{"id":20055,"date":"2026-10-15T13:16:26","date_gmt":"2026-10-15T05:16:26","guid":{"rendered":"https:\/\/suhakam.org.my\/?p=20055"},"modified":"2026-10-15T13:16:28","modified_gmt":"2026-10-15T05:16:28","slug":"media-statement-no-70-2026_suhakam-calls-for-accountability-due-process-and-immediate-review-of-restrictions-on-human-rights-defenders","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/2026\/10\/media-statement-no-70-2026_suhakam-calls-for-accountability-due-process-and-immediate-review-of-restrictions-on-human-rights-defenders\/","title":{"rendered":"Kenyataan Media No. 70-2026_SUHAKAM Tuntut Akauntabiliti, Proses Wajar Dan Semakan Segera Terhadap Sekatan Yang Dikenakan Ke Atas Aktivis Hak Asasi Manusia"},"content":{"rendered":"<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>KUALA LUMPUR (15 OCTOBER 2026) <\/strong>Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) memandang serius berhubung penahanan aktivis hak asasi manusia, Amir Hariri Abdul Hadi dan Dobby Chew, aktivis MANDIRI dan HAYAT, serta laporan mengenai pembekuan akaun bank dan sekatan perjalanan terhadap mereka dan organisasi masing-masing. Perkembangan ini menimbulkan persoalan serius mengenai pematuhan terhadap proses undang-undang, kewajaran tindakan penguatkuasaan serta perlindungan ruang demokrasi di Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">SUHAKAM mengambil maklum bahawa kedua-dua individu tersebut telah dibebaskan. Walau bagaimanapun, kebimbangan masih wujud berhubung sekatan yang dikenakan serta implikasinya terhadap hak asasi. Walaupun SUHAKAM mengambil maklum tanggungjawab pihak berkuasa untuk menyiasat kesalahan jenayah yang disyaki, Suruhanjaya ingin menegaskan bahawa kuasa penyiasatan hendaklah dilaksanakan selaras dengan prinsip kedaulatan undang-undang, jaminan perlembagaan serta prinsip keperluan dan kewajaran. Prinsip anggapan tidak bersalah hendaklah dihormati, dan tindakan penguatkuasaan tidak boleh dijadikan alat untuk mengugut atau menghukum seseorang sebelum liabiliti jenayah dibuktikan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pendidikan politik, advokasi dasar dan kritikan terhadap dasar kerajaan merupakan aktiviti yang sah dalam sebuah negara demokrasi. Organisasi masyarakat sivil dan pembela hak asasi manusia memainkan peranan penting dalam menggalakkan penyertaan awam serta memperkukuh ketelusan dan kebertanggungjawaban institusi. Aktiviti sedemikian tidak seharusnya dianggap sebagai suatu kesalahan Jenayah atau dijadikan alasan untuk melakukan intimidasi hanya kerana mempersoalkan dasar atau keputusan kerajaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><a>Sehubungan itu, SUHAKAM menegaskan bahawa Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA) tidak boleh disalahgunakan untuk menjejaskan aktiviti sah masyarakat sivil. Siasatan di bawah Seksyen 4(1) hendaklah disokong oleh bukti yang boleh dipercayai dan dijalankan mengikut proses undang-undang. Penerimaan dana daripada yayasan antarabangsa yang sah, dengan sendirinya, tidak merupakan suatu kesalahan jenayah. Selain itu, pelaksanaan kuasa untuk membekukan akaun bank di bawah Seksyen 44(1) hendaklah mempunyai justifikasi yang kukuh, berkadar dan tertakluk kepada perlindungan sewajarnya, khususnya apabila tiada pertuduhan jenayah dikenakan.<\/a><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">SUHAKAM merujuk kepada Artikel 13 Deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Pembela Hak Asasi Manusia, yang mengiktiraf hak individu dan organisasi untuk mendapatkan, menerima dan menggunakan sumber bagi tujuan mempromosikan serta melindungi hak asasi manusia secara aman. Prinsip ini selaras dengan kebebasan bersuara dan berpersatuan yang dijamin di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. Pada masa yang sama, Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan melindungi hak terhadap harta dan menetapkan bahawa seseorang tidak boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Oleh itu, sekatan kewangan hendaklah dilaksanakan berlandaskan undang-undang dengan jaminan perlindungan hak yang sewajarnya, serta tidak boleh digunakan untuk menghalang aktiviti hak asasi manusia yang sah atau mengenakan beban yang tidak munasabah terhadap individu dan organisasi sebelum sebarang kesalahan jenayah dibuktikan.\n\n\n\n\n\n\nPenyertaan Malaysia dalam Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu serta penglibatannya dalam kerjasama hak asasi manusia antarabangsa harus diterjemahkan melalui komitmen dalam negara untuk melindungi ruang sivil. Sehubungan itu, SUHAKAM menggesa pihak berkuasa supaya menyemak dengan segera pembekuan akaun bank dan sekatan perjalanan yang dikenakan, memberikan justifikasi undang-undang yang jelas serta memastikan akses kepada dana bagi menampung perbelanjaan sara hidup yang perlu dan operasi organisasi yang sah. Sebarang sekatan yang tidak dapat dijustifikasikan dengan sewajarnya di bawah undang-undang hendaklah ditarik balik tanpa berlengah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kedaulatan undang-undang hendaklah melindungi integriti penyiasatan jenayah serta kebebasan asasi individu yang sedang disiasat. Pembela hak asasi manusia dan organisasi masyarakat sivil seharuskan dapat melaksanakan tugas mereka yang sah tanpa intimidasi, campur tangan yang tidak wajar atau penyalahgunaan kuasa penguatkuasaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>-TAMAT-<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>15 October 2026<\/strong><\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-file\"><a id=\"wp-block-file--media-0d291d82-c5e6-49ce-90e3-a6d1af982cdc\" href=\"https:\/\/suhakam.org.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/Media-Statement-No.-70-2026_SUHAKAM-Calls-for-Accountability-Due-Process-and-Immediate-Review-Of-Restrictions-on-Human-Rights-Defenders.pdf\">Kenyataan Media No. 70-2026_SUHAKAM Tuntut Akauntabiliti, Proses Wajar Dan Semakan Segera Terhadap Sekatan Yang Dikenakan Ke Atas Aktivis Hak Asasi Manusia<\/a><a href=\"https:\/\/suhakam.org.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/Media-Statement-No.-70-2026_SUHAKAM-Calls-for-Accountability-Due-Process-and-Immediate-Review-Of-Restrictions-on-Human-Rights-Defenders.pdf\" class=\"wp-block-file__button wp-element-button\" download aria-describedby=\"wp-block-file--media-0d291d82-c5e6-49ce-90e3-a6d1af982cdc\">Muat Turun<\/a><\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-file\"><a id=\"wp-block-file--media-ad791141-1020-402b-a41d-01f7900f5b19\" href=\"https:\/\/suhakam.org.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/Kenyataan-Media-No.-70-2026_SUHAKAM-Tuntut-Akauntabiliti-Proses-Wajar-Dan-Semakan-Segera-Terhadap-Sekatan-Yang-Dikenakan-Ke-Atas-Aktivis-Hak-Asasi-Manusia.pdf\">Kenyataan Media No. 70-2026_SUHAKAM Tuntut Akauntabiliti, Proses Wajar Dan Semakan Segera Terhadap Sekatan Yang Dikenakan Ke Atas Aktivis Hak Asasi Manusia<\/a><a href=\"https:\/\/suhakam.org.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/Kenyataan-Media-No.-70-2026_SUHAKAM-Tuntut-Akauntabiliti-Proses-Wajar-Dan-Semakan-Segera-Terhadap-Sekatan-Yang-Dikenakan-Ke-Atas-Aktivis-Hak-Asasi-Manusia.pdf\" class=\"wp-block-file__button wp-element-button\" download aria-describedby=\"wp-block-file--media-ad791141-1020-402b-a41d-01f7900f5b19\">Muat Turun<\/a><\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR (15 OCTOBER 2026) &#8211; The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) expresses serious concern over the arrest of human rights defenders Amir Hariri Abdul Hadi and Dobby Chew, associated with MANDIRI and HAYAT respectively, and the reported freezing of bank accounts and imposition of travel restrictions affecting them and their organisations. These developments [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":5,"featured_media":20058,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_bbp_topic_count":0,"_bbp_reply_count":0,"_bbp_total_topic_count":0,"_bbp_total_reply_count":0,"_bbp_voice_count":0,"_bbp_anonymous_reply_count":0,"_bbp_topic_count_hidden":0,"_bbp_reply_count_hidden":0,"_bbp_forum_subforum_count":0,"_mi_skip_tracking":false,"footnotes":""},"categories":[100],"tags":[],"class_list":["post-20055","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-uncategorized-en"],"jetpack_featured_media_url":"https:\/\/suhakam.org.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/2.jpg","_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20055","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/5"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=20055"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20055\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":20059,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20055\/revisions\/20059"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/20058"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=20055"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=20055"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=20055"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}