{"id":19802,"date":"2026-08-04T10:55:25","date_gmt":"2026-08-04T02:55:25","guid":{"rendered":"https:\/\/suhakam.org.my\/?p=19802"},"modified":"2026-08-04T10:55:27","modified_gmt":"2026-08-04T02:55:27","slug":"media-statement-no-48-2026_suhakam-reiterates-its-call-for-truth-accountability-and-justice-in-the-enforced-disappearance-of-pastor-raymond-koh","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/2026\/08\/media-statement-no-48-2026_suhakam-reiterates-its-call-for-truth-accountability-and-justice-in-the-enforced-disappearance-of-pastor-raymond-koh\/","title":{"rendered":"Kenyataan Media No. 48-2026_SUHAKAM Mengulangi Seruan Menegakkan Kebenaran, Akauntabiliti dan Keadilan Dalam Kes Kehilangan Paksa Pastor Raymond Koh"},"content":{"rendered":"<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>KUALA LUMPUR (4 OGOS 2026)<\/strong> - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) amat bimbang atas keputusan Mahkamah Rayuan untuk mengekalkan penangguhan pelaksanaan perintah Mahkamah Tinggi berkaitan siasatan kehilangan paksa Pastor Raymond Koh yang akan menjurus kepada terhalangnya usaha untuk menegakkan kebenaran dan memastikan akauntabiliti. Keputusan tersebut turut mengekalkan penangguhan pelaksanaan pembayaran ganti rugi yang telah diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Walaupun SUHAKAM menghormati sepenuhnya kebebasan badan kehakiman serta proses perundangan, Suruhanjaya amat bimbang bahawa kelewatan berterusan dalam melaksanakan perintah Mahkamah Tinggi hanya akan menyulitkan lagi usaha mencari kebenaran dan keadilan bagi kes yang masih belum diselesaikan selepas lebih sembilan tahun.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Melalui Siasatan Awam bersejarah yang dijalankan pada tahun 2019, SUHAKAM telah membuat kesimpulan bahawa Pastor Raymond Koh merupakan mangsa kehilangan paksa yang dilakukan oleh ejen Negara. Pada November 2025, Mahkamah Tinggi turut memutuskan bahawa Kerajaan dan pihak polis bertanggungjawab terhadap kehilangan paksa beliau serta memerintahkan antaranya, supaya siasatan dibuka semula. Dapatan tersebut merupakan satu langkah penting ke arah memastikan akauntabiliti serta memberi harapan baharu kepada keluarga bahawa kebenaran akhirnya akan terbongkar.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Semakin lama kes ini berlarutan, semakin tinggi risiko untuk bukti menjadi rosak atau hilang, saksi tidak lagi dapat dikesan dan peluang untuk menjalankan siasatan secara berkesan akan terlepas buat selama-lamanya. Kelewatan dalam kes-kes yang melibatkan dakwaan kehilangan paksa bukan sahaja menjejaskan keberkesanan siasatan, malah memanjangkan penderitaan keluarga yang telah bertahun-tahun hidup dalam ketidakpastian mengenai nasib serta keberadaan insan yang mereka kasihi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kehilangan paksa merupakan pencabulan hak asasi manusia yang paling serius dan menjejaskan pelbagai hak, termasuk hak untuk hidup, kebebasan, keselamatan diri, pengiktirafan di sisi undang-undang serta hak untuk mendapatkan pembelaan yang berkesan. Ketidakpastian yang berterusan mengenai nasib mangsa yang hilang turut menyebabkan penderitaan psikologi yang berpanjangan kepada ahli keluarga, yang turut diiktiraf sebagai mangsa di bawah piawaian hak asasi manusia antarabangsa.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">SUHAKAM sekali lagi menegaskan bahawa siasatan terhadap dakwaan kehilangan paksa hendaklah dijalankan dengan segera, menyeluruh, bebas, tidak berat sebelah dan berkesan. Akauntabiliti amat penting bukan sahaja untuk memberikan keadilan kepada mangsa dan keluarga mereka, malah bagi mengekalkan keyakinan awam terhadap kedaulatan undang-undang serta memastikan pencabulan sedemikian tidak berulang. SUHAKAM turut mengulangi gesaannya agar Malaysia meratifikasi Konvensyen Antarabangsa bagi Perlindungan Semua Orang daripada Kehilangan Paksa (ICPPED) serta menjadikan kehilangan paksa sebagai suatu kesalahan jenayah yang khusus di bawah undang-undang domestik. Langkah-langkah ini akan memperkukuh kerangka perundangan Malaysia dalam mencegah kehilangan paksa, memastikan akauntabiliti, serta menyediakan mekanisme pemulihan yang berkesan kepada mangsa dan keluarga mereka.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">SUHAKAM berdiri teguh bersama keluarga Pastor Raymond Koh dalam usaha berterusan mereka untuk menegakkan kebenaran dan mendapatkan keadilan. Kami kekal komited dalam memperjuangkan akauntabiliti, ketelusan dan penghormatan terhadap hak asasi manusia, serta berharap proses perundangan akan dapat merungkai kebenaran mengenai kehilangan Pastor Raymond Koh dan memastikan pihak yang bertanggungjawab dikenakan tindakan sewajarnya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>-TAMAT-<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)<\/strong><br><strong>4 Ogos 2026<\/strong><\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-file\"><a id=\"wp-block-file--media-f7baa465-dfb4-4228-9fb4-e3ce86a84abe\" href=\"https:\/\/suhakam.org.my\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/Kenyataan-Media-No.-48-2026_SUHAKAM-Mengulangi-Seruan-Menegakkan-Kebenaran-Akauntabiliti-dan-Keadilan-Dalam-Kes-Kehilangan-Paksa-Pastor-Raymond-Koh.pdf\">Kenyataan Media No. 48-2026_SUHAKAM Mengulangi Seruan Menegakkan Kebenaran, Akauntabiliti dan Keadilan Dalam Kes Kehilangan Paksa Pastor Raymond Koh<\/a><a href=\"https:\/\/suhakam.org.my\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/Kenyataan-Media-No.-48-2026_SUHAKAM-Mengulangi-Seruan-Menegakkan-Kebenaran-Akauntabiliti-dan-Keadilan-Dalam-Kes-Kehilangan-Paksa-Pastor-Raymond-Koh.pdf\" class=\"wp-block-file__button wp-element-button\" download aria-describedby=\"wp-block-file--media-f7baa465-dfb4-4228-9fb4-e3ce86a84abe\">Muat Turun<\/a><\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR (4 AUGUST 2026) &#8211; The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) is deeply concerned that the Court of Appeal&#8217;s decision to uphold the stay of the High Court&#8217;s orders relating to the investigation into the enforced disappearance of Pastor Raymond Koh will further impede efforts to establish the truth and achieve accountability. The [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":5,"featured_media":19804,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_bbp_topic_count":0,"_bbp_reply_count":0,"_bbp_total_topic_count":0,"_bbp_total_reply_count":0,"_bbp_voice_count":0,"_bbp_anonymous_reply_count":0,"_bbp_topic_count_hidden":0,"_bbp_reply_count_hidden":0,"_bbp_forum_subforum_count":0,"_mi_skip_tracking":false,"footnotes":""},"categories":[13],"tags":[],"class_list":["post-19802","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-press-statement"],"jetpack_featured_media_url":"https:\/\/suhakam.org.my\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/E1-1.png","_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19802","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/5"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=19802"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19802\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":19805,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19802\/revisions\/19805"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/19804"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=19802"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=19802"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=19802"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}