Government to make public the report and recommendations of the Special Independent Committee on Foreign Worker Management and to expedite implementation of the recommendations which considered issues of unethical, unhealthy, and unfair practices in the recruitment of foreign workers including the need to make workers recruitment transparent by introducing an end-to-end online system for hiring foreign workers.  For long term measures to be successful, the Government is encouraged to have discussions with the relevant stakeholders including NGOs. 

SUHAKAM urges the Government to increase the law enforcement capacity to investigate and prosecute trafficking cases, including by improving inter-agency coordination, to ensure successful efforts to prosecute traffickers.  The relevant Government agencies need to increase their level of seriousness to manage forced labour issues especially those alleged in the plantation and rubber manufacturing sectors. Corrupt officials involved in this dark economy must be made criminally accountable as they are conduits that have permitted this corruption fuelled system to thrive. 

SUHAKAM supports the Government’s proposal to amend the Anti-Trafficking in Persons and Anti-Smuggling of Migrants Act 2007 to provide amongst others, stricter punishment as part of efforts to curb human trafficking activities by syndicates in Malaysia. A definition of forced labour should also be included as part of the amendment.  Further, the Government is urged to amend the current labour laws, to ensure the rights of workers are adequately safeguarded.  Therefore, SUHAKAM reiterates the call by Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, for Parliament to be reconvened as soon as possible.

SUHAKAM takes note that the Malaysian Border Security Agency (AKSEM) is now placed under the Royal Malaysia Police (PDRM) to ensure strengthened border security management.  It is hoped that this restructuring plan would facilitate the Government’s initiatives to ensure effective measures are in place especially, to deal with issues faced by porous borders and related issues of corruption. 

Therefore, SUHAKAM calls on the Government to intensify its efforts to prevent as well as to take the lead to combat human trafficking and smuggling of migrants, and to ensure full protection and assistance for trafficked and smuggled victims at all stages, in line with international standards set by the United Nations Protocol to Prevent, Suppress and Punish Trafficking in Persons, Especially Women and Children, being a protocol to the United Nations Convention against Transnational Organized Crime. SUHAKAM would also like to take this opportunity to call on the Government to release the report and findings of the Royal Commission of Inquiry’s investigation of the human trafficking camps and graves in Wang Kelian.

-END-

Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM)

5 July 2021

Media queries: Contact Mrs. Norashikin Hamzah at 03-2612 5687 / 019-621 5336 or shikin@suhakam.org.my

KENYATAAN MEDIA

KUALA LUMPUR (5 JULAI 2021) – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) amat bimbang dengan Laporan Pemerdagangan Manusia (TIP) 2021 Jabatan Negara Amerika Syarikat di mana Malaysia telah diturunkan ke Tahap 3 kerana gagal memenuhi sepenuhnya standard minimum untuk membanteras pemerdagangan manusia dan tidak melakukan usaha yang signifikan untuk memastikan pematuhan, meskipun setelah mengambil kira impak pandemik COVID-19 terhadap kapasiti anti-pemerdagangan manusia di negara ini.

Walaupun kurangnya usaha yang signifikan, SUHAKAM mengakui bahawa Kerajaan telah mengambil beberapa inisiatif untuk menangani pemerdagangan manusia seperti mengenal pasti dan memberikan perlindungan kepada mangsa pemerdagangan manusia serta menerima pakai prosedur operasi standard mengenai pasti mangsa. Walau bagaimanapun, masih banyak langkah-langkah yang lebih efektif perlu dilaksanakan.

Laporan tersebut menyatakan bahawa Kerajaan terus mengaitkan jenayah pemerdagangan manusia dengan penyeludupan migran dan tidak menangani dakwaan pemerdagangan manusia dengan sewajarnya. Melihat betapa beratnya status Tahap 3 ini, SUHAKAM menggesa Kerajaan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja Laporan TIP dan menumpukan perhatian kepada pelaksanaan syor-syor dalam laporan tersebut.

SUHAKAM menggesa Kerajaan untuk mengeluarkan laporan Jawatankuasa Bebas Khas Pengurusan Pekerja Asing kepada umum dan mempercepatkan pelaksanaan syor-syor yang mengambil kira isu-isu yang tidak beretika, tidak wajar, dan tidak adil dalam pengambilan pekerja asing termasuk keperluan untuk pengambilan pekerja secara telus dengan memperkenalkan sistem dalam talian secara terus untuk pengambilan pekerja asing. Bagi memastikan langkah-langkah jangka panjang ini berjaya dilaksanakan, Kerajaan digalakkan untuk mengadakan perbincangan dengan pihak berkepentingan yang berkaitan termasuk Badan Bukan Kerajaan (NGO).

SUHAKAM menggesa Kerajaan untuk meningkatkan kapasiti penguatkuasaan undang-undang untuk menyiasat dan mendakwa kes pemerdagangan manusia, termasuk meningkatkan koordinasi antara agensi, bagi memastikan usaha pendakwaan pedagang manusia ini berjaya. Agensi Kerajaan yang berkaitan perlu meningkatkan tahap keseriusan mereka menangani isu pekerjaan terutamanya mereka yang didakwa terlibat dalam sektor perladangan dan perkilangan produk getah. Pegawai yang terlibat dalam rasuah ekonomi sebegini perlu dipertanggungjawabkan kerana mereka adalah saluran yang membenarkan amalan rasuah dalam sistem ini semakin meningkat.

SUHAKAM menyokong cadangan Kerajaan untuk meminda Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 untuk mengenakan hukuman yang berat sebagai sebahagian daripada usaha untuk membendung aktiviti pemerdagangan manusia oleh sindiket di Malaysia. Definisi buruh paksa juga perlu dimasukkan dalam pindaan akta ini. Kerajaan juga digesa untuk membuat pindaan kepada undang-undang buruh yang sedia ada bagi memastikan hak-hak pekerja dilindungi secukupnya. Sehubungan itu, SUHAKAM mengulangi seruan oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, agar Parlimen bersidang semula dengan kadar segera.

SUHAKAM mengambil maklum bahawa Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) kini ditempatkan di bawah Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bagi memastikan pengurusan keselamatan sempadan diperketatkan. Adalah diharapkan agar pelan penstukturan semula ini dapat membantu inisiatif Kerajaan terutamanya dalam memastikan langkah-langkah efektif disediakan, bagi menangani isu yang dihadapi disebabkan kebolosan sempadan dan isu rasuah yang berkaitan.

Oleh itu, SUHAKAM menyeru Kerajaan untuk meningkatkan usaha bagi menghalang dan menerajui pembasmian pemerdagangan manusia dan penyeludupan migran, dan memastikan perlindungan sepenuhnya serta bantuan kepada mangsa-mangsa pemerdagangan dan penyeludupan di setiap peringkat, selari dengan standard antarabangsa yang ditetapkan oleh Protokol PBB untuk Mencegah, Menyekat dan Menghukum Pemerdagangan Orang, Terutama Wanita dan Kanak-kanak, iaitu sebagai protokol kepada Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menentang Jenayah Terancang Merentas Negara. SUHAKAM juga ingin mengambil peluang ini untuk menyeru Kerajaan mengeluarkan laporan penemuan siasatan oleh Suruhanjaya Siasatan DiRaja mengenai kem penempatan pemerdagangan manusia dan kubur di Wang Kelian.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

5 Julai 2021

Pertanyaan Media: Sila hubungi Pn. Norashikin Hamzah melalui 03-2612 5687 / 019-621 5336 atau shikin@suhakam.org.my