{"id":19789,"date":"2026-07-31T15:57:45","date_gmt":"2026-07-31T07:57:45","guid":{"rendered":"https:\/\/suhakam.org.my\/?p=19789"},"modified":"2026-07-31T15:57:46","modified_gmt":"2026-07-31T07:57:46","slug":"media-statement-no-46-2026_suhakam-hosts-2nd-seanf-technical-working-group-meeting-strengthening-regional-cooperation-on-human-rights","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/2026\/07\/media-statement-no-46-2026_suhakam-hosts-2nd-seanf-technical-working-group-meeting-strengthening-regional-cooperation-on-human-rights\/","title":{"rendered":"Kenyataan Media No. 46-2026_SUHAKAM Mempengerusikan Mesyuarat Kumpulan Kerja Teknikal (TWG) Ke-2 SEANF, Perkukuh Kerjasama Serantau Dalam Hak Asasi Manusia"},"content":{"rendered":"<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>KUALA LUMPUR (31 JULY 2026)<\/strong> Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), selaku Pengerusi Forum Institusi Hak Asasi Manusia Kebangsaan Asia Tenggara (SEANF) bagi tahun 2026, telah berjaya menganjurkan Mesyuarat Kumpulan Kerja Teknikal (TWG) Ke-2 SEANF, program serta lawatan sampingan dari 21 hingga 23 Julai 2026 di Kuala Lumpur, Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mesyuarat TWG Ke-2 ini menghimpunkan institusi-institusi anggota SEANF dengan penyertaan secara fizikal daripada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Filipina (CHRP), Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Kebangsaan Thailand (NHRCT) dan Provedor de Direitos Humanos e Justi\u00e7a (PDHJ), Timor-Leste, serta penyertaan secara dalam talian Komisi Nasional Hak Asasi Manusia (Komnas HAM) dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Kebangsaan Myanmar (MNHRC).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mesyuarat telah dirasmikan oleh Pesuruhjaya SUHAKAM, Encik Abdul Kadir Jailani Ismail di mana dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa pemerdagangan orang dan penyeludupan migran kekal sebagai antara cabaran hak asasi manusia yang paling mendesak di Asia Tenggara. Beliau turut menekankan bahawa peranan Institusi Hak Asasi Manusia Kebangsaan (NHRI) bukan sahaja terhad kepada usaha advokasi, malah merangkumi pemerkasaan kebertanggungjawaban, pengukuhan mekanisme perlindungan serta pemupukan kerjasama serantau.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sepanjang mesyuarat selama dua hari tersebut, anggota SEANF bertukar pandangan mengenai perkembangan, inisiatif dan cabaran utama sejak Mesyuarat TWG Pertama SEANF 2026. Perbincangan turut memberi tumpuan kepada pelaksanaan berterusan Pelan Strategik SEANF 2022\u20132026, khususnya empat keutamaan strategiknya iaitu memastikan hak asasi manusia kekal sebagai agenda utama dalam persekitaran pasca pandemik; memajukan agenda perniagaan dan hak asasi manusia; mencegah penyeksaan dan layanan atau hukuman yang kejam, tidak berperikemanusiaan atau menjatuhkan maruah; serta memperkukuh SEANF sebagai rangkaian serantau yang berwibawa, bebas dan berkesan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Selaras dengan peranan penerajunya di bawah Keutamaan Strategik 4, SUHAKAM menegaskan komitmennya untuk meneruskan perbincangan mengenai pengukuhan tadbir urus SEANF, termasuk mengesyorkan mekanisme pengundian majoriti dua pertiga sekiranya kata sepakat tidak dapat dicapai dalam perkara-perkara tertentu. Mesyuarat turut membincangkan beberapa isu hak asasi manusia serantau yang sedang berkembang, termasuk cadangan Deklarasi ASEAN mengenai Hak kepada Alam Sekitar yang Selamat, Bersih, Sihat dan Mampan, hak warga emas, kerjasama antara NHRI berkaitan isu tanpa kewarganegaraan, serta situasi hak asasi manusia di Sabah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pada 22 Julai 2026, SUHAKAM turut menganjurkan sebuah program sampingan bertajuk \u201cForum Mengenai Krisis Pelarian dan Pemerdagangan Orang di Asia Tenggara: Cabaran dan Peluang bagi Kerjasama Serantau.\u201d Forum tersebut menyediakan platform serantau untuk para peserta membincangkan trend semasa, jurang perlindungan serta cabaran berkaitan pelarian, pencari suaka dan pemerdagangan orang di Asia Tenggara. Perbincangan tersebut turut meningkatkan pemahaman mengenai peranan saling melengkapi antara NHRIs, agensi kerajaan, organisasi antarabangsa dan organisasi masyarakat sivil dalam melindungi golongan yang terjejas, di samping mengenal pasti peluang praktikal untuk memperkukuh kerjasama serantau melalui SEANF, termasuk perkongsian maklumat, rujukan kes, advokasi bersama, pembangunan kapasiti dan inisiatif susulan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bersempena forum tersebut, SUHAKAM telah menganjurkan satu lawatan ke Baitul Mahabbah Nilai bagi memberi peluang kepada para delegasi untuk memperoleh pemahaman yang lebih mendalam mengenai pengaturan sementara Kerajaan bagi kanak-kanak pelarian berumur di bawah 12 tahun. Inisiatif ini mencerminkan usaha untuk mengeluarkan kanak-kanak daripada tahanan imigresen, selaras dengan syor yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Hak Kanak-Kanak (CRC) dalam Pemerhatian Penutup terhadap Malaysia pada Februari 2026.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam ucapan penutupnya, Naib Pengerusi SUHAKAM, Datuk Hajah Mariati Robert menyeru Negara-Negara Anggota ASEAN agar memperkukuh perkongsian tanggungjawab dalam menangani isu perpindahan paksa serta mengeratkan kerjasama serantau bagi mencegah pemerdagangan orang, melindungi mangsa dan mereka yang terselamat, serta memastikan pihak yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan. Beliau turut menegaskan peranan penting SEANF dalam memperkukuh kerjasama antara kerajaan, NHRIs, organisasi antarabangsa dan organisasi masyarakat sivil agar isu-isu ini tidak lagi dilihat sebagai isu domestik semata-mata, sebaliknya diiktiraf sebagai cabaran hak asasi manusia serantau yang memerlukan tindakan kolektif secara berterusan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Penganjuran Mesyuarat TWG Ke-2 SEANF ini sekali lagi membuktikan komitmen institusi-institusi anggota untuk terus memperkukuh SEANF sebagai sebuah rangkaian hak asasi manusia serantau yang berwibawa, bebas dan berkesan. Mesyuarat ini diakhiri dengan tekad bersama untuk memperkukuh solidariti serantau, meningkatkan kerjasama dalam menangani cabaran hak asasi manusia yang semakin berkembang, serta terus menjunjung prinsip maruah insan, kesaksamaan dan keadilan di seluruh Asia Tenggara<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>-TAMAT-<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>31 July 2026<\/strong><\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-file\"><a id=\"wp-block-file--media-596ecfdd-668f-46d7-b0b8-316d1f297771\" href=\"https:\/\/suhakam.org.my\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/Kenyataan-Media-No.-46-2026_SUHAKAM-Mempengerusikan-Mesyuarat-Kumpulan-Kerja-Teknikal-TWG-Ke-2-SEANF-Perkukuh-Kerjasama-Serantau-Dalam-Hak-Asasi-Manusia.pdf\">Kenyataan Media No. 46-2026_SUHAKAM Mempengerusikan Mesyuarat Kumpulan Kerja Teknikal (TWG) Ke-2 SEANF, Perkukuh Kerjasama Serantau Dalam Hak Asasi Manusia<\/a><a href=\"https:\/\/suhakam.org.my\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/Kenyataan-Media-No.-46-2026_SUHAKAM-Mempengerusikan-Mesyuarat-Kumpulan-Kerja-Teknikal-TWG-Ke-2-SEANF-Perkukuh-Kerjasama-Serantau-Dalam-Hak-Asasi-Manusia.pdf\" class=\"wp-block-file__button wp-element-button\" download aria-describedby=\"wp-block-file--media-596ecfdd-668f-46d7-b0b8-316d1f297771\">Muat Turun<\/a><\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR (31 JULY 2026) &#8211; The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM), in its capacity as Chair of the South East Asia National Human Rights Institutions Forum (SEANF) for 2026, successfully hosted the 2nd Technical Working Group (TWG) Meeting of SEANF, a side event and a study visit from 21 to 23 July 2026 [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":5,"featured_media":19791,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_bbp_topic_count":0,"_bbp_reply_count":0,"_bbp_total_topic_count":0,"_bbp_total_reply_count":0,"_bbp_voice_count":0,"_bbp_anonymous_reply_count":0,"_bbp_topic_count_hidden":0,"_bbp_reply_count_hidden":0,"_bbp_forum_subforum_count":0,"_mi_skip_tracking":false,"footnotes":""},"categories":[100],"tags":[],"class_list":["post-19789","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-uncategorized-en"],"jetpack_featured_media_url":"https:\/\/suhakam.org.my\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/bi.png","_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19789","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/5"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=19789"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19789\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":19792,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19789\/revisions\/19792"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/19791"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=19789"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=19789"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=19789"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}