{"id":13788,"date":"2021-03-11T10:07:00","date_gmt":"2021-03-11T02:07:00","guid":{"rendered":"https:\/\/suhakam.org.my\/?p=13788"},"modified":"2021-03-13T10:13:34","modified_gmt":"2021-03-13T02:13:34","slug":"beri-peluang-kepada-wanita-bukan-hadkan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/2021\/03\/beri-peluang-kepada-wanita-bukan-hadkan\/","title":{"rendered":"Beri peluang kepada wanita, bukan hadkan"},"content":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Isu ketidaksamaan sosial yang masih membelenggu wanita sehingga kini di seluruh dunia berpunca daripada sikap &#8216;pilih kasih&#8217;.<\/p>\n\n\n\n<p>Situasi sedemikian yang terus wujud meskipun memasuki abad ke-20 juga disebabkan budaya global yang lebih berteraskan stereotaip jantina dan ketidakseimbangan kuasa.<\/p>\n\n\n\n<p>Penasihat Hal Ehwal Kesihatan Awam Perdana Menteri, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood, ketika menyatakan pendirian sedemikian berkata pandemik COVID-19 yang mula melanda dunia, sejak penghujung 2019 memberi kesan lebih teruk terhadap isu ketidaksamaan sosial.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, kemunculan wabak itu terus memberi tamparan hebat terhadap status wanita meskipun mereka mewakili separuh daripada keseluruhan penduduk dunia.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Wanita juga mewakili 70 peratus petugas kesihatan di peringkat global, tetapi hanya 25 peratus menyandang tugas sebagai pemimpin kanan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Malah, jurang jantina seolah-olah bukan lagi rahsia ketika ini dan semuanya berpunca daripada pelbagai faktor,&#8221; katanya dalam ucapan khas sempena Forum Kepemimpinan Wanita: Mengecapi Masa Depan Saksama Dalam Dunia COVID-19, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Forum yang diadakan secara maya itu dianjurkan Kementerian Luar, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).<\/p>\n\n\n\n<p>Dr Jemilah berkata perkembangan semasa di Malaysia pula menyaksikan tugas untuk menjaga segenap aspek seisi rumah masih diletakkan di bahu wanita, malah mereka dilihat menjadi benteng hadapan ketika perang menentang COVID-19.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, katanya, golongan wanita seakan &#8216;penyerap&#8217; kesan COVID-19 dalam kalangan masyarakat walaupun terpaksa mengharungi pelbagai ketidaktentuan dan risiko.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Semuanya berbekalkan semangat sebagai seorang ibu, isteri, anak perempuan, kakak, pekerja, pelajar dan lain-lain.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Malah, ada kalanya semua peranan ini digalas seorang wanita pada waktu yang sama, justeru tema Hari Wanita tahun ini ialah #ChooseToChallenge (#PilihUntukMencabar).<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Maka, ayuh kita cabar diri untuk ketengahkan kisah pengorbanan, perit, bertungkus lumus dan kesukaran yang perlu diharungi wanita supaya ia diketahui umum.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Penting untuk kita beri peluang kepada wanita sebagai antara pemacu pembuat keputusan, tetapi usah dihadkan, sebaliknya buka seluas-luasnya,&#8221; katanya.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Isu ketidaksamaan sosial yang masih membelenggu wanita sehingga kini di seluruh dunia berpunca daripada sikap &#8216;pilih kasih&#8217;. Situasi sedemikian yang terus wujud meskipun memasuki abad ke-20 juga disebabkan budaya global yang lebih berteraskan stereotaip jantina dan ketidakseimbangan kuasa. Penasihat Hal Ehwal Kesihatan Awam Perdana Menteri, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood, ketika menyatakan pendirian [&hellip;]<\/p>","protected":false},"author":5,"featured_media":13789,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_bbp_topic_count":0,"_bbp_reply_count":0,"_bbp_total_topic_count":0,"_bbp_total_reply_count":0,"_bbp_voice_count":0,"_bbp_anonymous_reply_count":0,"_bbp_topic_count_hidden":0,"_bbp_reply_count_hidden":0,"_bbp_forum_subforum_count":0,"_mi_skip_tracking":false,"footnotes":""},"categories":[14],"tags":[],"class_list":["post-13788","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-in-the-news"],"jetpack_featured_media_url":"https:\/\/suhakam.org.my\/wp-content\/uploads\/2021\/03\/07bhjemilah_1615367928.jpg","_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13788","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/5"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=13788"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13788\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/13789"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=13788"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=13788"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suhakam.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=13788"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}