#RIDE4RIGHTS TRAIN AD LAUNCH

TERMA DAN SYARAT PERADUAN #RIDE4RIGHTS

  1. Peraduan #RIDE4RIGHTS ini dianjurkan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia tanpa mengira had umur. Kakitangan SUHAKAM dan ahli keluarganya adalah TIDAK LAYAK menyertai peraduan ini.
  2. Peraduan ini bermula pada 7 September 2020 sehingga 31 Ogos 2021.
  3. Peserta perlu menaiki tren MRT atau KTM Komuter dan menangkap gambar yang berlatarbelakangkan iklan SUHAKAM di dalam tren MRT atau KTM Komuter dan memuat naik gambar tersebut ke dalam laman media sosial masing-masing sama ada Facebook, Twitter atau Instagram dengan hashtag #RIDE4RIGHTS dan #SUHAKAM berserta slogan atau kapsyen yang kreatif dan mengandungi nilai hak asasi manusia.
  4. Kapsyen tersebut sama ada menggunakan Bahasa Malaysia atau English.
  5. Peserta dibenarkan memuat naik seberapa banyak gambar ke dalam laman media sosial mengikut kreativiti masing-masing. Gambar yang telah dimuat naik ke laman media sosial perlu dijadikan public post.

HADIAH:

  1. Penganjur akan memilih LIMA(5) orang pemenang setiap minggu bermula pada 7 September hingga 30 November 2020. SEMBILAN(9) pemenang utama akan dipilih daripada pemenang-pemenang mingguan.
  2. Pemenang mingguan akan menerima hadiah berupa T-Shirt/Totebag SUHAKAM setiap orang. Pemenang utama akan menerima kad Touch n Go Edisi Khas bernilai RM100.00 setiap seorang.
  3. Nama pemenang mingguan akan diumumkan di laman sosial Facebook, Twitter dan Instagram SUHAKAM secara mingguan manakala nama pemenang utama akan diumumkan pada 10 Disember 2020 sempena Hari Hak Asasi Manusia Sedunia.
  4. Pihak penganjur akan menghubungi pemenang melalui e-mel atau telefon dan akan menghantar pautan borang dalam talian (online form) kepada pemenang untuk mengisi butiran peribadi. Pemenang bertanggungjawab untuk memberikan butiran peribadi seperti nama penuh, alamat surat-menyurat, nombor telefon dengan tepat. Hadiah pemenang akan dihantar melalui pos mengikut alamat yang diberikan oleh pemenang.

TANGGUNGJAWAB PESERTA

  1. Peserta bertanggungjawab sepenuhnya sekiranya berlaku liabiliti, kecelakaan, kecederaan, kehilangan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan (termasuk kematian) yang disebabkan oleh penyertaan mereka dalam peraduan, pengumpulan dan/atau penggunaan hadiah. Pihak SUHAKAM tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tanggungjawab, kecelakaan, kehilangan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan (termasuk kematian) dengan cara apa pun yang dialami oleh peserta akibat daripada menyertai peraduan dan/atau penggunaan hadiah.
  2. Memandangkan pelaksanaan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dengan mengambil bahagian dalam peraduan ini, peserta dengan ini memberikan kebenaran kepada pihak SUHAKAM untuk menggunakan nama, gambar penyertaan dan kapsyen gambar untuk tujuan mempromosikan hak asasi manusia di masa depan dalam apa jua program, penerbitan, media tanpa pampasan, pemberitahuan atau kebenaran tambahan daripada peserta.
  3. Dengan menyertai peraduan ini, peserta bersetuju setiap masa untuk terikat dengan terma dan syarat yang terkandung di sini.

HAK PENGANJUR

  1. Selaku penganjur peraduan ini, SUHAKAM berhak mutlak untuk mengkaji dan mengubah mana-mana terma dan syarat yang terkandung di sini pada bila-bila masa.
  2. Pihak penganjur berhak menolak penyertaan peserta sekiranya terdapat sebarang teknik cantuman gambar (collage technique), super impose, trick photograph yang bersifat tidak semula jadi.
  3. Peserta digalakkan untuk mengunjungi Terma & Syarat dari semasa ke semasa untuk melihat sebarang pindaan dan/atau perubahan pada terma dan syarat.
  4. Keputusan SUHAKAM berkenaan senarai pemenang adalah muktamad. Semua peserta tidak boleh menggunakan proses mahkamah untuk mengkaji keputusan SUHAKAM.

-TAMAT-

Tags: No tags

Comments are closed.