{"id":18863,"date":"2025-07-01T16:43:00","date_gmt":"2025-07-01T08:43:00","guid":{"rendered":"https:\/\/suhakam.org.my\/?p=18863"},"modified":"2025-10-07T14:50:35","modified_gmt":"2025-10-07T06:50:35","slug":"bandar-mesra-oku-antara-aspirasi-dan-realiti","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/2025\/07\/bandar-mesra-oku-antara-aspirasi-dan-realiti\/","title":{"rendered":"Bandar Mesra OKU: Antara Aspirasi dan Realiti"},"content":{"rendered":"
Oleh: Sarah Adibah Hamzah
Pemangku Ketua Bahagian Undang-undang dan Triti Antarabangsa
SUHAKAM<\/strong><\/p>\n\n\n\n
Akses kepada kemudahan awam bukan satu keistimewaan – ia adalah hak asasi. Namun realitinya, ramai Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia masih bergelut dengan pelbagai cabaran akses dalam kehidupan harian – daripada pengangkutan awam dan ruang rekreasi, sehinggalah ke peluang pekerjaan. Walaupun Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya (CRPD), Akta OKU 2008 dan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam (UKBS) telah memperuntukkan hak tersebut, pelaksanaannya masih belum menyeluruh.<\/p>\n\n\n\n
Pengenalan Isu
<\/strong>Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) melihat isu ini sebagai keutamaan dalam usaha membina bandar yang benar-benar inklusif. Sejak Ogos 2024, SUHAKAM telah menjalankan tinjauan audit hak asasi ke atas Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh Semenanjung Malaysia untuk menilai tahap pelaksanaan hak asasi di peringkat akar umbi.<\/p>\n\n\n\n
Forum Kerajaan Tempatan: Jaminan Akses dan Hak
<\/strong>Sebahagian dapatan dan perbincangan penting ini telah dikongsi dalam program \u201cForum Kerajaan Tempatan: Jaminan Akses dan Hak\u201d anjuran SUHAKAM pada 20\u201321 Mei 2025. Dalam ucapannya, Pesuruhjaya SUHAKAM, Puan Nazira Abd Rahim, menekankan bahawa peranan PBT adalah selari dengan mandat hak asasi manusia \u2013 memastikan semua lapisan masyarakat termasuk OKU mendapat peluang dan akses yang setara. Katanya, hak akses OKU tidak boleh lagi dilihat hanya dari sudut fasiliti fizikal seperti ramp, tandas, tempat letak kenderaan semata-mata sebaliknya perlu meliputi aspek pendidikan, teknologi, pengangkutan, maklumat dan ruang ibadah.<\/p>\n\n\n\n
YBhg. Dato\u2019 Mohd Fadli Mohd Kenali, Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT), pula menyatakan bahawa PBT perlu berperanan bukan sahaja sebagai pentadbir pembangunan, tetapi juga sebagai ejen perubahan sosial. Katanya, infrastruktur mesra OKU adalah satu kemestian, bukan pilihan, dan kerjasama pelbagai pihak adalah asas untuk mencapai aspirasi Malaysia MADANI.<\/p>\n\n\n\n
YB Mohd Azlan Helmi, EXCO Komunikasi, Multimedia dan NGO Negeri Perak pula mengiktiraf bahawa cabaran utama PBT termasuk kekangan kewangan, kesan perubahan iklim dan peningkatan kos. Walau bagaimanapun, ini tidak boleh dijadikan alasan untuk mengabaikan golongan rentan seperti OKU dan warga emas. Beliau mencadangkan penyelesaian kreatif seperti kerjasama swasta, pelancongan komuniti dan inovasi teknologi.<\/p>\n\n\n\n
Majlis Perbandaran Manjung: Inklusiviti Melangkaui Infrastruktur
<\/strong>Hasil daripada tinjauan pada Ogos 2024, SUHAKAM mendapati Majlis Perbandaran Manjung (MPM) bukan sahaja menyediakan kemudahan fizikal mesra OKU, tetapi turut menganjurkan program sosial inklusif berskala nasional dan antarabangsa.<\/p>\n\n\n\n
Semasa forum tersebut, wakil MPM, Ts. Mohd Rohaizan bin Abd Aris turut berkongsi bahawa pada September 2023, MPM telah menjadi tuan rumah kepada Program Sukan Komuniti Orang Kurang Upaya (SUKOM-OKU) Manjung 2023. Program tersebut julung kali diadakan merupakan anjuran Majlis Paralimpik Malaysia, sempena Hari Malaysia. MPM merupakan PBT pertama dipilih sebagai tuan rumah acara ini, dengan sokongan daripada MKBOKU, KPKT dan KBS. Program ini bukan sahaja mengetengahkan penyertaan aktif OKU dalam sukan komuniti, tetapi membuktikan bahawa sukan mampu menjadi ruang untuk memperkasa, membina keyakinan dan memecah stigma sosial.<\/p>\n\n\n\n
MPM juga telah terpilih sebagai antara tiga PBT oleh UNDP Malaysia (selain Mersing dan Sipitang) dalam program khas pemulihan sistem pelancongan pasca pandemik COVID-19. Melalui pemilihan ini, MPM membuka peluang kepada NGO tempatan untuk mencadangkan projek yang inklusif dan berimpak. Salah satu projek yang berjaya diketengahkan ialah PULIH ART – program yang memfokuskan kepada memperkasakan pelajar OKU dalam eko-pelancongan melalui seni visual.<\/p>\n\n\n\n
Program ini melibatkan pelajar pendidikan khas dari SK Seri Bayu (umur 6\u201312 tahun) yang dibawa ke lokasi pemuliharaan alam semula jadi dan terlibat dalam aktiviti seperti:
\u2022 Pelepasan anak penyu ke laut,
\u2022 Lawatan ke pusat konservasi,
\u2022 Bengkel seni visual dikendalikan oleh NGO LAKAR di Laman Karya Lumut,
\u2022 Hasil seni seperti akrilik, kolaj dan diorama berinspirasikan penyu \u2014 dengan tiga karya terbaik dipilih untuk menghargai kreativiti pelajar.<\/p>\n\n\n\n
Program lain yang turut dilaksanakan bersama UNDP termasuk:
\u2022 LAKAR \u2013 pencucian dan pembersihan laut,
\u2022 KUASA \u2013 pemeliharaan kawasan paya bakau.<\/p>\n\n\n\n
Semua ini membuktikan bahawa MPM bukan sekadar membina infrastruktur, tetapi membina budaya inklusiviti dan pemberdayaan OKU secara holistik.<\/p>\n\n\n\n
Inovasi Lain oleh MPM
<\/strong>MPM turut berkongsi inovasi yang dilaksanakan, antaranya
\u2022 Bollard Mesra Wheelchair (BMW) \u2013 membenarkan laluan kerusi roda tetapi menghalang motosikal memasuki taman awam.
\u2022 Tempat letak kereta khas, ramp berspesifikasi MS 1184, laluan terus ke padang, dan tandas khas OKU.
\u2022 Pelekat kenderaan percuma dan diskaun 50% untuk keluarga yang menjaga OKU.
\u2022 Tindakan tegas ke atas penyalahgunaan kemudahan OKU, termasuk oleh kakitangan sendiri.<\/p>\n\n\n\n
Dari segi pembangunan sosial:
\u2022 Program SUKOM-OKU Manjung, forum eko-pelancongan OKU bersama UNDP dan NGO seperti PULIH ART, LAKAR dan KUASA.
\u2022 Projek seni visual melibatkan pelajar OKU pendidikan khas dan aktiviti luar seperti pelepasan anak penyu serta kelas seni di Laman Karya Lumut.<\/p>\n\n\n\n
MPM juga berjaya memperoleh pengiktirafan Bandar Mesra OKU melalui usaha Jabatan Perancangannya.<\/p>\n\n\n\n
Dapatan Lawatan Lapangan SUHAKAM
<\/strong>Sebagai sebahagian daripada audit hak akses, SUHAKAM turut menjalankan lawatan ke Terminal Amanjaya (Ipoh), rumah ibadat (Masjid Ubudiah dan Gereja St. John Anglican), lokasi pelancongan seperti Kellie\u2019s Castle dan Istana Kenangan, serta pusat kraftangan persendirian iaitu KZ Kraf Enterprise.<\/p>\n\n\n\n
Antara pemerhatian:
\u2022 Terminal Amanjaya menyediakan laluan tactile, kaunter khas dengan petugas mahir bahasa isyarat, dan kemudahan naik bas mesra OKU.
\u2022 Rumah ibadat masih memerlukan sokongan seperti kitab braille dan jurubahasa isyarat untuk khutbah Jumaat.
\u2022 Tempat pelancongan warisan menghadapi cabaran struktur dan status pemuliharaan yang mengehadkan akses OKU \u2013 justeru SUHAKAM mencadangkan pendekatan kreatif atau teknologi untuk menjadikan tempat-tempat ini lebih mesra OKU.
\u2022 KZ Kraf belum pernah menggaji pekerja OKU tetapi telah menerima lawatan kanak-kanak OKU Pemulihan Dalam Komuniti (PDK). Selain daripada menyediakan latihan kemahiran kepada kanak-kanak OKU, perusahaan ini berpotensi untuk mewujudkan peluang pekerjaan khusus kepada komuniti OKU.<\/p>\n\n\n\n
Seruan Bertindak
<\/strong>Sungguhpun wujud dasar dan undang-undang yang baik, kejayaan sebenar pembinaan bandar inklusif hanya akan dicapai apabila pelaksanaan dilakukan secara menyeluruh, konsisten dan berpaksikan hak asasi manusia. SUHAKAM menyeru agar dapatan forum ini tidak hanya kekal sebagai wacana, tetapi diterjemah kepada dasar, tindakan dan pembaharuan di peringkat tempatan.<\/p>\n\n\n\n
Kejayaan MPM membuktikan bahawa inovasi, semangat kepimpinan dan kolaborasi antara kerajaan, NGO dan komuniti adalah penting ke arah negara yang inklusif. Jelas daripada perkongsian daripada MPM ini membuktikan bahawa kejayaan mewujudkan bandar mesra OKU bukan bergantung semata-mata kepada dana atau undang-undang, tetapi juga, kepimpinan berwawasan di peringkat PBT, gabungan kerjasama antara kerajaan, NGO dan komuniti, dan penerapan inovasi reka bentuk sejagat secara menyeluruh. Ianya juga menekankan pentingnya, koordinasi dasar antara agensi, pemantauan menggunakan piawaian antarabangsa WHO dan pengiktirafan kepada PBT yang mengambil langkah berani dan kreatif.<\/p>\n\n\n\n
Pada akhirnya, kemajuan sesebuah bandar bukan hanya diukur melalui bangunannya yang tinggi atau jalannya yang luas, tetapi keupayaannya untuk memastikan tiada seorang pun warganya terpinggir daripada akses yang adil dan saksama.<\/p>\n\n\n\n
<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"
Oleh: Sarah Adibah Hamzah Pemangku Ketua Bahagian Undang-undang dan Triti AntarabangsaSUHAKAM Akses kepada kemudahan awam bukan satu keistimewaan – ia adalah hak asasi. Namun realitinya, ramai Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia masih bergelut dengan pelbagai cabaran akses dalam kehidupan harian – daripada pengangkutan awam dan ruang rekreasi, sehinggalah ke peluang pekerjaan. Walaupun Konvensyen Mengenai […]<\/p>","protected":false},"author":5,"featured_media":18864,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_bbp_topic_count":0,"_bbp_reply_count":0,"_bbp_total_topic_count":0,"_bbp_total_reply_count":0,"_bbp_voice_count":0,"_bbp_anonymous_reply_count":0,"_bbp_topic_count_hidden":0,"_bbp_reply_count_hidden":0,"_bbp_forum_subforum_count":0,"_mi_skip_tracking":false,"footnotes":""},"categories":[100],"tags":[],"class_list":["post-18863","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-uncategorized-en"],"jetpack_featured_media_url":"https:\/\/suhakam.org.my\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/1-e1759819808977.png","_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18863","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/5"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=18863"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18863\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/18864"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=18863"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=18863"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=18863"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}