{"id":19658,"date":"2026-05-21T17:50:58","date_gmt":"2026-05-21T09:50:58","guid":{"rendered":"https:\/\/suhakam.org.my\/?p=19658"},"modified":"2026-05-21T17:50:59","modified_gmt":"2026-05-21T09:50:59","slug":"media-statement-no-29-2026_suhakam-calls-for-greater-digital-accessibility-and-inclusion-in-conjunction-with-global-accessibility-awareness-day-2026","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/2026\/05\/media-statement-no-29-2026_suhakam-calls-for-greater-digital-accessibility-and-inclusion-in-conjunction-with-global-accessibility-awareness-day-2026\/","title":{"rendered":"Kenyataan Media No. 29-2026_SUHAKAM Seru Kesaksamaan Aksesibiliti Dan Inklusiviti Digital Yang Lebih Menyeluruh Sempena Hari Kesedaran Aksesibiliti Global 2026"},"content":{"rendered":"<p><strong>KUALA LUMPUR (21 MEI 2026)<\/strong> Sempena Hari Kesedaran Aksesibiliti Global (Global Accessibility Awareness Day \u2013 GAAD) 2026, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menekankan akan kepentingan untuk memastikan akses yang sama rata kepada ruang digital, maklumat dan teknologi untuk semua individu, khususnya orang kelainan upaya (OKU).<\/p>\n\n\n\n<p>GAAD disambut setiap tahun pada hari Khamis ketiga bulan Mei, GAAD menjadi peringatan global mengenai keperluan untuk memperkukuh aksesibiliti dan keterangkuman dalam persekitaran digital. Dalam memperluas ekosistem digitalnya, Malaysia harus memastikan aksesibiliti menjadi pertimbangan asas hak asasi manusia dan bukan sesuatu yang difikirkan kemudian hari.<\/p>\n\n\n\n<p>Akses kepada maklumat, komunikasi, pendidikan, pekerjaan, perkhidmatan awam serta penyertaan dalam kehidupan awam kini semakin bergantung kepada platform dan teknologi digital. Namun begitu, orang kurang upaya masih berdepan pelbagai halangan kerana laman sesawang, aplikasi mudah alih, perkhidmatan dalam talian dan sistem komunikasi tidak mesra untuk diakses oleh mereka. SUHAKAM menegaskan bahawa aksesibiliti digital berkait rapat dengan prinsip kesaksamaan, maruah, tanpa diskriminasi dan penyertaan bermakna sebagaimana yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan bahkan diperkukuhkan melalui komitmen Malaysia di bawah Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya (CRPD).<\/p>\n\n\n\n<p>Sehubungan itu, SUHAKAM menyeru untuk:<\/p>\n\n\n\n<p>Agensi kerajaan memperkukuh tadbir urus digital yang inklusif dan memastikan semua platform digital awam mematuhi piawaian aksesibiliti sejagat.<\/p>\n\n\n\n<p>ii.\tSektor swasta, industri pembangun teknologi dan penyedia perkhidmatan mengintegrasikan ciri-ciri aksesibiliti dalam reka bentuk dan pembangunan produk serta perkhidmatan. Digital.<\/p>\n\n\n\n<p>iii.\tInstitusi pendidikan dan tempat kerja mempromosikan keterangkuman digital serta persekitaranpembelajaran dan pekerjaan yang boleh diakses.<\/p>\n\n\n\n<p>iv.\tMasyarakat secara keseluruhannya memupuk kesedaran, empati dan kefahaman yang lebih mendalam terhadap pengalaman hidup orang kurang upaya.<\/p>\n\n\n\n<p>SUHAKAM turut menggalakkan kerjasama yang lebih kukuh antara pembuat dasar, organisasi masyarakat sivil, pejuang hak OKU dan pihak industri dalam membangunkan ekosistem digital yang tidak meminggirkan sesiapa.<\/p>\n\n\n\n<p>Persekitaran digital yang inklusif dan mudah diakses adalah penting ke arah sebuah masyarakat yang adil, saksama dan berteraskan hak asasi manusia. Dalam mendepani kemajuan teknologi, Malaysia harus memastikan semua individu, tanpa mengira keupayaan mendapat penyertaan sepenuhnya dan sama rata dalam era digital.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>-TAMAT-<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p><strong>Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p><strong>21 Mei 2026<\/strong><\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-file\"><a id=\"wp-block-file--media-78ece049-6fb7-4d74-b163-e20ec4c3d568\" href=\"https:\/\/suhakam.org.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/Kenyataan-Media-No.-29-2026_SUHAKAM-Seru-Kesaksamaan-Aksesibiliti-Dan-Inklusiviti-Digital-Yang-Lebih-Menyeluruh-Sempena-Hari-Kesedaran-Aksesibiliti-Global-2026.pdf\">Kenyataan Media No. 29-2026_SUHAKAM Seru Kesaksamaan Aksesibiliti Dan Inklusiviti Digital Yang Lebih Menyeluruh Sempena Hari Kesedaran Aksesibiliti Global 2026<\/a><a href=\"https:\/\/suhakam.org.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/Kenyataan-Media-No.-29-2026_SUHAKAM-Seru-Kesaksamaan-Aksesibiliti-Dan-Inklusiviti-Digital-Yang-Lebih-Menyeluruh-Sempena-Hari-Kesedaran-Aksesibiliti-Global-2026.pdf\" class=\"wp-block-file__button wp-element-button\" download aria-describedby=\"wp-block-file--media-78ece049-6fb7-4d74-b163-e20ec4c3d568\">Muat Turun<\/a><\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR (21 MAY 2026) &#8211; In conjunction with Global Accessibility Awareness Day (GAAD) 2026, the Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) reaffirms the importance of ensuring equal access to digital spaces, information, and technology for all persons, particularly persons with disabilities (PWDs). Observed annually on the third Thursday of May, GAAD serves as a [&hellip;]<\/p>","protected":false},"author":5,"featured_media":19660,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_bbp_topic_count":0,"_bbp_reply_count":0,"_bbp_total_topic_count":0,"_bbp_total_reply_count":0,"_bbp_voice_count":0,"_bbp_anonymous_reply_count":0,"_bbp_topic_count_hidden":0,"_bbp_reply_count_hidden":0,"_bbp_forum_subforum_count":0,"_mi_skip_tracking":false,"footnotes":""},"categories":[18],"tags":[],"class_list":["post-19658","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kenyataan-media"],"jetpack_featured_media_url":"https:\/\/suhakam.org.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/2-1.png","_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19658","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/5"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=19658"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19658\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":19661,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19658\/revisions\/19661"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/19660"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=19658"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=19658"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=19658"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}