{"id":20131,"date":"2026-10-27T10:34:00","date_gmt":"2026-10-27T02:34:00","guid":{"rendered":"https:\/\/suhakam.org.my\/?p=20131"},"modified":"2026-10-27T10:36:21","modified_gmt":"2026-10-27T02:36:21","slug":"joint-media-statement-no-73-2026_suhakam-and-malaysian-bar-strengthen-legal-capacity-to-advance-indigenous-peoples-rights-in-sarawak","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/2026\/10\/joint-media-statement-no-73-2026_suhakam-and-malaysian-bar-strengthen-legal-capacity-to-advance-indigenous-peoples-rights-in-sarawak\/","title":{"rendered":"Kenyataan Media Bersama No. 73-2026_SUHAKAM dan Majlis Peguam Malaysia Perkukuh Keupayaan Perundangan bagi Memajukan Hak Orang Asal di Sarawak"},"content":{"rendered":"<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>KUCHING (27 OKTOBER 2026)<\/strong>\u00a0- Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) dan Majlis Peguam Malaysia, dengan sokongan Kesatuan Eropah melalui projek geran \u201cMemajukan Hak Asasi Manusia di Malaysia melalui Pendekatan Strategik dalam Pendidikan dan Peningkatan Kesedaran\u201d, telah berjaya menganjurkan Latihan Intensif Undang-Undang dan Litigasi Hak Asasi Manusia untuk peguam muda dan pegawai SUHAKAM pada 22 hingga 24 Oktober 2026 di Kuching, Sarawak. Dengan sokongan Persatuan Peguam Sarawak (Cawangan Kuching), latihan ini memberi tumpuan kepada Hak Orang Asal dan Kebebasan Asasi, khususnya isu yang menjejaskan komuniti Orang Asal di Sarawak.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam ucapan pembukaan, Pengerusi SUHAKAM, Dato\u2019 Seri Mohd Hishamudin Yunus, menegaskan bahawa perlindungan hak Orang Asal bukan sekadar pengiktirafan pemilikan tanah. Beliau berkata, \u201cPerlindungan ini bukan hanya berkaitan pemilikan tanah, tetapi turut melibatkan persoalan identiti, pengiktirafan budaya dan penyertaan bermakna dalam sebarang keputusan yang mempengaruhi kehidupan mereka\u201d.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Melalui perbincangan, kajian kes, bengkel interaktif dan simulasi perbicaraan, program ini bertujuan meningkatkan keupayaan peguam muda untuk memahami dan menangani isu hak asasi manusia yang menjejaskan komuniti Orang Asal di Sarawak. Program ini juga berhasrat melahirkan generasi baharu peguam yang mempunyai kemahiran dan tahap kepekaan yang baik untuk menyumbang kepada usaha perundangan, advokasi dan penggubalan dasar berkaitan hak asasi manusia.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Para peserta turut didedahkan kepada peruntukan undang-undang di bawah Perlembagaan Persekutuan, undang-undang bertulis serta undang-undang adat yang berkaitan dengan hak Orang Asal dan Hak Tanah Adat (NCR) di Sarawak. Latihan ini turut memberi pendedahan kepada aspek praktikal pengendalian kes di mahkamah, termasuk prosedur perundangan, pengumpulan bukti dan strategi dalam mengendalikan kes hak asasi manusia. Program ini juga bertujuan memperkukuh pemahaman peserta tentang kebebasan asasi yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan serta kepentingan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dari sudut perlembagaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Abang Iwawan, yang mewakili Majlis Peguam Malaysia, menekankan kepentingan MA63 dan Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan dalam memahami hak Orang Asal di Sarawak. Beliau berkata, \u201cJaminan berkaitan agama, bahasa dan Orang Asal yang dibincangkan ketika pembentukan Malaysia masih berkait rapat dengan isu yang dibangkitkan oleh masyarakat pada hari ini. Peguam perlu memahami perkara yang telah dipersetujui, bagaimana jaminan tersebut diperuntukkan dalam undang-undang negara serta sejauh mana perlindungan itu berkesan dalam menjaga hak dan kepentingan masyarakat yang terlibat\u201d.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Program ini juga bertujuan mengeratkan kerjasama antara pengamal undang-undang, institusi hak asasi manusia dan komuniti Orang Asal bagi memperjuangkan keadilan serta memperkukuh usaha memajukan dan melindungi hak asasi manusia di Sarawak. Peserta yang terpilih dijangka memperuntukkan masa setiap bulan untuk memberikan khidmat guaman secara pro bono kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau organisasi masyarakat sivil pilihan mereka. Antara tenaga pengajar program ini ialah Yang Arif Tuan Gabriel Gumis Humen, Presiden Mahkamah Rayuan Bumiputera Sarawak.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">SUHAKAM dan Majlis Peguam Malaysia terus komited untuk memperkukuh keupayaan dalam bidang perundangan serta memperluas kerjasama bagi menyokong akses kepada keadilan dan perlindungan hak asasi manusia di Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>-TAMAT-<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)<\/strong><br><strong>Majlis Peguam Malaysia<\/strong><br><strong>27 Oktober 2026<\/strong><\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-file\"><a id=\"wp-block-file--media-e292e870-7ada-48f0-92c8-abc876df8586\" href=\"https:\/\/suhakam.org.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/Kenyataan-Media-Bersama-No.-73-2026_SUHAKAM-dan-Majlis-Peguam-Malaysia-Perkukuh-Keupayaan-Perundangan-bagi-Memajukan-Hak-Orang-Asal-di-Sarawak.pdf\">Kenyataan Media Bersama No. 73-2026_SUHAKAM dan Majlis Peguam Malaysia Perkukuh Keupayaan Perundangan bagi Memajukan Hak Orang Asal di Sarawak<\/a><a href=\"https:\/\/suhakam.org.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/Kenyataan-Media-Bersama-No.-73-2026_SUHAKAM-dan-Majlis-Peguam-Malaysia-Perkukuh-Keupayaan-Perundangan-bagi-Memajukan-Hak-Orang-Asal-di-Sarawak.pdf\" class=\"wp-block-file__button wp-element-button\" download aria-describedby=\"wp-block-file--media-e292e870-7ada-48f0-92c8-abc876df8586\">Muat Turun<\/a><\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUCHING (27 OCTOBER 2026)\u00a0&#8211; The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) and the Malaysian Bar, with support from the European Union through its grant project\u00a0\u201cAdvancing Human Rights in Malaysia via Strategic Approaches in Education and Awareness Raising\u201d,\u00a0successfully conducted an Intensive Human Rights Law and Litigation Training for young lawyers and SUHAKAM officers from 22 to [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":5,"featured_media":20132,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_bbp_topic_count":0,"_bbp_reply_count":0,"_bbp_total_topic_count":0,"_bbp_total_reply_count":0,"_bbp_voice_count":0,"_bbp_anonymous_reply_count":0,"_bbp_topic_count_hidden":0,"_bbp_reply_count_hidden":0,"_bbp_forum_subforum_count":0,"_mi_skip_tracking":false,"footnotes":""},"categories":[13],"tags":[],"class_list":["post-20131","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-press-statement"],"jetpack_featured_media_url":"https:\/\/suhakam.org.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/E1-7.png","_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20131","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/5"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=20131"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20131\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":20136,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20131\/revisions\/20136"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/20132"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=20131"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=20131"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=20131"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}