ANNOUNCEMENT

MEREKA CIPTA, MEMBANGUNKAN DAN MENYENGGARA (DALAM TEMPOH JAMINAN) LAMAN SESAWANG HUB HAK ASASI

KENYATAAN TAWARAN

Tawaran adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat tempatan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia bagi menyertai sebut harga berikut :

NO. SEBUT HARGA : SHM.001/1/18 Jld 4 (2)

TAJUK SEBUT HARGA : MEREKA CIPTA, MEMBANGUNKAN DAN MENYENGGARA (DALAM TEMPOH JAMINAN) LAMAN SESAWANG HUB HAK ASASI

TARIKH IKLAN : 10 Februari 2021

TARIKH KEMUKAKAN SEBUT HARGA : 5 Mac 2021 (sebelum 12.00 tengah hari)

  1. Dokumen Sebut Harga akan diedarkan secara percuma;
  2. Syarikat hendaklah berdaftar dengan SUHAKAM. * layari www.suhakam.org.my untuk pendaftaran;
  3. Dokumen Sebut Harga yang dihantar secara manual yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga di Unit Perolehan SUHAKAM, Tingkat 11, Menara TH Perdana, 1001 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur sebelum jam 12.00 tengah hari pada 5 Mac 2021. Tawaran yang lewat tidak akan diterima;
ANNOUNCEMENT

NOTIS PERUBAHAN OPERASI BAHAGIAN ADUAN DAN PEMANTAUAN

NOTIS PERUBAHAN OPERASI BAHAGIAN ADUAN DAN PEMANTAUAN, SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA (SUHAKAM)

DIMAKLUMKAN BAHAWA BERMULA 13 JANUARI 2021, PENERIMAAN ADUAN ADALAH HANYA MELALUI SURAT, TELEFON, EMEL (complaints@suhakam.org.my) ATAU MELALUI LAMAN SESAWANG SISTEM ADUAN SUHAKAM IAITU http://aduan.suhakam.org.my/eApps/system/index.do

SEBARANG PERTANYAAN MENGENAI ADUAN SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) INI, SILA BERHUBUNG DENGAN PEGAWAI ADUAN SEPERTI DI BAWAH :

Ahmad Zaidi bin Baharuddin                      No. Telefon :  019-333 8490     

Abdul Rahman bin Abdullah                       No. Telefon :  012-239 2307

Jasmih Slamat    (Sabah)                           No. Telefon : 012-843 5445

Sophian Osman  (Sarawak)                       No. Telefon : 013-8187796

JOB

(CLOSED) Job Vacancy for DRIVER GRADE H 11

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) yang ditubuhkan oleh Parlimen di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 merupakan sebuah institusi kebangsaan hak asasi manusia yang dipertanggungjawab untuk memupuk kesedaran dan mempertahankan hak asasi manusia. SUHAKAM ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berinovatif, berdedikasi dan berkelayakan untuk mengisi jawatan-jawatan berikut:

Jawatan : PEMANDU KENDERAAN GRED H11 (BAHAGIAN KHIDMAT KORPORAT)

Tanggagaji : RM1,218.00 dan elaun tambahan sebanyak RM745.00 sebulan

Taraf Jawatan : Tetap (Tidak Berpencen)

Bertempat di : Kuala Lumpur (Ibu Pejabat)

Kelayakan :

  1. Sijil Pelajaran Malaysia/Penilaian Menegah Rendah yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Suruhanjaya;
  2. Mempunyai lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan;
  3. Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam Subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf dengannya oleh Kerajaan atau Suruhanjaya;
  4. Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.
  5. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklanjawatan; dan
  6. Mahir bertutur dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris;
  7. Mampu bekerja dalam pasukan dengan pemantauan yang minimum.

Kekosongan Jawatan : 1 kekosongan

Tanggungjawab :

Pemandu Kenderaan akan bertanggungjawab, antara lain seperti berikut:

Bertanggungjawab untuk memandu kenderaan pejabat atas tugas-tugas rasmi, menjaga dan menyelenggara kenderaan, memastikan keselamatan kenderaan dan alat-alat kelengkapannya serta menyelenggara rekod buku log.

Cara Memohon:

Calon-calon yang berminat adalah diminta untuk mengemukakan surat permohonan yang lengkap seperti maklumat diri beserta salinan sijil-sijil akademik dan salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan, surat rujukan majikan serta sekeping gambar berukuran pasport (tidak dikembalikan) sebelum atau pada 5 Februari 2021 (Jumaat) kepada:

Setiausaha
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia
Tingkat 11, Menara TH Perdana,
1001 Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur.
Laman Web: www.suhakam.org.my
(U.P.: Unit Pengurusan Sumber Manusia)

Sila nyatakan jawatan yang dipohon di sebelah penjuru kiri sampul surat. Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temuduga.

RECOVER BETTER

HUMAN RIGHTS DAY VIRTUAL FORUM 2020

Human Rights Day Virtual Forum 2020 was held on December 10, 2020 from 9.00am to 12 noon.

In the midst of the COVID-19, the Human Rights Day Virtual Forum 2020 focused on the various challenges faced by different actors with the theme of “Recover Better”. Discussions at this year’s forum examined the various challenges faced by different actors during the pandemic, weighing the protection of human rights versus recovery and the preservation of life, as well as exploring best practices in moving ahead and rebuilding better together.

International human rights standards can strengthen the effectiveness of interventions, bringing attention to people often left behind, such as persons with disabilities, indigenous peoples, migrants, refugees and internally displaced people, and, in particular, older people. The UN High Commissioner for Human Rights stressed during her recent briefing to the Human Rights Council that in every stage of this pandemic, including the recovery, it is imperative to involve National Human Rights Institutions (NHRIs), as well as civil society and human rights defenders.

The forum began with welcoming remarks by Tan Sri Othman Hashim, Chairman of SUHAKAM, and an opening address by H.E. Stefan Priesner, United Nations Resident Coordinator for Malaysia, Singapore and Brunei Darussalam. Dato’ Seri Hishammuddin Hussein, Minister of Foreign Affairs then officiated the virtual event. The eminent speakers reiterated the importance of global solidarity in the promotion, protection and advocacy for economic, social and cultural rights of vulnerable communities, as well as to address racism, racial discrimination and xenophobia, towards a more sustainable planet and just society.

After the speeches, three videos were shared. The first was a video presentation of Malaysia’s bid for a seat at the Human Rights Council for the term 2022-2024. The second was a special video message by António Guterres, the UN Secretary General. He stressed the importance of promoting human rights to build a better future for all. Finally, a video titled “Community Voices: The COVID-19 Effect” presented a compilation of personal testimonies of community representatives from Peninsular Malaysia, Sabah and Sarawak, recounting the impacts of the pandemic and movement restrictions.

The virtual forum then commenced, consisting of two sessions. Session 1 discussed “COVID-19 and Human Rights”, moderated by Dato’ Mah Weng Kwai, Commissioner of SUHAKAM. Datuk Dr Hartini Zainudin, Co-Founder, Yayasan Chow Kit; Vice President, Voice of the Children, provided harrowing accounts of difficulties faced by parents and marginalised children, particularly stateless, refugee and migrant children during the pandemic. She emphasised the significance of building alternatives to detention (ATD) for children and stressed that policies and legislations in Malaysia must be reformed to leave no child behind.

Dr Lo Ying-Ru, Head of Mission and WHO Representative to Malaysia, Brunei Darussalam and Singapore, then discussed the role of the UN and the WHO in responding to the pandemic, how can human rights principles support public health priorities in the context of COVID-19, and also access to vaccines, medicines and treatment. She expressed confidence that Malaysia has the capacity to deliver and administer the COVID-19 vaccines.

Next, Dr Asiah binti Ayob, Deputy Director, Disease Control Division (Surveillance), Ministry of Health Malaysia (MOH), delivered a speech on behalf of Dato’ Dr Chong Chee Kheong, Deputy Director General of Health (Public Health). She shared how the MOH have been working with the National Security Council and other stakeholders to manage the pandemic, without discrimination, prejudice or stigma, and also drew attention to the serious challenge of combatting fake news.

After that, Session 2 continued the conversation discussing the topic “Recover Better, Rebuild Together”, moderated by Prof Dato’ Dr Noor Aziah binti Mohd Awal, Children’s Commissioner of SUHAKAM. Mr Kolony Anak Gunting, Deputy Undersecretary of Community Development, Senior Citizen and Disabled, Ministry of Women, Family and Community Development (KPWKM) kick started the session by presenting the challenges of movement restrictions faced by the government during the pandemic.

Ms Shivani Verma, Human Rights Officer, OHCHR Southeast Asia Regional Office, followed by highlighting two lessons from this pandemic: the profound value of human rights-based approach rooted in non-discrimination, and inclusion and participation. She presented an existing vaccine to hunger, poverty and inequality, and possibly to climate change and other ills faced by humanity – Human Rights. Only when this vaccine is accepted can lessons from this pandemic be fully understood and applied in the future.

Following from that, Ms Allison Low, President, Protem Petaling Jaya Child Council (PPJCC); President, Child Consultative Council under Office of the Children’s Commissioner, SUHAKAM, shared that children now face many dangers online and increasing stress from online education. She called for better communication between children and parents.

Last but not least, Mr Jufitri Joha, President, Malaysian Youth Council (Majlis Belia Malaysia, MBM); Chairman, National Federation of Youth Workers (Federasi Kebangsaan Pekerja Belia, FKPB) offered insights into the work of the MBM in creating platforms for the voices of youth, including from marginalised groups, to be heard at various levels of decision-making and policymaking. The Human Rights Day Virtual Forum was brought to a close by Dato’ Takiyuddin bin Hassan, Minister In Prime Minister’s Department (Parliament and Law), who reiterated the importance of the UDHR in recognising that all human are born free and equal in dignity and rights, regardless of their race, colour, sex, language, religion, political or other opinion, national or social origin, property, birth or other status.

ANNOUNCEMENT

#RIDE4RIGHTS TRAIN AD LAUNCH

TERMA DAN SYARAT PERADUAN #RIDE4RIGHTS

  1. Peraduan #RIDE4RIGHTS ini dianjurkan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia tanpa mengira had umur. Kakitangan SUHAKAM dan ahli keluarganya adalah TIDAK LAYAK menyertai peraduan ini.
  2. Peraduan ini bermula pada 7 September 2020 sehingga 31 Ogos 2021.
  3. Peserta perlu menaiki tren MRT atau KTM Komuter dan menangkap gambar yang berlatarbelakangkan iklan SUHAKAM di dalam tren MRT atau KTM Komuter dan memuat naik gambar tersebut ke dalam laman media sosial masing-masing sama ada Facebook, Twitter atau Instagram dengan hashtag #RIDE4RIGHTS dan #SUHAKAM berserta slogan atau kapsyen yang kreatif dan mengandungi nilai hak asasi manusia.
  4. Kapsyen tersebut sama ada menggunakan Bahasa Malaysia atau English.
  5. Peserta dibenarkan memuat naik seberapa banyak gambar ke dalam laman media sosial mengikut kreativiti masing-masing. Gambar yang telah dimuat naik ke laman media sosial perlu dijadikan public post.

HADIAH:

  1. Penganjur akan memilih LIMA(5) orang pemenang setiap minggu bermula pada 7 September hingga 30 November 2020. SEMBILAN(9) pemenang utama akan dipilih daripada pemenang-pemenang mingguan.
  2. Pemenang mingguan akan menerima hadiah berupa T-Shirt/Totebag SUHAKAM setiap orang. Pemenang utama akan menerima kad Touch n Go Edisi Khas bernilai RM100.00 setiap seorang.
  3. Nama pemenang mingguan akan diumumkan di laman sosial Facebook, Twitter dan Instagram SUHAKAM secara mingguan manakala nama pemenang utama akan diumumkan pada 10 Disember 2020 sempena Hari Hak Asasi Manusia Sedunia.
  4. Pihak penganjur akan menghubungi pemenang melalui e-mel atau telefon dan akan menghantar pautan borang dalam talian (online form) kepada pemenang untuk mengisi butiran peribadi. Pemenang bertanggungjawab untuk memberikan butiran peribadi seperti nama penuh, alamat surat-menyurat, nombor telefon dengan tepat. Hadiah pemenang akan dihantar melalui pos mengikut alamat yang diberikan oleh pemenang.

TANGGUNGJAWAB PESERTA

  1. Peserta bertanggungjawab sepenuhnya sekiranya berlaku liabiliti, kecelakaan, kecederaan, kehilangan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan (termasuk kematian) yang disebabkan oleh penyertaan mereka dalam peraduan, pengumpulan dan/atau penggunaan hadiah. Pihak SUHAKAM tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tanggungjawab, kecelakaan, kehilangan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan (termasuk kematian) dengan cara apa pun yang dialami oleh peserta akibat daripada menyertai peraduan dan/atau penggunaan hadiah.
  2. Memandangkan pelaksanaan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dengan mengambil bahagian dalam peraduan ini, peserta dengan ini memberikan kebenaran kepada pihak SUHAKAM untuk menggunakan nama, gambar penyertaan dan kapsyen gambar untuk tujuan mempromosikan hak asasi manusia di masa depan dalam apa jua program, penerbitan, media tanpa pampasan, pemberitahuan atau kebenaran tambahan daripada peserta.
  3. Dengan menyertai peraduan ini, peserta bersetuju setiap masa untuk terikat dengan terma dan syarat yang terkandung di sini.

HAK PENGANJUR

  1. Selaku penganjur peraduan ini, SUHAKAM berhak mutlak untuk mengkaji dan mengubah mana-mana terma dan syarat yang terkandung di sini pada bila-bila masa.
  2. Pihak penganjur berhak menolak penyertaan peserta sekiranya terdapat sebarang teknik cantuman gambar (collage technique), super impose, trick photograph yang bersifat tidak semula jadi.
  3. Peserta digalakkan untuk mengunjungi Terma & Syarat dari semasa ke semasa untuk melihat sebarang pindaan dan/atau perubahan pada terma dan syarat.
  4. Keputusan SUHAKAM berkenaan senarai pemenang adalah muktamad. Semua peserta tidak boleh menggunakan proses mahkamah untuk mengkaji keputusan SUHAKAM.

-TAMAT-