
WEBINAR HARI SUHAKAM 2022
SUHAKAM menyambut “Hari SUHAKAM” pada 9 September setiap tahun untuk mengingati penubuhan SUHAKAM melalui pewartaan Akta 597 [Human Rights Commission of Malaysia Act 1999]. Pada tahun ini, SUHAKAM akan mengadakan webinar dalam talian bertemakan “Kepentingan Mengutamakan Hak Asasi Ekonomi, Sosial dan Budaya (ESCR) dalam menyokong Pemulihan Negara dan Masyarakat di Malaysia”.
Objektif webinar ini antara lainnya adalah sebagai salah satu platform untuk SUHAKAM mendekati masyarakat umum dengan lebih rapat serta mengukuhkan lagi kerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan termasuk Kementerian/Agensi Kerajaan, Organisasi Masyarakat Sivil (CSO), Badan Bukan Kerajaan (NGO), komuniti/ organisasi antarabangsa dan Kedutaan Asing di Malaysia. Webinar ini juga menyasarkan matlamat untuk SUHAKAM berkongsi mengenai visi dan misi kami dalam menyokong fasa pemulihan negara setelah melalui tempoh pandemik yang sukar dari aspek hak asasi manusia.
https://suhakam.org.my/wp-content/uploads/simple-file-list/Final_Webinar-Sambutan-Hari-SUHAKAM_Updated-7_9_2022.pdf
Recent Comments