{"id":19608,"date":"2026-05-01T11:18:39","date_gmt":"2026-05-01T03:18:39","guid":{"rendered":"https:\/\/suhakam.org.my\/?p=19608"},"modified":"2026-05-19T13:01:48","modified_gmt":"2026-05-19T05:01:48","slug":"media-statement-no-25-2026_suhakam-urges-rights-based-response-amid-economic-pressures-and-proposed-cuts-to-health-and-education","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/2026\/05\/media-statement-no-25-2026_suhakam-urges-rights-based-response-amid-economic-pressures-and-proposed-cuts-to-health-and-education\/","title":{"rendered":"Kenyataan Media No. 26-2026_ Cadangan Pengurangan Peruntukan Kesihatan Serta Pendidikan SUHAKAM Gesa Pendekatan Berasaskan Hak Asasi Dalam Menghadapi Tekanan Ekonomi"},"content":{"rendered":"<p><strong>KUALA LUMPUR (1 MAY 2026)<\/strong> Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menzahirkan kebimbangan serius terhadap kesan berganda cabaran ekonomi semasa ke atas golongan rentan, khususnya wanita, kanak-kanak, dan komuniti berpendapatan rendah, termasuk individu tanpa dokumen, tanpa kerakyatan, serta pelarian, susulan laporan terkini mengenai cadangan pengurangan perbelanjaan awam bagi sektor-sektor kritikal.<\/p>\n\n\n\n<p>Perkembangan mutakhir menunjukkan bahawa Perbendaharaan Malaysia telah mencadangkan pengurangan bajet sebanyak RM5.4 bilion yang melibatkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pendidikan tinggi. Cadangan pengurangan kepada KKM amat membimbangkan memandangkan ia berlaku ketika permintaan terhadap perkhidmatan kesihatan awam, sokongan pemakanan, dan perkhidmatan sosial asas semakin meningkat, khususnya dalam kalangan mereka yang paling terkesan akibat peningkatan kos sara hidup.<\/p>\n\n\n\n<p>SUHAKAM menegaskan bahawa penguncupan fiskal dalam sektor kesihatan semasa tempoh tekanan ekonomi adalah amat membimbangkan. Bukti di peringkat global menunjukkan bahawa sistem kesihatan sering menjadi antara sektor yang paling terjejas ketika krisis, dengan implikasi jangka panjang terhadap hasil kesihatan awam. Di Malaysia, pengurangan sedemikian berisiko memburukkan lagi jurang sedia ada dari segi akses, kualiti, dan kesaksamaan dalam perkhidmatan kesihatan.<\/p>\n\n\n\n<p>SUHAKAM turut bimbang bahawa pengurangan tersebut, sekiranya dilaksanakan tanpa perlindungan yang mencukupi, berisiko menjejaskan akses kepada perkhidmatan asas yang kritikal bagi perlindungan hak asasi manusia, khususnya dalam bidang kesihatan wanita, perkembangan kanak-kanak, serta kesejahteraan golongan rentan dan terpinggir lain termasuk warga emas, orang kurang upaya, dan isi rumah berpendapatan rendah. Kesukaran ekonomi memberi tekanan tambahan kepada isi rumah dan boleh membawa kepada kesan kesihatan yang negatif, termasuk pengurangan akses kepada makanan berkhasiat, kelewatan mendapatkan rawatan, serta kemerosotan kesihatan fizikal dan mental.<\/p>\n\n\n\n<p>SUHAKAM seterusnya menegaskan bahawa langkah sedemikian boleh dianggap sebagai satu kemunduran <strong>regressive step<\/strong> in the realisation of economic, social, and cultural rights.\u00a0 Malaysia has voluntarily committed to Sustainable Development Goal 3: Good Health and Wellbeing, which aims to ensure healthy lives and promote well-being for all at all ages. In particular, Target 3(c) calls for increased health financing and strengthened health workforce capacity. SUHAKAM notes that both the Ministry of Finance and the Ministry of Economy have identified SDG 3 as a national priority due to its significant social impact. These commitments must be meaningfully upheld. The Government must not regress on the public right to health, a core economic,\u00a0social\u00a0and cultural human right. Public right to health is also a constitutional right protected by the Federal Constitution.\u00a0Any fiscal consolidation measures must be carefully calibrated to avoid undermining\u00a0equitable\u00a0access to healthcare and essential support systems.<\/p>\n\n\n\n<p>SUHAKAM mengulangi bahawa hak kepada kesihatan, makanan mencukupi, dan kesejahteraan adalah hak asasi manusia yang paling asas, yang dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan, serta diperakui dalam obligasi antarabangsa termasuk Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita (CEDAW) dan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC).<\/p>\n\n\n\n<p>Sehubungan itu, SUHAKAM menggesa Kerajaan untuk:<\/p>\n\n\n\n<ol style=\"list-style-type:lower-roman\" class=\"wp-block-list\">\n<li>i.\tMemastikan sebarang langkah konsolidasi fiskal tidak memberi kesan tidak seimbang kepada golongan rentan, khususnya warga emas, wanita, kanak-kanak, dan kumpulan berpendapatan rendah;<\/li>\n\n\n\n<li>ii.\tMelindungi dan, jika perlu, meningkatkan peruntukan bagi perkhidmatan kesihatan asas selaras dengan komitmen SDG, termasuk kesihatan ibu dan reproduktif, pemakanan kanak-kanak, serta sokongan kesihatan mental;<\/li>\n\n\n\n<li>iii.\tMemperkukuh sistem kesihatan dan sokongan sosial berasaskan komuniti, khususnya bagi populasi yang kurang mendapat perkhidmatan dan berisiko;<\/li>\n\n\n\n<li>iv.\tMemperluas bantuan sosial bersasar, termasuk sokongan makanan dan pemakanan kepada keluarga berpendapatan rendah;<\/li>\n\n\n\n<li>v.\tMengguna pakai pendekatan berasaskan hak asasi manusia dalam penggubalan bajet, dengan memastikan ketelusan, penyertaan, dan kebertanggungjawaban dalam proses membuat keputusan fiskal.<\/li>\n<\/ol>\n\n\n\n<p>SUHAKAM menegaskan bahawa respons dasar terhadap tekanan ekonomi tidak boleh mengorbankan golongan paling rentan. Komitmen terhadap pembangunan mampan dan hak asasi manusia harus disertai dengan pilihan dasar yang konkrit. Malaysia bukan sahaja perlu mengutamakan SDG 3 dari segi prinsip, tetapi juga menterjemahkan keutamaan ini dalam amalan. SUHAKAM kekal komited untuk bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan bagi memastikan agar dasar pembangunan Malaysia membela maruah insan tanpa meminggirkan sesiapa.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>-TAMAT-<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p><strong>Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p><strong>1 May 2026<\/strong><\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-file\"><a id=\"wp-block-file--media-8f7ac1bf-81fb-4c49-9b26-75500afdb85e\" href=\"https:\/\/suhakam.org.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/Media-Statement-No.-26-2026_SUHAKAM-Urges-Rights-Based-Response-Amid-Economic-Pressures-and-Proposed-Cuts-to-Health-and-Education.pdf\">Kenyataan Media No. 26-2026_ Cadangan Pengurangan Peruntukan Kesihatan Serta Pendidikan SUHAKAM Gesa Pendekatan Berasaskan Hak Asasi Dalam Menghadapi Tekanan Ekonomi<\/a><a href=\"https:\/\/suhakam.org.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/Media-Statement-No.-26-2026_SUHAKAM-Urges-Rights-Based-Response-Amid-Economic-Pressures-and-Proposed-Cuts-to-Health-and-Education.pdf\" class=\"wp-block-file__button wp-element-button\" download aria-describedby=\"wp-block-file--media-8f7ac1bf-81fb-4c49-9b26-75500afdb85e\">Muat Turun<\/a><\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-file\"><a id=\"wp-block-file--media-a6c809eb-2a50-4749-bae3-9d51b1bf91ab\" href=\"https:\/\/suhakam.org.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/Kenyataan-Media-No.-26-2026_-Cadangan-Pengurangan-Peruntukan-Kesihatan-Serta-Pendidikan-SUHAKAM-Gesa-Pendekatan-Berasaskan-Hak-Asasi-Dalam-Menghadapi-Tekanan-Ekonomi.pdf\">Kenyataan Media No. 26-2026_ Cadangan Pengurangan Peruntukan Kesihatan Serta Pendidikan SUHAKAM Gesa Pendekatan Berasaskan Hak Asasi Dalam Menghadapi Tekanan Ekonomi<\/a><a href=\"https:\/\/suhakam.org.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/Kenyataan-Media-No.-26-2026_-Cadangan-Pengurangan-Peruntukan-Kesihatan-Serta-Pendidikan-SUHAKAM-Gesa-Pendekatan-Berasaskan-Hak-Asasi-Dalam-Menghadapi-Tekanan-Ekonomi.pdf\" class=\"wp-block-file__button wp-element-button\" download aria-describedby=\"wp-block-file--media-a6c809eb-2a50-4749-bae3-9d51b1bf91ab\">Muat Turun<\/a><\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR (1 MAY 2026) &#8211; The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) expresses deep concern over the compounding impact of current economic challenges on vulnerable groups, particularly women, children, and low-income communities, including undocumented, stateless persons, and refugees in light of recent reports indicating proposed reductions in public expenditure for critical sectors. Recent developments [&hellip;]<\/p>","protected":false},"author":5,"featured_media":19610,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_bbp_topic_count":0,"_bbp_reply_count":0,"_bbp_total_topic_count":0,"_bbp_total_reply_count":0,"_bbp_voice_count":0,"_bbp_anonymous_reply_count":0,"_bbp_topic_count_hidden":0,"_bbp_reply_count_hidden":0,"_bbp_forum_subforum_count":0,"_mi_skip_tracking":false,"footnotes":""},"categories":[100],"tags":[],"class_list":["post-19608","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-uncategorized-en"],"jetpack_featured_media_url":"https:\/\/suhakam.org.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/1.png","_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19608","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/5"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=19608"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19608\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":19650,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19608\/revisions\/19650"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/19610"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=19608"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=19608"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=19608"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}