Kenyataan Media No.1-2024_SUHAKAM Komited Menyokong Afrika Selatan Heret Israel ke ICJ, Gesa Campur Tangan Malaysia

KUALA LUMPUR (15 JANUARY 2024) — SUHAKAM welcomes the Government’s support for South Africa’s legal action against Israel at the International Court of Justice (ICJ), which is the principal judicial organ of the United Nations.

We urge the Government to intervene in the deliberations at the ICJ. Malaysia, a state party to the Genocide Convention, must commit and ensure that Israel is held accountable for the current atrocities in Gaza and for the decades of abuse violations and dehumanising of the Palestinians. We also call for the Government to review its reservation to Article 9 of the Genocide Convention, particularly focusing on the prevention and punishment of the crime.

The Government must reach out to all our allies within the Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) and other regional bodies to intervene or support the right of Palestinians to statehood and all it entails. We note that South Africa is being supported by around 20 countries and opposed by among others, the United States, United Kingdom, Germany and Canada.

In line with our commitment to foster solidarity among national human rights institutions, SUHAKAM commits to support the South African Human Rights Commission.  SUHAKAM calls upon the international community to lend their support to South Africa’s case, highlighting the importance of ensuring justice, human rights, and accountability. SUHAKAM hopes the case will eventually find a peaceful resolution to the conflicts in the region.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)15 January 2024

————————

SUHAKAM Komited Menyokong Afrika Selatan Heret Israel ke ICJ, Gesa Campur Tangan Malaysia

KUALA LUMPUR (15 JANUARI 2024) Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menyambut baik sokongan Kerajaan Malaysia kepada Afrika Selatan yang telah mengheret Israel di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), yang merupakan suatu badan kehakiman utama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

SUHAKAM menggesa kerajaan untuk turut campur tangan dalam perbincangan di ICJ. Sebagai negara pihak kepada Konvensyen Genosid, Malaysia harus memberi komitmen dan memastikan Israel bertanggungjawab ke atas kekejaman di Gaza dan pelanggaran hak asasi manusia dan penyeksaan yang tidak berperikemanusiaan terhadap rakyat Palestin sejak berdekad lamanya. SUHAKAM juga menyeru agar Kerajaan menimbang semula reservasi kepada Perkara 9 Konvensyen Genosid yang khususnya menekankan mengenai pencegahan dan hukuman jenayah.

Kerajaan perlu bersepakat dengan semua sekutu dalam Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) dan badan-badan serantau lain untuk turut campur tangan atau menyokong hak rakyat Palestin dalam mendapatkan kedaulatan negara mereka. Afrika Selatan kini mendapat sokongan kira-kira 20 buah negara dan antara negara yang memberikan tentangan adalah Amerika Syarikat, United Kingdom, Jerman dan Kanada.

Selaras dengan komitmen untuk memupuk solidariti dalam kalangan institusi hak asasi manusia kebangsaan, SUHAKAM dengan ini komited menyokong Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Afrika Selatan. SUHAKAM menyeru masyarakat antarabangsa untuk terus memberi sokongan kepada Afrika Selatan dan menggariskan akan kepentingan untuk memastikan keadilan, hak asasi manusia, dan kebertanggungjawaban. SUHAKAM berharap agar isu ini akan menemui satu titik penyelesaian damai kepada konflik di rantau tersebut.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

15 Januari 2024

Tags: No tags

Comments are closed.