{"id":19874,"date":"2026-09-11T11:47:27","date_gmt":"2026-09-11T03:47:27","guid":{"rendered":"https:\/\/suhakam.org.my\/?p=19874"},"modified":"2026-09-11T11:47:28","modified_gmt":"2026-09-11T03:47:28","slug":"media-statement-no-54-2026_suhakam-calls-for-transparent-investigation-and-rights-based-review-following-flying-doctor-service-tragedy","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/2026\/09\/media-statement-no-54-2026_suhakam-calls-for-transparent-investigation-and-rights-based-review-following-flying-doctor-service-tragedy\/","title":{"rendered":"Kenyataan Media No. 54-2026_SUHAKAM Gesa Siasatan Telus Dan Semakan Berteraskan Hak Asasi Susulan Tragedi Perkhidmatan Doktor Udara"},"content":{"rendered":"<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>KUALA LUMPUR (11 SEPTEMBER 2026)<\/strong>&nbsp;Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menyampaikan salam takziah kepada keluarga, rakan sekerja dan orang tersayang juruterbang serta empat petugas Kementerian Kesihatan Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) berhampiran Long Lellang, Ulu Baram, Sarawak pada 8 September 2026.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">SUHAKAM mengambil maklum bahawa siasatan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara sedang dijalankan dan menggesa agar ia dilaksanakan secara bebas, menyeluruh dan telus. Siasatan tersebut hendaklah meneliti bukan sahaja punca nahas, tetapi juga kelayakan terbang dan sejarah penyelenggaraan pesawat, prosedur operasi dan pengurusan risiko, keadaan cuaca, keselamatan dan kesesuaian lapangan terbang atau kemudahan pendaratan yang berkaitan termasuk pengaturan yang mengawal selia perkhidmatan FDS. Dapatan siasatan hendaklah diumumkan kepada umum dalam tempoh yang munasabah, berserta syor yang jelas, dan langkah berkesan bagi mencegah kejadian seumpama ini daripada berulang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">SUHAKAM turut menggesa pihak berkuasa berkaitan supaya segera menyemak kelayakan terbang pesawat yang digunakan untuk perkhidmatan awam yang penting sebegini. Sekiranya timbul isu keselamatan yang berasas, pesawat berkenaan hendaklah digantung operasi sementara menunggu pemeriksaan teknikal yang menyeluruh dan pelepasan oleh pihak berkuasa penerbangan yang berkenaan. Perlindungan nyawa manusia harus diutamakan berbanding pertimbangan operasi, kontrak atau kewangan. Pemantauan perolehan dan kontrak hendaklah memastikan pematuhan ketat dan berterusan terhadap piawaian keselamatan yang berkaitan, termasuk penyelenggaraan pesawat, kecekapan kru, kesesuaian operasi dan kesiapsiagaan kecemasan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tragedi ini turut  menimbulkan kebimbangan terhadap hak asasi masyarakat di kawasan pedalaman Sarawak. Sebahagian besar mereka terdiri daripada Orang Asal yang sekian lama menghadapi halangan geografi dan infrastruktur untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan asas. Perkhidmatan FDS adalah penting untuk masyarakat di kawasan terpencil dan ia harus diteruskan. Walau bagaimanapun, ia sepatutnya hanya melengkapi, bukan menggantikan kemudahan kesihatan boleh akses, tenaga kesihatan terlatih, jalan raya dan jambatan yang selamat, komunikasi yang boleh dipercayai serta kaedah pengangkutan alternatif. Akses yang saksama kepada perkhidmatan kesihatan merupakan sebahagian daripada pemenuhan hak ekonomi, sosial dan kebudayaan, serta menyokong pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan 3 untuk memastikan kehidupan yang sihat dan kesejahteraan untuk semua<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Oleh itu, SUHAKAM menggesa pihak berkuasa Persekutuan dan Sarawak untuk menjalankan semakan menyeluruh berasaskan hak terhadap penyampaian perkhidmatan kesihatan di kawasan pedalaman. Semakan ini hendaklah melibatkan rundingan bermakna dengan masyarakat yang terjejas, petugas kesihatan dan pihak berkepentingan yang berkaitan, mengenal pasti jurang sedia ada serta menetapkan langkah yang jelas, dibiayai secukupnya dan mempunyai tempoh masa bagi memperkukuh kemudahan kesihatan kekal, jaringan pengangkutan dan keupayaan tindak balas kecemasan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Keselamatan petugas kesihatan dan hak masyarakat luar bandar serta Orang Asal kepada perkhidmatan kesihatan yang mudah diakses, tersedia dan berkualiti perlu seiring. Petugas kesihatan tidak seharusnya terdedah kepada risiko akibat jurang infrastruktur yang berlarutan, begitu juga masyarakat tidak seharusnya dinafikan perkhidmatan kesihatan asas hanya kerana tempat tinggal mereka di pedalaman. Tragedi ini perlu menjadi titik perubahan ke arah perkhidmatan awam yang lebih selamat, kebertanggungjawaban yang lebih kukuh dan akses yang lebih saksama kepada perkhidmatan kesihatan bagi masyarakat di kawasan pedalaman Sarawak.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>-TAMAT-<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>11 September 2026<\/strong><\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-file\"><a id=\"wp-block-file--media-9651fc39-ffb8-481c-a834-b7c3a574781c\" href=\"https:\/\/suhakam.org.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/Kenyataan-Media-No.-54-2026_SUHAKAM-Gesa-Siasatan-Telus-Dan-Semakan-Berteraskan-Hak-Asasi-Susulan-Tragedi-Perkhidmatan-Doktor-Udara.pdf\">Kenyataan Media No. 54-2026_SUHAKAM Gesa Siasatan Telus Dan Semakan Berteraskan Hak Asasi Susulan Tragedi Perkhidmatan Doktor Udara<\/a><a href=\"https:\/\/suhakam.org.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/Kenyataan-Media-No.-54-2026_SUHAKAM-Gesa-Siasatan-Telus-Dan-Semakan-Berteraskan-Hak-Asasi-Susulan-Tragedi-Perkhidmatan-Doktor-Udara.pdf\" class=\"wp-block-file__button wp-element-button\" download aria-describedby=\"wp-block-file--media-9651fc39-ffb8-481c-a834-b7c3a574781c\">Muat Turun<\/a><\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR (11 SEPTEMBER 2026)&nbsp;\u2013 The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) extends its deepest condolences to the families, colleagues and loved ones of the pilot and four Ministry of Health personnel who lost their lives in the Flying Doctor Service (FDS) helicopter crash near Long Lellang, Ulu Baram, Sarawak, on 8 September 2026. SUHAKAM [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":5,"featured_media":19875,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_bbp_topic_count":0,"_bbp_reply_count":0,"_bbp_total_topic_count":0,"_bbp_total_reply_count":0,"_bbp_voice_count":0,"_bbp_anonymous_reply_count":0,"_bbp_topic_count_hidden":0,"_bbp_reply_count_hidden":0,"_bbp_forum_subforum_count":0,"_mi_skip_tracking":false,"footnotes":""},"categories":[100],"tags":[69],"class_list":["post-19874","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-uncategorized-en","tag-press-statement"],"jetpack_featured_media_url":"https:\/\/suhakam.org.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/1-1.jpg","_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19874","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/5"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=19874"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19874\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":19877,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19874\/revisions\/19877"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/19875"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=19874"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=19874"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=19874"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}