{"id":19331,"date":"2026-01-28T09:46:29","date_gmt":"2026-01-28T01:46:29","guid":{"rendered":"https:\/\/suhakam.org.my\/?p=19331"},"modified":"2026-01-28T09:46:33","modified_gmt":"2026-01-28T01:46:33","slug":"occ-media-statement-no-04-2026_children-must-not-be-detained-under-sosma","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/2026\/01\/occ-media-statement-no-04-2026_children-must-not-be-detained-under-sosma\/","title":{"rendered":"[OCC] Kenyataan Media No. 04-2026_Kanak-kanak Tidak Boleh Ditahan di Bawah SOSMA"},"content":{"rendered":"<p><strong>KUALA LUMPUR (28 JANUARI 2026) <\/strong>- Semasa Kerajaan Malaysia sedang menjalani sesi semakan oleh Jawatankuasa Mengenai Hak Kanak-Kanak (Committee on the Rights of the Child, CRC) pada 22 dan 23 Januari 2026 di Geneva, Pesuruhjaya Kanak-Kanak yang turut hadir ke sesi tersebut telah mendapat makluman bahawa pada 23 Januari 2026, seorang kanak-kanak perempuan berusia 16 tahun telah ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 [SOSMA] sebelum dibebaskan oleh pihak polis.<\/p>\n\n\n\n<p>Kanak-kanak tersebut telah ditahan sejak 14 Januari 2026 berkaitan siasatan di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.<\/p>\n\n\n\n<p>Pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak (OCC) SUHAKAM menyambut baik pembebasan kanak-kanak tersebut namun menegaskan bahawa penahanan tersebut adalah tidak wajar dan tidak sepatutnya berlaku.<\/p>\n\n\n\n<p>Penangkapan dan penahanan kanak-kanak berkenaan adalah bertentangan dengan Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611]. Seksyen 84 Akta 611 memperuntukkan bahawa seseorang kanak-kanak hendaklah dihadapkan ke Mahkamah Bagi Kanak-Kanak dalam tempoh 24 jam selepas ditangkap, namun keperluan ini tidak dipatuhi. Selain itu, Seksyen 83(1) Akta 611 dengan jelas menyatakan bahawa Akta Kanak-Kanak mengatasi semua undang-undang lain berkaitan penangkapan, penahanan dan perbicaraan kanak-kanak namun jaminan ini telah diabaikan, sekali gus mengakibatkan pelanggaran hak kanak-kanak yang ketara.<\/p>\n\n\n\n<p>Tambahan pula, penahanan kanak-kanak tersebut di lokap bersama tahanan wanita dewasa adalah tidak selaras dengan Seksyen 85(a) Akta 611 dan merupakan pelanggaran kepada Artikel 37(c) CRC, yang memperuntukkan bahawa kanak-kanak hendaklah ditahan secara berasingan daripada orang dewasa serta dilayan mengikut kesesuaian umur dan tahap perkembangan mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>OCC turut menzahirkan kebimbangan serius bahawa kanak-kanak tersebut telah dinafikan perlindungan yang diperuntukkan di bawah Seksyen 13(2)(a) dan (b) SOSMA. Sebagai seorang kanak-kanak, terutamanya kanak-kanak perempuan, beliau sepatutnya diberikan jaminan dan bukannya dikenakan penahanan pra-pertuduhan selama 28 hari di bawah Seksyen 4(5) SOSMA. Kebimbangan ini diperkuatkan lagi dengan Artikel 37(b) CRC, yang menetapkan bahawa penahanan kanak-kanak hendaklah dijadikan sebagai langkah terakhir dan hanya untuk tempoh yang paling singkat serta sesuai dengan usia kanak-kanak. Penahanan hampir sepuluh hari terhadap kanak-kanak ini, yang mengakibatkan masalah kesihatan, merupakan pelanggaran terhadap prinsip kepentingan terbaik kanak-kanak di bawah Artikel 3 CRC.<\/p>\n\n\n\n<p>Pendekatan dan pendirian OCC adalah jelas dan tegas: <strong>kanak-kanak tidak boleh ditahan di bawah SOSMA.<\/strong> Memandangkan SOSMA membenarkan penahanan tanpa perbicaraan, ia tidak selaras dengan piawaian hak kanak-kanak. Oleh itu, mana-mana peruntukan yang membenarkan penahanan kanak-kanak di bawah SOSMA seharusnya dimansuhkan. Dalam semakan CRC Malaysia baru-baru ini, Kerajaan menegaskan komitmen untuk mengutamakan perlindungan, pembangunan dan penyertaan kanak-kanak, namun demikian, komitmen tersebut sukar untuk direalisasikan secara bermakna selagi SOSMA tidak dipinda untuk mengecualikan secara jelas pemakaiannya terhadap kanak-kanak.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>-TAMAT-<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p><strong>Dr Farah Nini Dusuki<\/strong><br><strong>Ketua Pesuruhjaya Kanak-Kanak<\/strong><br><strong>Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)<\/strong><br><strong>28 Januari 2026<\/strong><\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-file\"><a id=\"wp-block-file--media-f24f1fc0-d22c-476a-903a-345ade15a62d\" href=\"https:\/\/suhakam.org.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/OCC-Kenyataan-Media-No.-04-2026_Kanak-kanak-Tidak-Boleh-Ditahan-di-Bawah-SOSMA.pdf\">[OCC] Kenyataan Media No. 04-2026_Kanak-kanak Tidak Boleh Ditahan di Bawah SOSMA<\/a><a href=\"https:\/\/suhakam.org.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/OCC-Kenyataan-Media-No.-04-2026_Kanak-kanak-Tidak-Boleh-Ditahan-di-Bawah-SOSMA.pdf\" class=\"wp-block-file__button wp-element-button\" download aria-describedby=\"wp-block-file--media-f24f1fc0-d22c-476a-903a-345ade15a62d\">Muat Turun<\/a><\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR (28 JANUARY 2026) &#8211; While the Government of Malaysia was undergoing its review by the Committee on the Rights of the Child (CRC) on 22 and 23 January 2026 in Geneva, the Children\u2019s Commissioners present were informed on 23 January 2026 that a 16-year-old girl who had been detained under the Security Offences [&hellip;]<\/p>","protected":false},"author":5,"featured_media":19333,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_bbp_topic_count":0,"_bbp_reply_count":0,"_bbp_total_topic_count":0,"_bbp_total_reply_count":0,"_bbp_voice_count":0,"_bbp_anonymous_reply_count":0,"_bbp_topic_count_hidden":0,"_bbp_reply_count_hidden":0,"_bbp_forum_subforum_count":0,"_mi_skip_tracking":false,"footnotes":""},"categories":[13],"tags":[],"class_list":["post-19331","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-press-statement"],"jetpack_featured_media_url":"https:\/\/suhakam.org.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/E1.png","_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19331","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/5"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=19331"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19331\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":19335,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19331\/revisions\/19335"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/19333"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=19331"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=19331"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=19331"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}