{"id":20172,"date":"2026-11-21T09:30:32","date_gmt":"2026-11-21T01:30:32","guid":{"rendered":"https:\/\/suhakam.org.my\/?p=20172"},"modified":"2026-11-21T09:30:33","modified_gmt":"2026-11-21T01:30:33","slug":"media-statement-no-77-2026_suhakam-calls-for-immediate-halt-to-repatriation-of-myanmar-asylum-seekers-and-refugees-following-icj-judgment","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/2026\/11\/media-statement-no-77-2026_suhakam-calls-for-immediate-halt-to-repatriation-of-myanmar-asylum-seekers-and-refugees-following-icj-judgment\/","title":{"rendered":"Kenyataan Media No. 77-2026_SUHAKAM Gesa Hentikan Serta Merta Penghantaran Pulang Pemohon Suaka dan Pelarian Myanmar Susulan Penghakiman ICJ"},"content":{"rendered":"<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>KUALA LUMPUR (21 NOVEMBER 2026)<\/strong> - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menggesa Kerajaan Malaysia supaya menghentikan serta-merta semua penghantaran pulang pemohon suaka dan pelarian ke Myanmar sehingga keselamatan dan hak mereka dapat dijamin, serta Myanmar telah menunjukkan komitmen yang bersungguh-sungguh dalam melaksanakan penghakiman Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), dengan pelaksanaan yang dapat dibuktikan dan disahkan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam penghakimannya pada 19 November 2026 bagi kes The Gambia v. Myanmar, ICJ memutuskan bahawa Myanmar telah melakukan genosid terhadap masyarakat Rohingya di utara Negeri Rakhine dan mengarahkan Myanmar supaya menyediakan remedi kepada mangsa. Langkah-langkah pemulihan yang diperintahkan oleh Mahkamah termasuk membenarkan dan memudahkan kepulangan masyarakat Rohingya yang kehilangan tempat tinggal ke tempat kediaman mereka secara selamat, sukarela dan bermaruah; penyatuan semula keluarga; pemulihan harta benda yang hilang atau rosak; bantuan untuk mengesan individu yang hilang serta mendapatkan semula jasad mereka yang terbunuh; pemulihan bagi mereka yang cedera; dan perlindungan daripada diskriminasi serta penganiayaan. Mahkamah turut memutuskan bahawa Myanmar perlu membayar pampasan kepada masyarakat Rohingya bagi kerugian yang tidak dapat dipulihkan melalui langkah-langkah tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Perintah ini menjelaskan bahawa sebarang kepulangan mestilah dilaksanakan secara selamat, sukarela dan bermaruah, serta disokong oleh perlindungan dan remedi yang berkesan. Proses penghantaran pulang tidak boleh dianggap selamat atau mampan selagi individu masih berisiko menghadapi penganiayaan atau diskriminasi, atau sekiranya perlindungan dan remedi yang sewajarnya tidak tersedia. ICJ turut mengarahkan Myanmar supaya mengambil langkah segera dan berkesan untuk menyiasat individu yang disyaki bertanggungjawab dan, jika wajar, mendakwa serta menghukum mereka; menggubal undang-undang bagi menguatkuasakan Konvensyen Mengenai Pencegahan dan Penghukuman Jenayah Genosid (Konvensyen Genosid); serta mencegah pelanggaran seumpamanya pada masa hadapan. Malaysia telah menyertai Konvensyen Genosid pada 20 Disember 1994. Walau bagaimanapun, setelah hampir 32 tahun, Malaysia masih belum menggubal undang-undang domestik khusus bagi menguatkuasakan peruntukan konvensyen tersebut. Sehubungan itu, SUHAKAM menggesa Kerajaan supaya menangani jurang perundangan yang telah berlarutan sekian lama ini dengan memperkenalkan kerangka perundangan yang diperlukan bagi memenuhi obligasi Malaysia di bawah Konvensyen tersebut serta memperkukuh perlindungan domestik daripada jenayah genosid.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">SUHAKAM menggesa Kerajaan Malaysia supaya:<\/p>\n\n\n\n<ol style=\"list-style-type:lower-roman\" class=\"wp-block-list\">\n<li>Menggantung serta-merta semua penghantaran pulang ke Myanmar, termasuk sebarang kepulangan yang dilaksanakan di bawah tekanan atau tanpa persetujuan bebas dan termaklum individu berkenaan, sehingga syarat-syarat perlindungan yang diperlukan dinilai dan disahkan secara bebas.<\/li>\n\n\n\n<li>Memastikan tiada pemohon suaka atau pelarian dihantar pulang tanpa penilaian risiko secara individu terhadap ancaman yang bakal dihadapi, dengan memberikan perhatian khusus kepada risiko penganiayaan, kemudaratan serius, pemisahan keluarga dan kepentingan terbaik kanak-kanak.<\/li>\n\n\n\n<li>Memudahkan pelaksanaan prosedur perlindungan sementara dengan membenarkan Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) membantu menjalankan penilaian risiko secara individu serta menyediakan perlindungan kepada pelarian dan pemohon suaka. Langkah ini dapat memanfaatkan kepakaran dan sumber sedia ada UNHCR sementara Kerajaan membangunkan mekanisme perlindungannya sendiri selaras dengan penghakiman ICJ dan obligasi hak asasi manusia antarabangsa.<\/li>\n\n\n\n<li>Memastikan kerangka suaka negara di bawah program Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) berteraskan hak asasi manusia, telus dan inklusif, serta menjamin peralihan yang lancar kepada sistem suaka yang diterajui Kerajaan bagi melindungi pelarian dan pemohon suaka. Kerangka ini juga perlu menyediakan ruang kepada SUHAKAM untuk memainkan peranan aktif sebagai penasihat dan badan pemantau dalam mempromosi, memantau serta memastikan pematuhan terhadap piawaian hak asasi manusia sepanjang proses perancangan, pelaksanaan dan pengoperasian kerangka tersebut.<\/li>\n\n\n\n<li>Menghormati sepenuhnya hak setiap individu untuk mendapatkan suaka serta memastikan prosedur permohonan suaka dilaksanakan secara adil, tanpa diskriminasi, mudah diakses dan bertanggungjawab, selaras dengan piawaian hak asasi manusia antarabangsa.<\/li>\n\n\n\n<li>Menangani ucapan kebencian dan hasutan terhadap masyarakat Rohingya serta pemohon suaka dan pelarian yang lain. Kerajaan perlu memperkukuh kesedaran awam mengenai perlindungan pelarian, menangani maklumat palsu dan naratif yang merendahkan martabat manusia, serta mengambil tindakan sewajarnya terhadap ancaman dan hasutan kepada keganasan. Komunikasi awam perlu menggalakkan penghormatan terhadap maruah manusia dan keharmonian sosial, di samping memperjelas bahawa individu yang mencari perlindungan tidak seharusnya menjadi sasaran atau dipersalahkan secara kolektif.<\/li>\n\n\n\n<li>Menyiasat dakwaan yang mempunyai asas berhubung tindakan vigilante (mengambil alih peranan pihak berkuasa), ugutan, pemerasan atau sebarang bentuk eksploitasi terhadap masyarakat Rohingya demi keuntungan kewangan. Sebarang perlakuan sedemikian perlu ditangani melalui proses yang sah di sisi undang-undang dan tidak berat sebelah. SUHAKAM menegaskan bahawa setiap dakwaan perlu disokong oleh bukti yang sewajarnya dan tidak boleh digunakan untuk memberikan stigma kepada pelarian, organisasi kemanusiaan atau kumpulan masyarakat sivil secara keseluruhan.<\/li>\n\n\n\n<li>Melibatkan ASEAN dan masyarakat antarabangsa dalam usaha memastikan perkongsian tanggungjawab yang lebih adil. Kos kewangan dan pelaksanaan dalam menerima serta melindungi pelarian, termasuk pendaftaran, tempat perlindungan, penjagaan kesihatan, pendidikan, bantuan guaman dan sokongan komuniti, tidak seharusnya ditanggung oleh Malaysia semata-mata. SUHAKAM menggesa negara anggota ASEAN dan rakan antarabangsa untuk membangunkan sokongan yang terselaras dan konsisten, termasuk sumbangan kewangan serta perluasan peluang penempatan semula dan laluan selamat yang lain.<\/li>\n<\/ol>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kos perlindungan merupakan tanggungjawab bersama di peringkat serantau dan antarabangsa. Kos tersebut tidak boleh dijadikan alasan untuk menghantar pulang individu ke tempat yang mendedahkan mereka kepada risiko sebenar mengalami kemudaratan serius. Kerjasama ASEAN perlu turut menyokong komuniti tuan rumah selain pelarian, di samping menegakkan prinsip bahawa sebarang kepulangan mestilah dilaksanakan secara selamat, sukarela dan bermaruah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Penghakiman ICJ mengenakan obligasi terhadap Myanmar. Malaysia perlu memastikan bahawa tindakannya tidak mendedahkan individu yang mencari perlindungan kepada risiko sebenar mengalami kemudaratan serius. SUHAKAM menegaskan bahawa penghantaran pulang hanya boleh dipertimbangkan sekiranya ia benar-benar dilaksanakan secara sukarela dan kepulangan tersebut dapat dilakukan dengan selamat serta bermaruah, selaras dengan perlindungan yang ditetapkan di bawah undang-undang antarabangsa.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>-TAMAT-<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)<\/strong><br><strong>21 November 2026<\/strong><\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-file\"><a id=\"wp-block-file--media-5b861fa8-6513-4190-a56a-446b51745b1d\" href=\"https:\/\/suhakam.org.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/Kenyataan-Media-No.-77-2026_SUHAKAM-Gesa-Hentikan-Serta-Merta-Penghantaran-Pulang-Pemohon-Suaka-dan-Pelarian-Myanmar-Susulan-Penghakiman-ICJ.pdf\">Kenyataan Media No. 77-2026_SUHAKAM Gesa Hentikan Serta Merta Penghantaran Pulang Pemohon Suaka dan Pelarian Myanmar Susulan Penghakiman ICJ<\/a><a href=\"https:\/\/suhakam.org.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/Kenyataan-Media-No.-77-2026_SUHAKAM-Gesa-Hentikan-Serta-Merta-Penghantaran-Pulang-Pemohon-Suaka-dan-Pelarian-Myanmar-Susulan-Penghakiman-ICJ.pdf\" class=\"wp-block-file__button wp-element-button\" download aria-describedby=\"wp-block-file--media-5b861fa8-6513-4190-a56a-446b51745b1d\">Muat Turun<\/a><\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR (21 NOVEMBER 2026) &#8211; The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) calls on the Government of Malaysia to immediately halt all repatriation of asylum seekers and refugees to Myanmar until their safety and rights can be assured, and Myanmar has demonstrated genuine and verifiable implementation of the International Court of Justice\u2019s (ICJ) judgment. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":5,"featured_media":20174,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_bbp_topic_count":0,"_bbp_reply_count":0,"_bbp_total_topic_count":0,"_bbp_total_reply_count":0,"_bbp_voice_count":0,"_bbp_anonymous_reply_count":0,"_bbp_topic_count_hidden":0,"_bbp_reply_count_hidden":0,"_bbp_forum_subforum_count":0,"_mi_skip_tracking":false,"footnotes":""},"categories":[13],"tags":[],"class_list":["post-20172","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-press-statement"],"jetpack_featured_media_url":"https:\/\/suhakam.org.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/E1-1.png","_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20172","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/5"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=20172"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20172\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":20175,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20172\/revisions\/20175"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/20174"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=20172"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=20172"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=20172"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}