Kenyataan Media No.2-2024_SUHAKAM Gesa Kerajaan Menilai Secara Positif Semua Cadangan yang Diterima di UPR Keempat Malaysia

KUALA LUMPUR (26 JANUARY 2024) — SUHAKAM observed Malaysia’s Fourth Universal Periodic Review (UPR) at the 45th Session of the UPR Working Group in Geneva, Switzerland on 25 January 2024, and notes the range of human rights issues raised and recommendations received by Malaysia.

During the session, UN Member States recognised and welcomed the legal and institutional reforms implemented by the Government, which includes enhancement of rights protection for women, children and other vulnerable groups and strengthening of legislative reforms through the introduction of additional legal protections. A majority of UN Member States praised Malaysia for its decision to abolish the mandatory death penalty, which came into force on July 4, 2023. In addition, UN Member States also commended the Government’s efforts to empower SUHAKAM as the national human rights institution by providing the institutional strength required to effectively promote and protect human rights in Malaysia.

Among other key recommendations to Malaysia during the review included to abolish in total the death penalty; to increase the minimum legal age of marriage to 18 years old; to enhance the rights, protection and improvement of the well-being of older persons and persons with disabilities; to abolish corporal punishment in schools; to combat issues related to trafficking in persons; to develop a framework to protect refugees, undocumented and stateless persons;  to strengthen the social protection of vulnerable groups especially in rural areas; to ensure the conferment of Malaysian citizenship by Malaysian mothers to children born abroad; to repeal  or review security laws and laws that impede on civil liberties; accede to the remaining core  international human rights treaties and withdrawal of reservations to the treaties that have been  ratified.

Malaysia’s 4th UPR which was facilitated by Argentina, Eritrea and Vietnam who served as the ‘troikas’, witnessed reviews and recommendations from 130 United Nations (UN) Member States. SUHAKAM is of the view that the increased participation rate as compared to 111 UN Member States in Malaysia’s Third UPR in 2018 reflects a greater interest on human rights situation in Malaysia for this cycle.

At the national level, SUHAKAM hosted a hybrid forum in the Faculty of Law, University Malaya with a live streaming and panel session in conjunction with the session held in Geneva.  SUHAKAM moderated the panel discussion which has featured representatives from Pusat KOMAS (KOMAS), the Malaysian Islamic Youth Movement (ABIM), and the Office of the High Commissioner for Human Rights (OHCHR) South-East Asia Regional Office. SUHAKAM takes this opportunity to thank all participants for their contributions during the panel session which was aimed to raise awareness on the UPR process and served as a platform to discuss on critical human rights issues.

Having observed three previous cycles of the Malaysia’s UPR, SUHAKAM acknowledges the positive impacts it has made thus far. SUHAKAM calls upon the Government to positively assess the recommendations submitted and fulfil its commitment towards achieving the UPR’s objectives through a whole-of-society approach. SUHAKAM looks forward to the adoption of the outcome report on 31 January 2024, which will serve as a roadmap for Malaysia’s continued progress in upholding human rights and promoting inclusivity.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

26 January 2024

———————————-

SUHAKAM Gesa Kerajaan Menilai Secara Positif Semua Cadangan yang Diterima di UPR Keempat Malaysia

KUALA LUMPUR (26 JANUARI 2024) Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) telah menjadi pemerhati Penilaian Berkala Sejagat (UPR) Malaysia ke-4 pada sesi ke-45 kumpulan kerja UPR di Geneva, Switzerland pada 25 Januari 2024. Pelbagai isu hak asasi manusia telah diketengahkan dan disyorkan kepada Malaysia.

Semasa sesi UPR dijalankan, negara-negara anggota Pertubuhan Bangsa -bangsa Bersatu (PBB) mengiktiraf dan menyambut baik reformasi undang-undang dan institusi yang dilaksanakan oleh kerajaan, termasuk peningkatan perlindungan hak untuk wanita, kanak-kanak dan kumpulan rentan lain termasuk pengukuhan pembaharuan perundangan melalui perlindungan undang-undang tambahan. Majoriti negara anggota PBB memuji usaha Malaysia memansuhkan hukuman mati mandatori, yang telah berkuat kuasa pada 4 Julai 2023. Selain itu, usaha kerajaan memperkasa SUHAKAM sebagai Institusi Hak Asasi Manusia Kebangsaan dengan pengukuhan yang diperlukan untuk mempromosikan dan melindungi hak asasi manusia di Malaysia turut dipuji.

Antara cadangan utama lain adalah termasuk memansuhkan sepenuhnya hukuman mati; meningkatkan umur minimum perkahwinan kepada 18 tahun; meningkatkan hak, perlindungan, dan penambahbaikan kesejahteraan warga emas dan orang kurang upaya,  memansuhkan hukuman rotan di sekolah; memerangi isu pemerdagangan manusia; membangunkan rangka kerja untuk melindungi pelarian, orang tanpa dokumen dan tanpa kewarganegaraan; mengukuhkan perlindungan sosial bagi kumpulan rentan terutama di kawasan luar bandar; memberikan  kewarganegaraan kepada anak-anak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia; mengkaji semula baki perjanjian hak asasi manusia antarabangsa utama dan menarik balik reservasi kepada Konvensyen yang telah diratifikasi.

UPR ke-4 Malaysia yang dikendalikan oleh Argentina, Eritrea, dan Vietnam yang berperanan sebagai ‘troika’ telah menyaksikan semakan dan cadangan daripada 130 Negara Anggota PBB. SUHAKAM berpendapat bahawa peningkatan kadar penyertaan berbanding dengan 111 Negara Anggota PBB dalam UPR ke-3 Malaysia pada tahun 2018 menunjukkan bahawa tumpuan diberikan kepada situasi hak asasi manusia di Malaysia pada kali ini.

Di peringkat nasional, SUHAKAM telah mengadakan satu forum hibrid di Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya diikuti dengan penstriman langsung  sesi yang diadakan di Geneva. Forum yang dikendalikan oleh SUHAKAM ini menampilkan wakil dari Pusat KOMAS (KOMAS), Pergerakan Belia Islam Malaysia (ABIM), dan Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia (OHCHR) Asia Tenggara. Objektif forum ini adalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai proses UPR dan merupakan platform untuk membincangkan isu-isu hak asasi manusia yang semakin meruncing. SUHAKAM mengucapkan terima kasih kepada semua peserta atas penyertaan mereka dan pandangan yang diberikan semasa sesi tersebut dijalankan.

Sebagai pemerhati kepada 3 kitaran UPR Malaysia yang terdahulu, SUHAKAM mengakui akan impak positif proses penilaian ini. SUHAKAM menyeru Kerajaan untuk mengkaji secara positif kesemua cadangan yang diterima dan memenuhi komitmennya untuk mencapai objektif UPR melalui pendekatan yang menyeluruh kepada masyarakat. SUHAKAM menantikan penerimagunaan laporan hasil pada 31 Januari 2024, yang akan menjadi halatuju Malaysia untuk terus  memajukan hak asasi manusia dan mempromosikan keterangkuman.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

26 Januari 2024

Tags: No tags

Comments are closed.