{"id":19452,"date":"2026-03-07T10:41:40","date_gmt":"2026-03-07T02:41:40","guid":{"rendered":"https:\/\/suhakam.org.my\/?p=19452"},"modified":"2026-03-07T10:41:46","modified_gmt":"2026-03-07T02:41:46","slug":"media-statement-no-13-2026_suhakam-calls-for-immediate-de-escalation-and-protection-of-civilians-following-military-attacks-on-iran","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/2026\/03\/media-statement-no-13-2026_suhakam-calls-for-immediate-de-escalation-and-protection-of-civilians-following-military-attacks-on-iran\/","title":{"rendered":"Kenyataan Media No. 13-2026_Serangan Ketenteraan Ke Atas Iran SUHAKAM Seru Redakan Konflik Dan Lindungi Orang Awam"},"content":{"rendered":"<p><strong>KUALA LUMPUR (7 MARCH 2026)<\/strong> Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menzahirkan kebimbangan terhadap serangan ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan Israel terhadap Republik Islam Iran, yang telah meningkatkan ketegangan di Timur Tengah serta merisikokan nyawa orang awam.<\/p>\n\n\n\n<p>Laporan terkini menunjukkan bahawa serangan tersebut menyasarkan beberapa lokasi di Iran sebagai sebahagian daripada operasi ketenteraan yang diselaraskan, sekali gus mencetuskan tindakan balas dan menimbulkan kebimbangan terhadap kemungkinan berlakunya konflik serantau yang lebih meluas. Permusuhan yang sedang berlangsung ini telah mengakibatkan jumlah korban yang besar serta kerosakan terhadap infrastruktur awam.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>SUHAKAM menegaskan bahawa sebarang penggunaan kekerasan yang melanggar integriti wilayah atau kemerdekaan politik sesebuah negara adalah bercanggah dengan prinsip asas yang termaktub di bawah Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN Charter), khususnya Artikel 2(4), serta bertentangan dengan kewajipan negara untuk bertindak dengan niat baik sebagaimana diperuntukkan di bawah Artikel 2(2). Dalam konteks ini, SUHAKAM menekankan bahawa semua pihak yang terlibat dalam konflik bersenjata terikat kepada undang-undang antarabangsa, termasuk undang-undang kemanusiaan dan hak asasi manusia antarabangsa. Kerangka perundangan ini mewajibkan negara dan pihak yang terlibat dalam konflik untuk membezakan antara orang awam dan tentera yang bertempur, mengelakkan serangan terhadap infrastruktur awam, serta memastikan bahawa sebarang penggunaan kekerasan mematuhi prinsip keperluan, berkadaran dan langkah berjaga-jaga.<\/p>\n\n\n\n<p>SUHAKAM bimbang dengan laporan mengenai korban dalam kalangan orang awam serta risiko bahaya yang lebih besar kepada golongan rentan, termasuk wanita dan kanak-kanak, ketika permusuhan semakin memuncak. Konflik bersenjata sememangnya meletakkan orang awam pada risiko tertinggi, mengganggu akses kepada perkhidmatan asas, serta memburukkan lagi penderitaan kemanusiaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Sehubungan itu, SUHAKAM menyeru semua pihak yang terlibat untuk:<\/p>\n\n\n\n<ol style=\"list-style-type:lower-roman\" class=\"wp-block-list\">\n<li>i.\tSegera menghentikan tindakan yang membahayakan nyawa orang awam dan infrastruktur awam;<\/li>\n\n\n\n<li>ii.\tMenghormati dan mematuhi sepenuhnya undang-undang kemanusiaan antarabangsa, termasuk perlindungan terhadap orang awam dan objek awam;<\/li>\n\n\n\n<li>iii.\tMengamalkan kawalan diri yang maksimum serta mengutamakan penglibatan diplomatik bagi mencegah peningkatan konflik selanjutnya; dan<\/li>\n\n\n\n<li>iv.\tMemastikan akauntabiliti terhadap pelanggaran undang-undang antarabangsa, termasuk serangan yang mungkin merupakan jenayah perang.<\/li>\n<\/ol>\n\n\n\n<p>Berhubung campur tangan antarabangsa, SUHAKAM turut menyeru kepada tindakan berikut:<\/p>\n\n\n\n<ol style=\"list-style-type:lower-roman\" class=\"wp-block-list\">\n<li>i.\tMajlis Keselamatan PBB boleh mengguna pakai satu resolusi bagi menghentikan dan menangani perang antara Amerika Syarikat dan Israel dengan Iran kerana ia bertentangan dengan undang-undang antarabangsa dan Piagam PBB, khususnya Artikel 2(4) dan 51;<\/li>\n\n\n\n<li>ii.\tSekiranya Amerika Syarikat menghalang Majlis Keselamatan daripada bertindak untuk memulihkan keamanan dan keselamatan antarabangsa, Perhimpunan Agung PBB boleh bersidang di bawah resolusi \u201cUniting for Peace\u201d bagi menangani dan menghentikan perang antara Amerika Syarikat dan Israel dengan Iran; dan<\/li>\n\n\n\n<li>iii.\tPerhimpunan Agung boleh mengesyorkan kepada Negara Anggotanya supaya mengenakan sekatan senjata dan perdagangan ke atas semua pihak yang terlibat dalam konflik bersenjata.<\/li>\n<\/ol>\n\n\n\n<p>SUHAKAM menegaskan bahawa keamanan dan keselamatan hanya dapat dicapai melalui dialog, diplomasi dan penghormatan terhadap undang-undang antarabangsa. Komuniti antarabangsa juga perlu memainkan peranan yang konstruktif dalam menyokong usaha meredakan konflik serta melindungi hak asasi dan maruah mereka yang terjejas.<\/p>\n\n\n\n<p>SUHAKAM bersolidariti bersama mangsa yang terkesan akibat konflik ini dan menegaskan bahawa perlindungan terhadap nyawa manusia serta maruah insan perlu diutamakan dalam apa jua situasi konflik bersenjata.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>-TAMAT-<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p><strong>Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p><strong>7 MAC 2026<\/strong><\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-file\"><a id=\"wp-block-file--media-c9338a6b-e786-4248-9d4f-e2cd64751368\" href=\"https:\/\/suhakam.org.my\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/Kenyataan-Media-No.-13-2026_Serangan-Ketenteraan-Ke-Atas-Iran-SUHAKAM-Seru-Redakan-Konflik-Dan-Lindungi-Orang-Awam.pdf\">Kenyataan Media No. 13-2026_Serangan Ketenteraan Ke Atas Iran SUHAKAM Seru Redakan Konflik Dan Lindungi Orang Awam<\/a><a href=\"https:\/\/suhakam.org.my\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/Kenyataan-Media-No.-13-2026_Serangan-Ketenteraan-Ke-Atas-Iran-SUHAKAM-Seru-Redakan-Konflik-Dan-Lindungi-Orang-Awam.pdf\" class=\"wp-block-file__button wp-element-button\" download aria-describedby=\"wp-block-file--media-c9338a6b-e786-4248-9d4f-e2cd64751368\">Muat Turun<\/a><\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR (7 MARCH 2026) &#8211; The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) expresses grave concern over the recent military attacks carried out by the United States and Israel against the Islamic Republic of Iran, which have significantly escalated tensions in the Middle East and placed civilian lives at grave risk. Recent reports indicate that [&hellip;]<\/p>","protected":false},"author":5,"featured_media":19453,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_bbp_topic_count":0,"_bbp_reply_count":0,"_bbp_total_topic_count":0,"_bbp_total_reply_count":0,"_bbp_voice_count":0,"_bbp_anonymous_reply_count":0,"_bbp_topic_count_hidden":0,"_bbp_reply_count_hidden":0,"_bbp_forum_subforum_count":0,"_mi_skip_tracking":false,"footnotes":""},"categories":[100],"tags":[],"class_list":["post-19452","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-uncategorized-en"],"jetpack_featured_media_url":"https:\/\/suhakam.org.my\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/1.png","_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19452","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/5"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=19452"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19452\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":19456,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19452\/revisions\/19456"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/19453"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=19452"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=19452"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=19452"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}