SUHAKAM memerhatikan bahawa tahap kesedaran dikalangan rakyat Malaysia mengenai kepentingan kemudahan mesra Orang Kurang Upaya di rumah ibadat masih rendah. Ini mendorong SUHAKAM untuk mengadakan libat urus dengan golongan kurang upaya, kumpulan agama dan penggubal dasar untuk menuntut perubahan dasar ke arah penambahbaikan aksesibiliti dan kemudahan bagi golongan kurang upaya di semua tempat ibadat.
Antara inisiatif yang dilakukan oleh SUHAKAM dalam mempromosi hak samarata Orang Kurang Upaya (OKU) untuk beribadat termasuk:
- Menganjurkan dua seminar mengenai rumah ibadat yang mesra OKU masing-masing pada tahun 2018 dan 2019.
- Menerbitkan laporan mengenai hasil perbincangan dan cadangan yang diperoleh daripada seminar yang diadakan di atas. Laporan ini telah diedarkan kepada pelbagai pihak berkepentingan.
- Menerbitkan manual ringkas yang mengandungi 10 prinsip panduan mengenai rumah ibadat yang mesra OKU. Manual ini telah diedarkan kepada pihak berkepentingan yang berkaitan khususnya pihak berkuasa tempatan dan jawatankuasa rumah ibadat di Malaysia.
- Mengemukakan 10 prinsip panduan kepada Majlis Kebangsaan Orang Kurang Upaya (MKOKU), di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
- Menghasilkan sebuah kisah digital bertajuk ‘I want to pray’ yang ditaja oleh Forum Asia Pasifik, NHRI (APF).
- SUHAKAM mendapati bahawa tahap kesedaran tentang kepentingan fasiliti mesra OKU di tempat-tempat ibadah masih rendah. SUHAKAM telah mengadakan perbincangan bersama komuniti OKU, kumpulan keagamaan, dan pembuat polisi bagi memastikan peningkatan akses dan fasiliti mesra OKU di tempat-tempat tersebut.
- Di Sarawak, Pejabat Suruhanjaya Cawangan Sarawak juga telah bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan Sarawak secara aktif bagi menambahbaik kerjasama dalam hal yang berkaitan dengan kanak-kanak kurang upaya. Antara isu utama yang menjadi perhatian ialah mengenai perkembangan pendidikan dan kebajikan kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran, kursus latihan guru khusus mengenai isu masalah pembelajaran serta prestasi pelajar di sekolah.