{"id":19675,"date":"2026-05-25T16:35:37","date_gmt":"2026-05-25T08:35:37","guid":{"rendered":"https:\/\/suhakam.org.my\/?p=19675"},"modified":"2026-05-25T16:35:38","modified_gmt":"2026-05-25T08:35:38","slug":"media-statement-no-30-2026_final-decision-public-inquiry-into-human-rights-violations-during-and-after-the-incident-on-17-january-2025-at-taiping-prison-perak","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/2026\/05\/media-statement-no-30-2026_final-decision-public-inquiry-into-human-rights-violations-during-and-after-the-incident-on-17-january-2025-at-taiping-prison-perak\/","title":{"rendered":"Kenyataan Media No. 30-2026_Keputusan Akhir - Inkuiri Awam ke atas Pelanggaran Hak Asasi Manusia Semasa dan Selepas Insiden pada 17 Januari 2025 di Penjara Taiping, Perak"},"content":{"rendered":"
KUALA LUMPUR (25 MEI 2026) - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) telah menjalankan Inkuiri Awam ke atas Pelanggaran Hak Asasi Manusia Semasa dan Selepas Insiden pada 17 Januari 2025 di Penjara Taiping, Perak. Sesi Inkuiri Awam ini diadakan berikutan aduan yang diterima oleh SUHAKAM pada 3 Februari 2025 daripada ahli keluarga Tahanan Mahkamah Tinggi (\u201cTMT\u201d).<\/p>\n\n\n\n
Aduan tersebut mendakwa bahawa sekumpulan TMT telah menjadi mangsa pelanggaran hak asasi manusia di Penjara Taiping, Perak. Melalui aduan tersebut, terdapat beberapa dakwaan pelanggaraan hak asasi manusia yang dikemukakan untuk perhatian SUHAKAM, antaranya adalah:
i.\tSatu insiden rusuhan yang melibatkan penggunaan kekerasan telah dilakukan oleh kakitangan Penjara Taiping terhadap kira-kira 80 hingga 100 orang TMT sehingga menyebabkan kecederaan;
ii.\tKejadian tersebut juga menyebabkan kematian seorang TMT yang bernama Gan Chin Eng.<\/p>\n\n\n\n
Susulan itu, SUHAKAM telah mengadakan Inkuiri Awam berhubung insiden yang berlaku pada 17 Januari 2025 di Penjara Taiping. Prosiding Inkuiri Awam ini telah bermula pada 9 Jun 2025 yang berlangsung selama 3 bulan 2 minggu dan prosiding terakhir (hujahan lisan) telah diadakan pada 15 Disember 2025. Seramai 50 orang saksi telah memberi keterangan dan sebanyak 127 ekshibit telah dikemukakan semasa prosiding tersebut.<\/p>\n\n\n\n
Hasil daripada Inkuiri Awam tersebut, Panel Inkuiri telah mengesahkan bahawa berlakunya pelanggaran hak asasi manusia terhadap TMT semasa dan selepas insiden pada 17 Januari 2025 di Penjara Taiping, Perak seperti berikut:
i.\tKekerasan fizikal yang melampau dilakukan oleh sebilangan besar kakitangan penjara terhadap TMT semasa operasi pemindahan dari Dewan B ke Blok E pada 17 Januari 2025;
ii.\tKakitangan penjara telah menyalah gunakan senjata dan peralatan  keselamatan seperti cota dan semburan lada;
iii.\tKecuaian dan ketidak cekapan pegawai atasan Penjara Taiping;
iv.\tMasalah kesesakan yang serius di Penjara Taiping;
v.\tTempoh penahanan banduan reman yang lama;
vi.\tKekangan peruntukan kewangan daripada Kerajaan;
vii.\tKecuaian dan kegagalan dalam pemberian rawatan perubatan kepada TMT yang mengalami kecederaan;
viii.\tTerdapat unsur penipuan berkenaan dokumentasi rekod perubatan;
ix.\tTMT menerima layanan yang tidak berperikemanusiaan dan menjatuhkan maruah susulan insiden pada 17 Januari 2025;
x.\tLaporan polis yang dibuat terhadap TMT mengandungi maklumat palsu;
xi.\tPDRM gagal menjalankan siasatan yang berasingan terhadap tindakan kekerasan oleh kakitangan penjara ke atas TMT; dan
xii.\tKelewatan yang signifikan oleh pihak Jabatan Peguam Negara dalam membuat penelitian terhadap kertas siasatan PDRM dan membuat pertuduhan di Mahkamah.<\/p>\n\n\n\n
Sehubungan itu, Panel Inkuiri Awam telah mengemukakan syor-syor seperti berikut:
a)\tTindakan tatatertib terhadap pengurusan dan kakitangan Penjara Taiping;
b)\tPDRM menjalankan siasatan secara berasingan berkenaan tindakan kekerasan oleh kakitangan penjara terhadap TMT;
c)\tMenjalankan kajian yang mendalam mengenai alternatif kepada reman dan pemenjaraan bagi menangani masalah kesesakan di penjara;
d)\tMenghapuskan amalan penggunaan bucket system di Penjara Taiping serta di semua institusi penjara;
e)\tMenyediakan latihan secara berkala dan komprehensif kepada semua kakitangan Penjara Taiping;
f)\tKeperluan asas tahanan perlu dipenuhi secara konsisten
g)\tKemudahan perubatan dan kesihatan di institusi penjara dipertingkatkan
h)\tPenjara Taiping di tapak sedia ada dikaji semula dengan mengambil kira pewartaan Penjara Taiping sebagai Bangunan Warisan
i)\tKerajaan Malaysia meratifikasikan Konvensyen Menentang Penyeksaan dan Layanan atau Hukuman Lain yang Zalim, Tidak Berperikemanusiaan atau Menjatuhkan Maruah (UNCAT)<\/p>\n\n\n\n
Laporan penuh Inkuri Awam ini boleh diakses di
https:\/\/suhakam.org.my\/publications\/national-public-inquiry-reports\/<\/p>\n\n\n\n
-TAMAT-<\/p>\n\n\n\n
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)
KUALA LUMPUR (25 MAY 2026) – The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) conducted a Public Inquiry into Human Rights Violations During and After the Incident on 17 January 2025 at Taiping Prison, Perak. The Public Inquiry was convened following a complaint received by SUHAKAM on 3 February 2025 from family members of the High […]<\/p>","protected":false},"author":5,"featured_media":19678,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_bbp_topic_count":0,"_bbp_reply_count":0,"_bbp_total_topic_count":0,"_bbp_total_reply_count":0,"_bbp_voice_count":0,"_bbp_anonymous_reply_count":0,"_bbp_topic_count_hidden":0,"_bbp_reply_count_hidden":0,"_bbp_forum_subforum_count":0,"_mi_skip_tracking":false,"footnotes":""},"categories":[13],"tags":[],"class_list":["post-19675","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-press-statement"],"jetpack_featured_media_url":"https:\/\/suhakam.org.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/E1-2.png","_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19675","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/5"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=19675"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19675\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":19679,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19675\/revisions\/19679"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/19678"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=19675"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=19675"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=19675"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}