{"id":19743,"date":"2026-07-07T14:31:25","date_gmt":"2026-07-07T06:31:25","guid":{"rendered":"https:\/\/suhakam.org.my\/?p=19743"},"modified":"2026-07-07T14:31:26","modified_gmt":"2026-07-07T06:31:26","slug":"occ-media-statement-no-40-2026_the-childrens-commissioners-express-concern-over-school-stabbing-incident-and-urge-protection-of-childrens-privacy","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/2026\/07\/occ-media-statement-no-40-2026_the-childrens-commissioners-express-concern-over-school-stabbing-incident-and-urge-protection-of-childrens-privacy\/","title":{"rendered":"[OCC] Kenyataan Media No. 40-2026_Pesuruhjaya Kanak-Kanak Menzahirkan Kebimbangan Terhadap Insiden Tikaman Di Sekolah Dan Menyeru Perlindungan Privasi Kanak-Kanak"},"content":{"rendered":"<p><strong>KUALA LUMPUR (7 JULAI 2026)<\/strong> Pesuruhjaya Kanak-Kanak (CC), Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menzahirkan kebimbangan yang mendalam berhubung insiden tikaman yang melibatkan pelajar di sebuah sekolah menengah di Banting, Selangor. Kami merakamkan simpati kepada kanak-kanak yang cedera dan mendoakan agar beliau segera sembuh sepenuhnya. Kami mengakui kesan emosi yang dialami oleh keluarga, warga sekolah serta semua kanak-kanak yang terjejas akibat insiden yang amat menyedihkan ini.<\/p>\n\n\n\n<p>CC menegaskan bahawa mangsa dan individu yang didakwa melakukan perbuatan tersebut adalah kanak-kanak. Sehubungan itu,  mereka berhak mendapat perlindungan serta jaminan yang diperuntukkan di bawah undang-undang Malaysia dan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang telah disertai Malaysia sejak tahun 1995. Memandangkan kes ini masih dalam siasatan polis, adalah amat penting agar hak, maruah dan kepentingan terbaik setiap kanak-kanak yang terlibat dihormati sepenuhnya sepanjang proses perundangan.<\/p>\n\n\n\n<p>CC amat bimbang dengan penyebaran meluas gambar, video, maklumat peribadi serta dakwaan yang belum disahkan berkaitan kanak-kanak yang terlibat melalui media sosial dan platform pemesejan. Tindakan sedemikian boleh mengakibatkan kesan psikologi yang berpanjangan, mendedahkan kanak-kanak kepada stigma masyarakat, mengganggu siasatan yang sedang dijalankan serta menjejaskan proses pemulihan dan integrasi semula ke dalam masyarakat pada masa hadapan.<\/p>\n\n\n\n<p>Orang ramai, organisasi media serta semua pengguna platform dalam talian diingatkan bahawa Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001 melarang sebarang penerbitan atau penyebaran apa-apa maklumat yang boleh membawa kepada pengenalpastian identiti kanak-kanak yang terlibat dalam prosiding atau perkara yang dilindungi di bawah Akta tersebut. Larangan ini merangkumi nama, gambar, video, maklumat sekolah, maklumat keluarga, alamat atau apa-apa butiran lain yang boleh mendedahkan identiti kanak-kanak berkenaan. Mana-mana individu yang melanggar peruntukan ini melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.<\/p>\n\n\n\n<p>CC turut menyeru orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kes ini, termasuk keadaan kesihatan, ketidakupayaan, kesihatan mental atau motif yang didakwa melibatkan kanak-kanak berkenaan. Spekulasi sedemikian adalah tidak bertanggungjawab, berisiko menjejaskan siasatan yang sedang berjalan, serta boleh meningkatkan stereotaip dan diskriminasi yang memudaratkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Laporan media baru-baru ini menunjukkan bahawa peguam yang mewakili suspek menyatakan bahawa kanak-kanak tersebut merupakan seorang autistik.<\/p>\n\n\n\n<p>Sekiranya maklumat ini disahkan, CC menegaskan bahawa ketidakupayaan sama sekali tidak boleh dijadikan alasan untuk stigma, memburukkan atau menghasut kebencian terhadap mana-mana kanak-kanak. Setiap kanak-kanak, termasuk kanak-kanak kurang upaya, berhak mendapat perlindungan yang sama di sisi undang-undang, penghormatan terhadap maruah, layanan tanpa diskriminasi serta akses kepada perkhidmatan sokongan yang bersesuaian.<\/p>\n\n\n\n<p>Insiden ini juga wajar dijadikan peringatan mengenai kepentingan untuk memperkukuh langkah-langkah pencegahan keganasan di sekolah melalui pengenalpastian awal faktor risiko, penyediaan perkhidmatan sokongan kesihatan mental dan psikososial yang mudah diakses, mekanisme perlindungan kanak-kanak yang berkesan, kerjasama antara pihak sekolah, ibu bapa dan agensi berkaitan, serta intervensi yang tepat pada masanya bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang terdedah kepada risiko sebelum sesuatu krisis berlaku.<\/p>\n\n\n\n<p>CC akan terus memantau perkembangan kes ini dengan teliti serta berinteraksi dengan pihak berkuasa yang berkaitan bagi memastikan hak dan kebajikan semua kanak-kanak yang terlibat dilindungi selaras dengan Akta Kanak-Kanak 2001, Akta Anti-Buli 2026, CRC serta undang-undang lain yang berkaitan.<\/p>\n\n\n\n<p>Pesuruhjaya Kanak-Kanak menyeru setiap anggota masyarakat supaya bertindak secara bertanggungjawab dengan tidak berkongsi atau menyebarkan sebarang kandungan yang boleh mengenal pasti atau mengeksploitasi kanak-kanak. Melindungi kanak-kanak bukan sekadar memastikan keselamatan fizikal mereka, tetapi juga memerlukan perlindungan terhadap privasi, maruah dan masa depan mereka.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>-TAMAT-<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p><strong>Pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak<\/strong><br><strong>Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p><strong>7 Julai 2026<\/strong><\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-file\"><a id=\"wp-block-file--media-39e22855-be3a-4c8e-8622-c1fde75e29ca\" href=\"https:\/\/suhakam.org.my\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/OCC-Kenyataan-Media-No.-40-2026_Pesuruhjaya-Kanak-Kanak-Menzahirkan-Kebimbangan-Terhadap-Insiden-Tikaman-Di-Sekolah-Dan-Menyeru-Perlindungan-Privasi-Kanak-Kanak.pdf\">[OCC] Kenyataan Media No. 40-2026_Pesuruhjaya Kanak-Kanak Menzahirkan Kebimbangan Terhadap Insiden Tikaman Di Sekolah Dan Menyeru Perlindungan Privasi Kanak-Kanak<\/a><a href=\"https:\/\/suhakam.org.my\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/OCC-Kenyataan-Media-No.-40-2026_Pesuruhjaya-Kanak-Kanak-Menzahirkan-Kebimbangan-Terhadap-Insiden-Tikaman-Di-Sekolah-Dan-Menyeru-Perlindungan-Privasi-Kanak-Kanak.pdf\" class=\"wp-block-file__button wp-element-button\" download aria-describedby=\"wp-block-file--media-39e22855-be3a-4c8e-8622-c1fde75e29ca\">Muat Turun<\/a><\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR (7 JULY 2026) &#8211; The Children&#8217;s Commissioners (CC) of the Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) express their deep concern over the recent stabbing incident involving students at a secondary school in Banting, Selangor. We extend our heartfelt sympathies to the child who was injured and wish her a full and speedy recovery. [&hellip;]<\/p>","protected":false},"author":5,"featured_media":19746,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_bbp_topic_count":0,"_bbp_reply_count":0,"_bbp_total_topic_count":0,"_bbp_total_reply_count":0,"_bbp_voice_count":0,"_bbp_anonymous_reply_count":0,"_bbp_topic_count_hidden":0,"_bbp_reply_count_hidden":0,"_bbp_forum_subforum_count":0,"_mi_skip_tracking":false,"footnotes":""},"categories":[18],"tags":[],"class_list":["post-19743","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kenyataan-media"],"jetpack_featured_media_url":"https:\/\/suhakam.org.my\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/1-1.png","_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19743","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/5"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=19743"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19743\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":19747,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19743\/revisions\/19747"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/19746"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=19743"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=19743"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=19743"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}