{"id":19468,"date":"2026-03-09T21:56:49","date_gmt":"2026-03-09T13:56:49","guid":{"rendered":"https:\/\/suhakam.org.my\/?p=19468"},"modified":"2026-03-09T21:56:54","modified_gmt":"2026-03-09T13:56:54","slug":"occ-media-statement-no-14-2026_childrens-commissioners-express-disappointment-over-pdrms-delay-in-granting-occ-access-to-children-detained-under-sosma","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/2026\/03\/occ-media-statement-no-14-2026_childrens-commissioners-express-disappointment-over-pdrms-delay-in-granting-occ-access-to-children-detained-under-sosma\/","title":{"rendered":"[OCC] Kenyataan Media No. 14-2026_Pesuruhjaya Kanak-Kanak Zahir Kekecewaan Terhadap Kelewatan PDRM Memberikan Akses kepada OCC untuk Melawat Kanak-kanak yang Ditahan di bawah SOSMA"},"content":{"rendered":"<p><strong>KUALA LUMPUR (9 MAC 2026) <\/strong>- Pesuruhjaya Kanak-Kanak (CC) Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) merujuk kepada sidang media yang diadakan oleh Ketua Polis Negara pada 6 Mac 2026 berhubung penahanan enam individu di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), termasuk tiga orang kanak-kanak, susulan satu operasi khas yang dijalankan pada 14 dan 15 Februari 2026.<\/p>\n\n\n\n<p>CC ingin menyatakan bahawa penahanan kanak-kanak di bawah SOSMA adalah bercanggah dengan Seksyen 84(1) Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611], yang memperuntukkan bahawa kanak-kanak yang ditangkap hendaklah dibawa ke Mahkamah Bagi Kanak-Kanak dalam tempoh 24 jam. Selain itu, Seksyen 83(1) Akta 611 jelas memperuntukkan bahawa Akta Kanak-Kanak mengatasi semua undang-undang lain yang berkaitan dengan penangkapan, penahanan dan perbicaraan kanak-kanak. Kegagalan untuk mematuhi perlindungan utama ini merupakan satu pelanggaran jelas terhadap hak kanak-kanak.<\/p>\n\n\n\n<p>Pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak (OCC), SUHAKAM telah menerima aduan berhubung perkara ini pada 26 Februari 2026 dan seterusnya menghubungi Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 2 Mac 2026 serta pada 5 Mac 2026 bagi memaklumkan hasrat untuk melawat kanak-kanak yang terlibat. Ini bagi memastikan hak mereka tetap dilindungi semasa berada dalam tahanan polis. Pemakluman tersebut dibuat selaras dengan kuasa CC di bawah Seksyen 4(2)(c) dan (d) Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 [Akta 597]. Akta yang sama turut memperuntukkan bahawa lawatan sedemikian tidak boleh dihalang, dengan syarat prosedur yang ditetapkan oleh undang-undang yang mengawal tempat tahanan tersebut dipatuhi. Walau bagaimanapun, meskipun pihak polis telah berhubung dengan OCC berkenaan perkara ini, akses tersebut masih belum diberikan.<\/p>\n\n\n\n<p>CC melahirkan rasa kecewa terhadap kelewatan berterusan dalam membenarkan OCC melawat kanak-kanak yang kini ditahan di bawah SOSMA, terutamanya apabila Ketua Polis Negara, dalam sidang media tersebut menyatakan bahawa pihak polis akan mengambil pendekatan berhemah bagi memastikan identiti, maruah dan masa depan tiga suspek kanak-kanak itu dilindungi, selaras dengan Akta Kanak-Kanak 2001 dan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak. Sekiranya jaminan tersebut benar-benar ingin dilaksanakan, OCC sewajarnya diberikan akses segera kepada kanak-kanak yang terlibat tanpa sebarang kelewatan.<\/p>\n\n\n\n<p>OCC menegaskan semula pendiriannya yang tegas bahawa kanak-kanak tidak seharusnya ditahan di bawah SOSMA. Memandangkan akta tersebut membenarkan penahanan tanpa pengawasan kehakiman, ia tidak selaras dengan piawaian perlindungan hak kanak-kanak yang diiktiraf. Sehubungan itu, sebarang peruntukan yang membenarkan penahanan kanak-kanak di bawah SOSMA wajar dimansuhkan sepenuhnya.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>-TAMAT-<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p><strong>Pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak<\/strong><br><strong>Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)<\/strong><br><strong>9 Mac 2026<\/strong><\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-file\"><a id=\"wp-block-file--media-05d67720-b497-4d96-ab5d-361e3694f383\" href=\"https:\/\/suhakam.org.my\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/OCC-Kenyataan-Media-No.-14-2026_Pesuruhjaya-Kanak-Kanak-Zahir-Kekecewaan-Terhadap-Kelewatan-PDRM-Memberikan-Akses-kepada-OCC-untuk-Melawat-Kanak-kanak-yang-Ditahan-di-bawah-SOSMA.pdf\">[OCC] Kenyataan Media No. 14-2026_Pesuruhjaya Kanak-Kanak Zahir Kekecewaan Terhadap Kelewatan PDRM Memberikan Akses kepada OCC untuk Melawat Kanak-kanak yang Ditahan di bawah SOSMA<\/a><a href=\"https:\/\/suhakam.org.my\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/OCC-Kenyataan-Media-No.-14-2026_Pesuruhjaya-Kanak-Kanak-Zahir-Kekecewaan-Terhadap-Kelewatan-PDRM-Memberikan-Akses-kepada-OCC-untuk-Melawat-Kanak-kanak-yang-Ditahan-di-bawah-SOSMA.pdf\" class=\"wp-block-file__button wp-element-button\" download aria-describedby=\"wp-block-file--media-05d67720-b497-4d96-ab5d-361e3694f383\">Muat Turun<\/a><\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR (9 MARCH 2026) &#8211; The Children\u2019s Commissioners refer to the press conference held by the Inspector-General of Police on 6 March 2026 concerning the detention of six individuals under the Security Offences (Special Measures) Act 2012 (SOSMA), including three children, following a special operation conducted on 14 and 15 February 2026. The Children\u2019s [&hellip;]<\/p>","protected":false},"author":5,"featured_media":19469,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_bbp_topic_count":0,"_bbp_reply_count":0,"_bbp_total_topic_count":0,"_bbp_total_reply_count":0,"_bbp_voice_count":0,"_bbp_anonymous_reply_count":0,"_bbp_topic_count_hidden":0,"_bbp_reply_count_hidden":0,"_bbp_forum_subforum_count":0,"_mi_skip_tracking":false,"footnotes":""},"categories":[13],"tags":[],"class_list":["post-19468","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-press-statement"],"jetpack_featured_media_url":"https:\/\/suhakam.org.my\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/E1.png","_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19468","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/5"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=19468"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19468\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":19471,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19468\/revisions\/19471"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/19469"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=19468"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=19468"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=19468"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}