{"id":20191,"date":"2026-11-24T10:43:56","date_gmt":"2026-11-24T02:43:56","guid":{"rendered":"https:\/\/suhakam.org.my\/?p=20191"},"modified":"2026-11-24T10:43:59","modified_gmt":"2026-11-24T02:43:59","slug":"media-statement-no-78-2026_suhakam-calls-for-review-of-laws-affecting-gender-expression-in-line-with-the-federal-constitution","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/2026\/11\/media-statement-no-78-2026_suhakam-calls-for-review-of-laws-affecting-gender-expression-in-line-with-the-federal-constitution\/","title":{"rendered":"Kenyataan Media No. 78-2026_SUHAKAM Gesa Semakan Undang-Undang Berkenaan Ekspresi Gender Perlu Selaras Perlembagaan Persekutuan"},"content":{"rendered":"<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>KUALA LUMPUR (24 NOVEMBER 2026)<\/strong> - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menzahirkan kebimbangan terhadap pertuduhan yang dikenakan ke atas seorang wanita transgender di Kelantan di bawah Seksyen 19(1) Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019. Peruntukan tersebut menjadikan suatu kesalahan bagi seseorang yang memakai pakaian perempuan, menyerupai atau berlagak seperti perempuan di tempat awam atau di tempat persendirian yang boleh dilihat atau diakses oleh orang awam.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">SUHAKAM menggesa agar pertuduhan tersebut digugurkan dan Kerajaan Negeri Kelantan memansuhkan Seksyen 19 serta menggantung penguatkuasaannya sehingga peruntukan tersebut dimansuhkan. Pendakwaan ini menimbulkan persoalan sama ada undang-undang yang menghukum seseorang berdasarkan cara mereka menzahirkan identiti gender adalah selaras dengan hak kesamarataan, kebebasan diri, maruah dan kebebasan bersuara yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Perkara 4(1) menetapkan bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi negara. Oleh itu, semua undang-undang negeri hendaklah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan, termasuk kebebasan asasi yang terkandung dalam Bahagian II. Perkara 5(1) melindungi hak untuk hidup dan kebebasan diri; Perkara 8 menjamin kesamarataan di sisi undang-undang dan perlindungan undang-undang yang sama rata; manakala Perkara 10(1)(a) melindungi kebebasan bercakap dan bersuara, tertakluk kepada sekatan yang dibenarkan oleh Perlembagaan. Hak-hak ini hendaklah dihormati dan dilaksanakan bagi memastikan setiap individu dapat menjalani kehidupan dengan bermaruah, tanpa diskriminasi dan campur tangan yang sewenang-wenangnya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Keputusan Mahkamah Rayuan pada tahun 2014 dalam kes Muhamad Juzaili Mohd Khamis &amp; Ors v State Government of Negeri Sembilan &amp; Ors, oleh panel tiga hakim yang diketuai oleh Hakim Dato\u2019 Seri Mohd Hishamudin Yunus, merupakan rujukan penting dalam perkara ini. Mahkamah memutuskan bahawa Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan, yang menjadikan suatu kesalahan bagi lelaki Islam memakai pakaian perempuan atau menyerupai perempuan, bercanggah dengan kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan, termasuk kebebasan diri, kesamarataan, kebebasan bergerak dan kebebasan bersuara. Keputusan tersebut menekankan bahawa undang-undang berkaitan ekspresi gender perlu dinilai berdasarkan hak dan kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Perkara 8(2) Perlembagaan Persekutuan melarang diskriminasi berdasarkan gender. Hak wanita transgender terhadap kebebasan bersuara dan kesihatan reproduktif juga perlu dilindungi selaras dengan komitmen Malaysia di bawah Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita (CEDAW) sejak tahun 1995.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Walaupun Mahkamah Persekutuan kemudiannya mengetepikan keputusan tersebut pada tahun 2015, keputusan itu dibuat atas alasan prosedur berkaitan cara cabaran undang-undang tersebut dikemukakan, dan bukan berdasarkan penilaian terhadap isu hak asasi manusia yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan. Namun demikian, panel sembilan hakim Mahkamah Persekutuan dalam kes Alma Nudo Atenza v Public Prosecutor kemudiannya mendapati bahawa keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Muhamad Juzaili dibuat tanpa mengambil kira peruntukan undang-undang yang berkaitan dan bahawa terdapat kesilapan dalam mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan tersebut. Oleh itu, dapatan Mahkamah Rayuan dalam kes Muhamad Juzaili kekal sebagai rujukan penting dalam menilai undang-undang yang menyekat ekspresi gender secara melindungi kebebasan asasi yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">SUHAKAM turut menarik perhatian bahawa Seksyen 20 Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 menjadikan suatu kesalahan bagi seseorang memakai pakaian lelaki, menyerupai atau berlagak seperti lelaki dalam keadaan yang hampir sama. Peruntukan ini turut menimbulkan persoalan yang sama dari sudut percanggahan dengan Perlembagaan Persekutuan. Kelantan juga bukan satu-satunya negeri yang mempunyai undang-undang sedemikian. Peruntukan serupa turut terdapat di negeri-negeri lain, termasuk dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Pahang 2013.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">SUHAKAM menggesa Kerajaan Negeri Kelantan dan Kerajaan Negeri lain supaya menyemak semula peruntukan undang-undang yang menjadikan pemakaian pakaian, penampilan atau tingkah laku yang menyerupai gender berlainan sebagai suatu kesalahan, bagi memastikan undang-undang tersebut dan penguatkuasaannya selaras dengan kebebasan asasi yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. SUHAKAM turut menegaskan bahawa setiap individu yang dituduh hendaklah dilayan secara adil dan bermaruah sepanjang prosiding undang-undang, dengan privasi mereka sentiasa dihormati. Pihak media juga digesa menggunakan bahasa yang tepat dan menghormati maruah individu, mengelakkan pelaporan berunsur sensasi serta tidak mendedahkan maklumat peribadi yang tidak diperlukan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>-TAMAT-<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)<\/strong><br><strong>24 November 2026<\/strong><\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-file\"><a id=\"wp-block-file--media-de8473a9-320e-4f38-8997-9ba9fcc4f1a4\" href=\"https:\/\/suhakam.org.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/Kenyataan-Media-No.-78-2026_SUHAKAM-Gesa-Semakan-Undang-Undang-Berkenaan-Ekspresi-Gender-Perlu-Selaras-Perlembagaan-Persekutuan.pdf\">Kenyataan Media No. 78-2026_SUHAKAM Gesa Semakan Undang-Undang Berkenaan Ekspresi Gender Perlu Selaras Perlembagaan Persekutuan<\/a><a href=\"https:\/\/suhakam.org.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/Kenyataan-Media-No.-78-2026_SUHAKAM-Gesa-Semakan-Undang-Undang-Berkenaan-Ekspresi-Gender-Perlu-Selaras-Perlembagaan-Persekutuan.pdf\" class=\"wp-block-file__button wp-element-button\" download aria-describedby=\"wp-block-file--media-de8473a9-320e-4f38-8997-9ba9fcc4f1a4\">Muat Turun<\/a><\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR (24 NOVEMBER 2026) &#8211; The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) is concerned by the charge against a transgender woman in Kelantan under Section 19(1) of the Syariah Criminal Code (I) Enactment 2019. The provision criminalises a man for wearing women\u2019s attire or posing or acting like a woman in a public place, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":5,"featured_media":20193,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_bbp_topic_count":0,"_bbp_reply_count":0,"_bbp_total_topic_count":0,"_bbp_total_reply_count":0,"_bbp_voice_count":0,"_bbp_anonymous_reply_count":0,"_bbp_topic_count_hidden":0,"_bbp_reply_count_hidden":0,"_bbp_forum_subforum_count":0,"_mi_skip_tracking":false,"footnotes":""},"categories":[13],"tags":[],"class_list":["post-20191","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-press-statement"],"jetpack_featured_media_url":"https:\/\/suhakam.org.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/E1-2.png","_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20191","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/5"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=20191"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20191\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":20194,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20191\/revisions\/20194"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/20193"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=20191"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=20191"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=20191"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}