{"id":19516,"date":"2026-04-10T15:48:45","date_gmt":"2026-04-10T07:48:45","guid":{"rendered":"https:\/\/suhakam.org.my\/?p=19516"},"modified":"2026-04-10T15:48:51","modified_gmt":"2026-04-10T07:48:51","slug":"media-statement-no-17-2026_suhakam-raises-concern-over-arrests-calls-for-rights-based-approach-to-freedom-of-expression","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/2026\/04\/media-statement-no-17-2026_suhakam-raises-concern-over-arrests-calls-for-rights-based-approach-to-freedom-of-expression\/","title":{"rendered":"Kenyataan Media No.- 17_2026 SUHAKAM Seru Pendekatan Berteraskan Hak Asasi Terhadap Kebebasan Bersuara"},"content":{"rendered":"<p><strong>KUALA LUMPUR (10 APRIL 2026)<\/strong> Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menzahirkan kebimbangan berhubung insiden yang berlaku baru-baru ini di sebuah forum awam di Kuala Lumpur, di mana tiga individu dilaporkan telah ditahan oleh pihak polis selepas memaparkan plakad semasa Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyampaikan ucapan. SUHAKAM mengambil maklum mengenai pembebasan ketiga-tiga individu berkenaan namun masih bimbang mengenai keadaan dan justifikasi awal penahanan mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Memandangkan tindakan mereka bersifat aman dan berada dalam ruang lingkup kebebasan bersuara yang dilindungi, penahanan tersebut menimbulkan persoalan penting mengenai bagaimana hak kebebasan bersuara dan berhimpun secara aman ditafsirkan serta dilaksanakan. SUHAKAM dengan ini menegaskan semula pendiriannya yang konsisten bahawa hak kebebasan bersuara adalah kebebasan asasi yang dijamin di bawah Perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 19 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR).Sebagai tunjang kepada sebuah masyarakat demokratik, hak ini membolehkan individu menyuarakan pandangan, terlibat dalam wacana awam, serta mengambil bahagian secara bermakna dalam perkara yang melibatkan awam. Walaupun hak ini tidak bersifat mutlak, sebarang sekatan hendaklah mematuhi prinsip hak asasi manusia antarabangsa yang telah ditetapkan, termasuk yang terkandung dalam Perkara 19 Kovenan Antarabangsa mengenai Hak Sivil dan Politik (ICCPR), yang mensyaratkan bahawa sekatan harus sah di sisi undang-undang, bergantung kepada keperluan dan berkadaran.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam hal ini, SUHAKAM menekankan bahawa Kerajaan mempunyai tanggungjawab bukan sahaja untuk mengawal selia, tetapi juga untuk memudah cara serta melindungi pelaksanaan hak-hak ini. Ini termasuk memastikan individu dapat menyuarakan pandangan mereka secara aman dan tanpa gangguan yang tidak wajar, di samping mengekalkan ketenteraman awam. Sehubungan itu, sebarang tindakan penguatkuasaan hendaklah dilaksanakan secara berkadaran, tidak sewenang-wenangnya, dan selaras dengan prinsip kedaulatan undang-undang, termasuk pematuhan penuh terhadap jaminan proses yang sewajarnya. Dalam konteks ini, penggunaan peruntukan jenayah, khususnya yang bersifat luas atau umum, perlu diteliti dengan berhati-hati bagi memastikan ia tidak membawa kesan yang tidak seimbang atau secara tidak langsung mengekang pelaksanaan sah kebebasan bersuara.<\/p>\n\n\n\n<p>SUHAKAM juga mengambil maklum bahawa isu yang dibangkitkan dalam forum tersebut berkait rapat dengan perkara yang melibatkan kepentingan awam di mana SUHAKAM telah menggesa agar satu siasatan bebas dan telus dijalankan bagi memelihara integriti institusi serta keyakinan awam. Pandangan yang berbeza seharusnya dapat disuarakan secara aman dan semua pihak perlu dilayan secara adil, selaras dengan undang-undang.<\/p>\n\n\n\n<p>Sehubungan itu, SUHAKAM menyeru pihak berkuasa yang berkaitan untuk memastikan agar sebarang tindakan penguatkuasaan susulan daripada insiden ini dilaksanakan secara adil, berhemah dan berkadaran, selaras dengan jaminan Perlembagaan serta piawaian hak asasi manusia antarabangsa. SUHAKAM kekal komited untuk mempertahankan kebebasan bersuara dan ketenteraman awam kerana kedua-duanya merupakan tunjang penting yang saling melengkapi dalam sebuah masyarakat demokratik.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>-Tamat-<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p><strong>Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p><strong>10 April 2026<\/strong><\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-file\"><a id=\"wp-block-file--media-c1aa6315-b096-479a-9aaf-bc301063e508\" href=\"https:\/\/suhakam.org.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/Kenyataan-Media-No.-17_2026-SUHAKAM-Seru-Pendekatan-Berteraskan-Hak-Asasi-Terhadap-Kebebasan-Bersuara.pdf\">Kenyataan Media No.- 17_2026 SUHAKAM Seru Pendekatan Berteraskan Hak Asasi Terhadap Kebebasan Bersuara<\/a><a href=\"https:\/\/suhakam.org.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/Kenyataan-Media-No.-17_2026-SUHAKAM-Seru-Pendekatan-Berteraskan-Hak-Asasi-Terhadap-Kebebasan-Bersuara.pdf\" class=\"wp-block-file__button wp-element-button\" download aria-describedby=\"wp-block-file--media-c1aa6315-b096-479a-9aaf-bc301063e508\">Muat Turun<\/a><\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR (10 APRIL 2026) \u2013 The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) expresses concern regarding a recent incident at a public forum in Kuala Lumpur, where three individuals were reportedly arrested and detained by the police after briefly displaying placards during a speech by the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) Chief Commissioner. SUHAKAM notes that [&hellip;]<\/p>","protected":false},"author":5,"featured_media":19517,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_bbp_topic_count":0,"_bbp_reply_count":0,"_bbp_total_topic_count":0,"_bbp_total_reply_count":0,"_bbp_voice_count":0,"_bbp_anonymous_reply_count":0,"_bbp_topic_count_hidden":0,"_bbp_reply_count_hidden":0,"_bbp_forum_subforum_count":0,"_mi_skip_tracking":false,"footnotes":""},"categories":[100],"tags":[],"class_list":["post-19516","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-uncategorized-en"],"jetpack_featured_media_url":"https:\/\/suhakam.org.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/1.png","_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19516","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/5"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=19516"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19516\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":19519,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19516\/revisions\/19519"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/19517"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=19516"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=19516"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=19516"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}