{"id":19118,"date":"2025-11-25T17:11:09","date_gmt":"2025-11-25T09:11:09","guid":{"rendered":"https:\/\/suhakam.org.my\/?p=19118"},"modified":"2025-11-26T10:04:52","modified_gmt":"2025-11-26T02:04:52","slug":"media-statement-no-55-2025_suhakam-welcomes-sarawak-governments-commitment-to-improve-rural-accessibility-and-close-the-rural-urban-development-gap-by-2030","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/2025\/11\/media-statement-no-55-2025_suhakam-welcomes-sarawak-governments-commitment-to-improve-rural-accessibility-and-close-the-rural-urban-development-gap-by-2030\/","title":{"rendered":"Kenyataan Media No. 55-2025_SUHAKAM Sambut Baik Komitmen Kerajaan Sarawak Tambah Baik Aksesibiliti Luar Bandar Menjelang 2030"},"content":{"rendered":"<p><strong>KUALA LUMPUR (25 NOVEMBER 2025)<\/strong> Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) sambut baik inisiatif terbaharu Kerajaan Negeri Sarawak untuk meningkatkan aksesibiliti di wilayah utara Sarawak juga komitmen untuk merapatkan jurang pembangunan bandar-luar bandar menjelang tahun 2030.<\/p>\n\n\n\n<p>SUHAKAM mengambil maklum pelancaran Projek Jalan Miri\u2013Marudi, Marudi\u2013Mulu (Kuala Melinau), dan Long Panai\u2013Long Lama (Projek Jalan MMMLL) pada 15 November 2025 iaitu inisiatif menaik taraf bekas jalan pembalakan kepada jalan awam yang boleh diakses sepenuhnya menjelang 2030. Inisiatif yang diumumkan oleh Premier Sarawak ini dijangka dapat meningkatkan aksesibiliti, merancakkan peluang ekonomi, serta mengukuhkan aktiviti sosial dan komersil di kawasan pedalaman.<\/p>\n\n\n\n<p>SUHAKAM memuji perkembangan positif ini dan mengiktirafnya sebagai satu langkah penting ke arah memastikan komuniti yang tinggal di kawasan terpencil di Sarawak tidak terus tersisih akibat jurang infrastruktur yang telah lama wujud. Banyak komuniti yang terpinggir dan berada di kawasan pedalaman masih berdepan cabaran untuk mengakses perkhidmatan asas, mendapatkan peluang ekonomi, dan infrastruktur penting. Justeru, penambahbaikan keterhubungan yang mampan adalah penting bagi memastikan penyertaan mereka dalam perancangan pembangunan jangka panjang negeri. SUHAKAM berharap Projek Jalan MMMLL dapat dilaksanakan secara mampan, saksama dan inklusif, serta manfaatnya boleh dinikmati oleh semua komuniti, terutamanya komuniti tempatan yang sudah lama hidup dengan akses yang terhad.<\/p>\n\n\n\n<p>SUHAKAM juga mengalu-alukan komitmen Premier untuk merapatkan jurang Pembangunan luar bandar\u2013bandar menjelang 2030, seperti yang dilaporkan pada 23 November 2025. Premier menyatakan bahawa tidak seharusnya wujud sebarang ketidakseimbangan antara kawasan luar bandar dan bandar dari segi kemudahan dan infrastruktur, termasuk akses elektrik dan bekalan air bersih.<\/p>\n\n\n\n<p>Meskipun gelombang kemajuan telah tercapai, SUHAKAM menegaskan bahawa masih banyak komuniti di luar bandar Sarawak yang ketinggalan dari segi kualiti hidup akibat infrastruktur yang tidak mencukupi. SUHAKAM menggesa Kerajaan Negeri Sarawak untuk memberi keutamaan kepada cabaran berpanjangan ini supaya penduduk luar bandar dapat menikmati taraf hidup yang setara dengan komuniti bandar.<\/p>\n\n\n\n<p>SUHAKAM memuji komitmen berwawasan tersebut dan melalui Pejabat SUHAKAM Sarawak, kami bersedia untuk menyokong usaha-usaha yang menjunjung hak dan maruah semua penduduk di Sarawak, khususnya mereka yang tinggal di kawasan kurang mendapat perkhidmatan serta mereka yang tinggal di pedalaman.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>-TAMAT-<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p><strong>Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p><strong>Tarikh: 25 November 2025<\/strong><\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-file\"><a id=\"wp-block-file--media-c4626077-405f-44ea-a5b0-400b2682e07c\" href=\"https:\/\/suhakam.org.my\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/Kenyataan-Media-No.-55-2025_SUHAKAM-Sambut-Baik-Komitmen-Kerajaan-Sarawak-Tambah-Baik-Aksesibiliti-Luar-Bandar-Menjelang-2030.pdf\">Kenyataan Media No. 55-2025_SUHAKAM Sambut Baik Komitmen Kerajaan Sarawak Tambah Baik Aksesibiliti Luar Bandar Menjelang 2030<\/a><a href=\"https:\/\/suhakam.org.my\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/Kenyataan-Media-No.-55-2025_SUHAKAM-Sambut-Baik-Komitmen-Kerajaan-Sarawak-Tambah-Baik-Aksesibiliti-Luar-Bandar-Menjelang-2030.pdf\" class=\"wp-block-file__button wp-element-button\" download aria-describedby=\"wp-block-file--media-c4626077-405f-44ea-a5b0-400b2682e07c\">Muat Turun<\/a><\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR (25 NOVEMBER 2025) &#8211; The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) welcomes the Sarawak State Government\u2019s recent initiatives to enhance connectivity in the northern region, as well as its commitment to close the rural-urban development gap by 2030. SUHAKAM notes the launch of the Miri-Marudi, Marudi-Mulu (Kuala Melinau), and Long Panai\u2013Long Lama (MMMLL [&hellip;]<\/p>","protected":false},"author":5,"featured_media":19120,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_bbp_topic_count":0,"_bbp_reply_count":0,"_bbp_total_topic_count":0,"_bbp_total_reply_count":0,"_bbp_voice_count":0,"_bbp_anonymous_reply_count":0,"_bbp_topic_count_hidden":0,"_bbp_reply_count_hidden":0,"_bbp_forum_subforum_count":0,"_mi_skip_tracking":false,"footnotes":""},"categories":[13,100],"tags":[],"class_list":["post-19118","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-press-statement","category-uncategorized-en"],"jetpack_featured_media_url":"https:\/\/suhakam.org.my\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/1.jpg","_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19118","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/5"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=19118"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19118\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/19120"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=19118"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=19118"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=19118"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}