{"id":19460,"date":"2026-03-08T08:23:27","date_gmt":"2026-03-08T00:23:27","guid":{"rendered":"https:\/\/suhakam.org.my\/?p=19460"},"modified":"2026-03-08T08:23:34","modified_gmt":"2026-03-08T00:23:34","slug":"media-statement-no-12-2026_suhakam-reaffirms-its-commitment-to-gender-equality-and-womens-rights-on-iwd-2026","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/2026\/03\/media-statement-no-12-2026_suhakam-reaffirms-its-commitment-to-gender-equality-and-womens-rights-on-iwd-2026\/","title":{"rendered":"Kenyataan Media No. 12-2026_SUHAKAM Tegaskan Semula Komitmen Terhadap Kesaksamaan Gender Dan Hak Wanita Sempena Hari Wanita Antarabangsa 2026"},"content":{"rendered":"<p><strong>KUALA LUMPUR (8 MARCH 2026)<\/strong> Sempena Hari Wanita Antarabangsa pada tahun ini yang bertemakan \u201cRights. Justice. Action. For All Women and Girls.\u201d, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menegaskan komitmennya untuk memajukan dan melindungi kesaksamaan gender serta hak wanita, selaras dengan piawaian hak asasi manusia antarabangsa termasuk Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita (CEDAW).<\/p>\n\n\n\n<p>Tema tahun ini menjadi peringatan penting bahawa hak asasi manusia harus direalisasikan dalam kehidupan seharian semua wanita dan kanak-kanak perempuan. Ini termasuk hak kepada kesaksamaan di sisi undang-undang dan akses kepada keadilan, kebebasan bersuara dan mendapatkan maklumat, hak kepada keselamatan di ruang digital dan awam, serta penglibatan sepenuhnya dalam kebudayaan, saintifik dan sivik. Apabila hak-hak ini dinafikan atau dibatasi ketidakseimbangan kuasa berasaskan gender, ketidaksamaan struktur akan terus berlaku dan kepercayaan awam terhadap institusi akan terhakis.<\/p>\n\n\n\n<p>Tumpuan SUHAKAM adalah sejajar dengan Pemerhatian Penutup CEDAW terhadap Malaysia, khususnya empat bidang tematik yang dikenal pasti untuk Laporan Susulan kepada Penilaian Malaysia di Jawatankuasa CEDAW yang dijadualkan pada bulan Jun, iaitu: <em>Malaysia\u2019s Follow-up Report to CEDAW Concluding Observations<\/em> due in June, namely:<\/p>\n\n\n\n<ol style=\"list-style-type:lower-roman\" class=\"wp-block-list\">\n<li>i.\tPenggubalan undang-undang anti-diskriminasi yang komprehensif terhadap wanita, termasuk langkah untuk memperkukuh kepimpinan politik wanita serta memelihara hak wanita dalam tahanan.<\/li>\n\n\n\n<li>ii.\tPembasmian perkahwinan kanak-kanak.<\/li>\n\n\n\n<li>iii.\tIsu khitan perempuan (FGM).<\/li>\n\n\n\n<li>iv.\tPerlindungan hak asasi wanita dan kanak-kanak perempuan pelarian.<\/li>\n<\/ol>\n\n\n\n<p>Bidang keutamaan ini menunjukkan bahawa masih terdapat jurang dalam undang-undang, dasar dan pelaksanaan yang memerlukan tindakan segera dan bersepadu di peringkat nasional. SUHAKAM akan terus memantau kemajuan, bekerjasama dengan pihak berkepentingan yang berkaitan serta memperjuangkan pembaharuan selaras dengan komitmen Malaysia di bawah CEDAW, bagi memastikan ia benar-benar membawa perlindungan dan kesaksamaan kepada semua wanita dan kanak-kanak perempuan.<\/p>\n\n\n\n<p>Berpandukan Strategi Gender ASEAN Parliamentarians for Human Rights (APF) yang memaklumkan kerja institusi hak asasi manusia kebangsaan, dan selaras dengan mandat hak asasi manusianya yang lebih luas, SUHAKAM kekal komited untuk menangani ketidaksamaan gender dari segi sdasar, struktur dan budaya. Ini termasuk memantau sistem yang memberi kesan kepada akses wanita kepada keadilan, melindungi kebebasan bersuara, menyokong undang-undang dan dasar yang responsif gender, serta menangani diskriminasi dan keganasan berasaskan gender. Usaha ini mencerminkan tekad SUHAKAM untuk memperarusperdanakan kesaksamaan gender di peringkat dalaman dan luaran, dengan mengintegrasikannya secara menyeluruh dalam semua prinsip hak asasi manusia.<\/p>\n\n\n\n<p>Melalui cadangan penglibatan Parlimen di bawah susulan Strategi Gender APF, SUHAKAM menegaskan bahawa Hari Wanita Antarabangsa merupakan peluang penting untuk beralih daripada komitmen kepada tindakan. SUHAKAM menggesa semua pihak yang bertanggungjawab, khususnya institusi kerajaan, Parlimen dan pihak berkepentingan untuk bekerjasama memastikan hak asasi manusia dilindungi dan dikuatkuasakan secara berkesan serta diterjemahkan kepada keadilan yang konkrit dan hasil yang bermakna untuk semua wanita dan kanak-kanak perempuan di seluruh Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>-TAMAT-<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p><strong>Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p><strong>8 March 2026<\/strong><\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-file\"><a id=\"wp-block-file--media-3181c2d9-0151-4015-9cac-177c859dd2d6\" href=\"https:\/\/suhakam.org.my\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/Kenyataan-Media-No.-12-2026_SUHAKAM-Tegaskan-Semula-Komitmen-Terhadap-Kesaksamaan-Gender-Dan-Hak-Wanita-Sempena-Hari-Wanita-Antarabangsa-2026.pdf\">Kenyataan Media No. 12-2026_SUHAKAM Tegaskan Semula Komitmen Terhadap Kesaksamaan Gender Dan Hak Wanita Sempena Hari Wanita Antarabangsa 2026<\/a><a href=\"https:\/\/suhakam.org.my\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/Kenyataan-Media-No.-12-2026_SUHAKAM-Tegaskan-Semula-Komitmen-Terhadap-Kesaksamaan-Gender-Dan-Hak-Wanita-Sempena-Hari-Wanita-Antarabangsa-2026.pdf\" class=\"wp-block-file__button wp-element-button\" download aria-describedby=\"wp-block-file--media-3181c2d9-0151-4015-9cac-177c859dd2d6\">Muat Turun<\/a><\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR (8 MARCH 2026) &#8211; In conjunction with International Women\u2019s Day observed this year under the theme \u201cRights. Justice. Action. For All Women and Girls.\u201d, the Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) reaffirms its unwavering commitment to advancing and safeguarding gender equality and women\u2019s rights, in line with international human rights standards, including the [&hellip;]<\/p>","protected":false},"author":5,"featured_media":19462,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_bbp_topic_count":0,"_bbp_reply_count":0,"_bbp_total_topic_count":0,"_bbp_total_reply_count":0,"_bbp_voice_count":0,"_bbp_anonymous_reply_count":0,"_bbp_topic_count_hidden":0,"_bbp_reply_count_hidden":0,"_bbp_forum_subforum_count":0,"_mi_skip_tracking":false,"footnotes":""},"categories":[100],"tags":[],"class_list":["post-19460","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-uncategorized-en"],"jetpack_featured_media_url":"https:\/\/suhakam.org.my\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/2-2.png","_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19460","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/5"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=19460"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19460\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":19463,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19460\/revisions\/19463"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/19462"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=19460"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=19460"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=19460"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}