{"id":20164,"date":"2026-11-20T22:22:29","date_gmt":"2026-11-20T14:22:29","guid":{"rendered":"https:\/\/suhakam.org.my\/?p=20164"},"modified":"2026-11-20T22:22:31","modified_gmt":"2026-11-20T14:22:31","slug":"media-statement-no-76-2026_seanf-concludes-23rd-annual-conference-reaffirms-regional-commitment-to-human-rights","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/2026\/11\/media-statement-no-76-2026_seanf-concludes-23rd-annual-conference-reaffirms-regional-commitment-to-human-rights\/","title":{"rendered":"Kenyataan Media No. 76-2026_SEANF Menutup Persidangan Tahunan Ke-23, Menegaskan Semula Komitmen Serantau Terhadap Hak Asasi Manusia"},"content":{"rendered":"<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>KUALA LUMPUR (20 NOVEMBER 2026)<\/strong> Forum Institusi Hak Asasi Manusia Kebangsaan Asia Tenggara (SEANF) telah melabuhkan tirai Persidangan Tahunan Ke-23 dan Program Sampingannya yang berlangsung dari 17 hingga 19 November 2026. Persidangan ini menghimpunkan wakil daripada lima Institusi Hak Asasi Manusia Kebangsaan (NHRI) di Asia Tenggara, iaitu Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Komisi Nasional Hak Asasi Manusia Indonesia (Komnas HAM), Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Filipina (CHRP), Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Kebangsaan Thailand (NHRCT) dan Provedor de Direitos Humanos e Justi\u00e7a Timor-Leste (PDHJ), bagi membincangkan kepentingan bersama, cabaran serta peluang untuk memperkukuh kerjasama serantau.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Persidangan yang dianjurkan oleh SUHAKAM ini menyediakan platform kepada anggota SEANF untuk berkongsi perkembangan dan aktiviti utama institusi masing-masing, di samping bertukar pandangan serta idea bagi memperkukuh kerjasama serantau dalam usaha mempromosi dan melindungi hak asasi manusia di rantau ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pada hari pertama, anggota SEANF telah merekodkan secara rasmi Resolusi mengenai Pembatalan Kelayakan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Kebangsaan Myanmar (MNHRC) sebagai anggota SEANF. SEANF turut menerima pakai lima bidang utama dan senarai perkara yang dikenal pasti berkemungkinan memerlukan undian majoriti dua pertiga, selain berkongsi perkembangan serta aktiviti utama sejak Mesyuarat Kumpulan Kerja Teknikal (TWG) Kedua pada Julai 2026. Persidangan turut mengadakan Mesyuarat Dialog Ke-6 bersama Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR).\nSelain itu, PDHJ turut membentangkan perkembangan terkini Kumpulan Kerja Komunikasi Strategik SEANF (SCWG). Hari pertama diakhiri dengan perbincangan mengenai beberapa perkara lain, termasuk cadangan kerjasama antara SEANF dengan Institut Hak Asasi Manusia Denmark (DIHR). CHRP turut berkongsi perkembangan inisiatif berkaitan instrumen yang mengikat di sisi undang-undang mengenai hak asasi manusia warga emas serta isu perniagaan dan hak asasi manusia; pembangunan mekanisme antara NHRI dan pemantauan hak terhadap alam sekitar yang sihat; serta usaha advokasi dan rundingan NHRI di pelbagai peringkat berhubung cadangan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Jenayah terhadap Kemanusiaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pada hari kedua, anggota SEANF menilai pelaksanaan Pelan Strategik SEANF 2022\u20132026 dan mengadakan sesi dialog bersama pertubuhan masyarakat sivil (CSO) di rantau ini. Dialog tersebut merangkumi beberapa isu utama, termasuk situasi pelarian Myanmar di sepanjang sempadan Thailand\u2013Myanmar serta cadangan supaya keanggotaan SEANF hanya terbuka kepada NHRI yang mematuhi Prinsip-Prinsip Paris.\nPerbincangan turut menyentuh isu pencemaran jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara serta cadangan langkah susulan yang boleh dipertimbangkan oleh Kerajaan Malaysia; cabaran yang dihadapi pekerja domestik migran di Malaysia berserta cadangan syor kepada anggota SEANF; perspektif mengenai hak wanita dan akses kepada keadilan di Malaysia; serta perkembangan terkini situasi pelarian di Malaysia, termasuk cadangan supaya isu pelarian dan individu tanpa kewarganegaraan dimasukkan dalam Pelan Strategik SEANF.\nSelain itu, dialog turut membincangkan usaha Building and Wood Workers\u2019 International (BWI) dalam melindungi dan memperjuangkan hak pekerja selaras dengan resolusi Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), termasuk usaha meningkatkan perlindungan hak pekerja serta menambah baik keadaan pekerjaan dan kehidupan mereka melalui pendekatan berasaskan hak asasi manusia.\nDalam sesi hal-hal lain, CHRP selaku Pengerusi SEANF bagi tahun 2027 telah memulakan perbincangan awal bersama anggota SEANF mengenai Pelan Strategik SEANF yang seterusnya. Persidangan turut menerima pakai Kenyataan Penutup Persidangan Tahunan Ke-23 SEANF 2026. Hari kedua diakhiri dengan majlis penyerahan jawatan Pengerusi SEANF bagi tahun 2027 daripada Pengerusi SUHAKAM kepada Pengerusi CHRP.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pada hari terakhir, 19 November 2026, sebuah forum sampingan bertajuk \u201cRasuah Merupakan Isu Hak Asasi Manusia: Memperkukuh Akauntabiliti dan Keadilan di ASEAN\u201d telah diadakan. Forum ini meneliti bagaimana rasuah menjejaskan hak asasi manusia, melemahkan akauntabiliti institusi serta mengehadkan akses kepada keadilan. Perkongsian pandangan oleh 15 ahli panel menerusi empat sesi perbincangan telah menyumbang kepada penggubalan Cadangan Resolusi mengenai Rasuah dan Hak Asasi Manusia di ASEAN untuk pertimbangan dan penerimaan SEANF.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Cadangan Resolusi tersebut menggesa SEANF untuk menangani rasuah sebagai isu hak asasi manusia memandangkan amalan ini menyebabkan penyelewengan sumber awam, melemahkan institusi serta mengehadkan akses kepada perkhidmatan asas dan keadilan, khususnya bagi komuniti yang terpinggir. Resolusi ini turut menggesa pengukuhan mekanisme perlindungan bagi menjamin kebebasan badan kehakiman, peningkatan akauntabiliti badan pencegahan rasuah dan agensi penguatkuasaan undang-undang, ketelusan dalam penggunaan dana awam serta penggunaan aset yang diperoleh semula melalui usaha pemulihan aset bagi memulihkan kemudaratan yang berlaku, apabila bersesuaian.\nSelain itu, Cadangan Resolusi tersebut menekankan kepentingan penyediaan saluran pelaporan yang selamat, perlindungan kepada pemberi maklumat dan pembela hak asasi manusia, penyertaan bermakna komuniti yang terjejas serta akses kepada remedi yang berkesan. Cadangan Resolusi ini juga menggalakkan amalan perniagaan yang bertanggungjawab dan kerjasama serantau yang lebih kukuh bagi menangani rasuah rentas sempadan serta kemudaratan terhadap alam sekitar, termasuk pencemaran jerebu rentas sempadan. Resolusi tersebut turut mencadangkan supaya isu rasuah dan kesannya terhadap hak asasi manusia dijadikan antara keutamaan dalam agenda kerja SEANF, di samping memperkukuh keupayaan institusi anggotanya untuk menangani isu berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">SUHAKAM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua anggota SEANF atas kerjasama, penglibatan dan sokongan yang diberikan sepanjang tempoh Malaysia menerajui SEANF pada tahun 2026. SUHAKAM turut mengucapkan selamat maju jaya kepada CHRP selaku Pengerusi SEANF yang baharu bagi tahun 2027 dan berharap agar kerjasama erat antara institusi anggota dapat diteruskan serta diperkukuh demi memajukan agenda hak asasi manusia di seluruh Asia Tenggara.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>-TAMAT-<\/strong><strong><\/strong><\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-file\"><a id=\"wp-block-file--media-51e5a1c1-d22d-4212-b918-4f667ff8ae79\" href=\"https:\/\/suhakam.org.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/Media-Statement-No.-76-2026_SEANF-Concludes-23rd-Annual-Conference-Reaffirms-Regional-Commitment-To-Human-Rights.pdf\">Kenyataan Media No. 76-2026_SEANF Menutup Persidangan Tahunan Ke-23, Menegaskan Semula Komitmen Serantau Terhadap Hak Asasi Manusia<\/a><a href=\"https:\/\/suhakam.org.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/Media-Statement-No.-76-2026_SEANF-Concludes-23rd-Annual-Conference-Reaffirms-Regional-Commitment-To-Human-Rights.pdf\" class=\"wp-block-file__button wp-element-button\" download aria-describedby=\"wp-block-file--media-51e5a1c1-d22d-4212-b918-4f667ff8ae79\">Muat Turun<\/a><\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-file\"><a id=\"wp-block-file--media-b09e7e9b-eae3-49f1-a992-6de5fe431e2d\" href=\"https:\/\/suhakam.org.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/Kenyataan-Media-No.-76-2026_SEANF-Menutup-Persidangan-Tahunan-Ke-23-Menegaskan-Semula-Komitmen-Serantau-Terhadap-Hak-Asasi-Manusia.pdf\">Kenyataan Media No. 76-2026_SEANF Menutup Persidangan Tahunan Ke-23, Menegaskan Semula Komitmen Serantau Terhadap Hak Asasi Manusia<\/a><a href=\"https:\/\/suhakam.org.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/Kenyataan-Media-No.-76-2026_SEANF-Menutup-Persidangan-Tahunan-Ke-23-Menegaskan-Semula-Komitmen-Serantau-Terhadap-Hak-Asasi-Manusia.pdf\" class=\"wp-block-file__button wp-element-button\" download aria-describedby=\"wp-block-file--media-b09e7e9b-eae3-49f1-a992-6de5fe431e2d\">Muat Turun<\/a><\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR (20 NOVEMBER 2026) \u2013 The South East Asia National Human Rights Institutions Forum (SEANF) has concluded its 23rd Annual Conference and Side Event held from 17-19 November 2026, bringing together five representatives of National Human Rights Institutions (NHRIs) from across Southeast Asia which are the Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM), Indonesia National [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":5,"featured_media":20167,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_bbp_topic_count":0,"_bbp_reply_count":0,"_bbp_total_topic_count":0,"_bbp_total_reply_count":0,"_bbp_voice_count":0,"_bbp_anonymous_reply_count":0,"_bbp_topic_count_hidden":0,"_bbp_reply_count_hidden":0,"_bbp_forum_subforum_count":0,"_mi_skip_tracking":false,"footnotes":""},"categories":[100],"tags":[],"class_list":["post-20164","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-uncategorized-en"],"jetpack_featured_media_url":"https:\/\/suhakam.org.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/Template-PS-1.png","_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20164","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/5"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=20164"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20164\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":20168,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20164\/revisions\/20168"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/20167"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=20164"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=20164"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=20164"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}