{"id":19827,"date":"2026-08-18T11:35:10","date_gmt":"2026-08-18T03:35:10","guid":{"rendered":"https:\/\/suhakam.org.my\/?p=19827"},"modified":"2026-08-18T11:35:12","modified_gmt":"2026-08-18T03:35:12","slug":"media-statement-no-50-2026_suhakam-welcomes-move-to-abolish-auku-urges-rights-based-reform-of-higher-education","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/2026\/08\/media-statement-no-50-2026_suhakam-welcomes-move-to-abolish-auku-urges-rights-based-reform-of-higher-education\/","title":{"rendered":"Kenyataan Media No. 50-2026_SUHAKAM Sambut Baik Langkah Memansuhkan AUKU, Seru Reformasi Pendidikan Tinggi Berasaskan Hak Asasi Manusia"},"content":{"rendered":"<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>KUALA LUMPUR (18 OGOS 2026)<\/strong> - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berhubung hasrat Kerajaan untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU). Langkah ini merupakan satu perkembangan penting ke arah mewujudkan persekitaran pendidikan tinggi yang menjunjung kebebasan akademik, autonomi institusi, kebebasan bersuara dan berpersatuan, serta penyertaan pelajar yang bermakna.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">SUHAKAM recalls that concerns over restrictions imposed by AUKU are longstanding. In&nbsp;<em>Muhammad Hilman Idham &amp; Ors v Kerajaan Malaysia &amp; Ors<\/em>SUHAKAM menegaskan bahawa kebimbangan terhadap sekatan yang dikenakan di bawah AUKU bukanlah perkara baharu, sebagaimana yang dibuktikan dalam kes Muhammad Hilman Idham &amp; Ors v Kerajaan Malaysia &amp; Ors. Dalam kes tersebut, Mahkamah Rayuan melalui keputusan majoriti memutuskan bahawa Seksyen 15(5)(a) AUKU pada ketika itu, yang menyekat pelajar daripada menyatakan sokongan atau bantahan terhadap parti politik, adalah tidak berperlembagaan. Mahkamah menegaskan bahawa sekatan terhadap kebebasan bersuara seharusnya munasabah dan dapat dijustifikasikan di bawah Perkara 10(2)(a) Perlembagaan Persekutuan, serta mendapati bahawa tiada kaitan yang mencukupi antara penyataan sokongan atau bantahan politik oleh seseorang pelajar universiti dengan keperluan untuk melindungi ketenteraman awam atau moral.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Keputusan tersebut mempunyai implikasi yang lebih luas. Ia menegaskan bahawa pelajar berhak untuk hak perlembagaan mereka di institusi pengajian tinggi, dan sebarang sekatan terhadap hak tersebut mestilah munasabah, berasas dan tidak sewenang-wenangnya dikenakan. Universiti seharusnya menjadi ruang yang menggalakkan pemikiran kritis, pemikiran bebas dan penyertaan yang bertanggungjawab dalam kehidupan awam. Seperti yang dinyatakan oleh Hakim Hishamudin Yunus ketika menyampaikan penghakiman Mahkamah Rayuan, \u201cUniversiti seharusnya menjadi medan untuk melahirkan pencetus perubahan dan pemikir, bukannya institusi yang melatih pelajar menjadi seperti robot\u201d.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">SUHAKAM berpandangan bahawa cadangan pemansuhan AUKU bukan sekadar mengenai pemansuhan sesuatu undang-undang. Ia merupakan peluang untuk membentuk semula hubungan antara Negara, universiti, ahli akademik dan pelajar dengan memperkukuh kebebasan institusi, di samping memastikan ketelusan dan akauntabiliti. Memandangkan AUKU memainkan peranan dalam penubuhan, perlembagaan dan struktur tadbir urus universiti awam, pemansuhan tersebut perlu disusuli dengan mekanisme peralihan yang jelas bagi memastikan pentadbiran universiti terus berjalan dengan lancar, tanpa mengekalkan atau memperkenalkan semula peruntukan yang boleh mengehadkan kebebasan asasi secara tidak wajar.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">SUHAKAM mengambil maklum jaminan Perdana Menteri bahawa kerangka baharu pendidikan tinggi tidak akan mengembalikan sekatan terhadap kebebasan pelajar. Dalam hal ini, sebarang kerangka baharu atau pindaan kepada kerangka sedia ada hendaklah berteraskan prinsip hak asasi manusia dan dibangunkan secara inklusif melalui konsultasi bermakna dengan pelajar, ahli akademik, kepimpinan universiti, masyarakat sivil serta pihak berkepentingan yang berkaitan. Kerangka tersebut juga hendaklah melangkaui aspek penyertaan politik pelajar dengan melindungi kebebasan ahli akademik dan penyelidik untuk mengajar, menjalankan penyelidikan, menerbitkan hasil kajian, berkongsi pandangan dan terlibat dalam wacana awam tanpa campur tangan yang tidak wajar atau rasa bimbang terhadap sebarang tekanan. Pada masa yang sama, kebebasan pelajar untuk menyuarakan pandangan, berpersatuan dan berhimpun secara aman hendaklah dihormati dan dilindungi. Sebarang sekatan terhadap kebebasan tersebut mestilah berasaskan undang-undang, mempunyai keperluan yang jelas dan tidak berlebihan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Autonomi institusi hendaklah diperkukuh melalui tadbir urus yang telus dan bertanggungjawab dalam pengurusan sumber awam, serta jaminan bahawa hal ehwal akademik tidak dipengaruhi oleh campur tangan yang tidak wajar. Selepas lebih lima dekad pelaksanaan AUKU, pemansuhannya perlu membawa perubahan yang nyata dan bermakna kepada sistem pendidikan tinggi Malaysia. Universiti perlu menjadi ruang yang terbuka untuk perbezaan pandangan, pertukaran idea dan perbahasan secara bebas, serta membolehkan pelajar membina pemikiran kritis dan memainkan peranan yang bermakna dalam masyarakat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>-TAMAT-<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)<\/strong><br><strong>18 Ogos 2026<\/strong><\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-file\"><a id=\"wp-block-file--media-b7c7878d-0416-4a24-8d1b-2ca349c97a17\" href=\"https:\/\/suhakam.org.my\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/Kenyataan-Media-No.-50-2026_SUHAKAM-Sambut-Baik-Langkah-Memansuhkan-AUKU-Seru-Reformasi-Pendidikan-Tinggi-Berasaskan-Hak-Asasi-Manusia.pdf\">Kenyataan Media No. 50-2026_SUHAKAM Sambut Baik Langkah Memansuhkan AUKU, Seru Reformasi Pendidikan Tinggi Berasaskan Hak Asasi Manusia<\/a><a href=\"https:\/\/suhakam.org.my\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/Kenyataan-Media-No.-50-2026_SUHAKAM-Sambut-Baik-Langkah-Memansuhkan-AUKU-Seru-Reformasi-Pendidikan-Tinggi-Berasaskan-Hak-Asasi-Manusia.pdf\" class=\"wp-block-file__button wp-element-button\" download aria-describedby=\"wp-block-file--media-b7c7878d-0416-4a24-8d1b-2ca349c97a17\">Muat Turun<\/a><\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR (18 AUGUST 2026) &#8211; The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) welcomes the announcement by Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim of the Government\u2019s intention to abolish the Universities and University Colleges Act 1971 (AUKU). This marks an important step towards a higher education environment that upholds academic freedom, institutional autonomy, freedom of [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":5,"featured_media":19829,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_bbp_topic_count":0,"_bbp_reply_count":0,"_bbp_total_topic_count":0,"_bbp_total_reply_count":0,"_bbp_voice_count":0,"_bbp_anonymous_reply_count":0,"_bbp_topic_count_hidden":0,"_bbp_reply_count_hidden":0,"_bbp_forum_subforum_count":0,"_mi_skip_tracking":false,"footnotes":""},"categories":[13],"tags":[],"class_list":["post-19827","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-press-statement"],"jetpack_featured_media_url":"https:\/\/suhakam.org.my\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/E1-2.png","_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19827","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/5"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=19827"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19827\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":19830,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19827\/revisions\/19830"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/19829"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=19827"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=19827"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=19827"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}