(CLOSED) PERTANDINGAN MENULIS ARTIKEL HAK ASASI MANUSIA DARIPADA PERSPEKTIF AGAMA

TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN
  1. Pertandingan Menulis Artikel Hak Asasi Manusia daripada Perspektif Agama memberi fokus kepada empat agama/kepercayaan iaitu Islam, Kristian, Buddha dan Hindu.
  2. Tema pertandingan adalah merujuk kepada:
    1. Hak Kanak-kanak daripada perspektif agama
    2. Hak Wanita daripada perspektif agama
  3. Penyertaan adalah terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.
  4. Setiap penyertaan adalah secara individu dan hanya boleh menghantar tidak lebih daripadadua penyertaan sahaja. Setiap penyertaan mestilah menggunakan borang penyertaan yangdisediakan.
  5. Artikel yang ditulis mestilah hasil penulisan sendiri, asli dan belum pernah disiarkan dalammana-mana penerbitan. Plagiat adalah dilarang sama sekali dan jika berlaku, penyertaan akan dibatalkan manakala sijil/hadiah perlu dipulangkan kepada SUHAKAM. SUHAKAM berhak untuk menerbitkan, menyunting atau menggunakan artikel peserta sepenuhnya (tanpa mengubah kandungan asal) dan akan memberikan kredit terhadap artikel peserta dengan memaparkan nama penuh peserta dalam penerbitannya/program SUHAKAM.
  6. Artikel yang dihantar kepada SUHAKAM tidak boleh dihantar ke pertandingan lain sehinggalah pengumuman keputusan pemenang diumumkan oleh SUHAKAM. Keputusan pengadilan adalah muktamad dan ditentukan sepenuhnya oleh SUHAKAM.
  7. Format penulisan adalah seperti berikut:
  •  Penulisan mestilah dalam Bahasa Melayu sahaja dan jumlah perkataan adalah mengikut kategori:
Kategori A (Berumur bawah 18 tahun) Kategori B (Orang awam)
Antara 1200 hingga 1500 patah perkataan (4/5 halaman) Antara 2300 hingga 2500 patah perkataan (8/9 halaman)
*Sekiranya terdapat sumber rujukan yang ditulis secara nota kaki (footnotes) ia tidak termasuk jumlah patah perkataan.
  • Ditaip di atas kertas A4 menggunakan perisian Microsoft Office-Word. Setiap helaian artikel perlu ditandatangan, nama dan no. kad pengenalan peserta (di tulis tangan) di bahagian bawah kanan muka surat. Artikel perlu di taip sebelah muka surat sahaja dan pastikan mempunyai nombor muka surat.
  • Jenis aksara-Arial; Saiz aksara-12; Langkau baris-1.5; Justify
  • Penyertaan hendaklah dihantar alam bentuk hard copy sahaja sebanyak 5 salinanke alamat berikut:Urusetia (Pertandingan Menulis Artikel Hak Asasi Manusia daripada Perspektif Agama) Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) Tingkat 11, Menara TH Perdana Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur
  1. Sebarang pertanyaan hubungi Pn. Elza Nadiah bt Shaik Sulaiman di talian 03-2612 5686/5693 atau e-mel elza@suhakam.org.my.
  2. Pengumuman pemenang adalah dalam tempoh bulan Mac hingga April 2021.
  3. Setiap peserta akan menerima sijil penyertaan dan pemenang akan dihubungi oleh pihak urusetia bagi urusan penyampaian hadiah.
Terma-dan-syarat-pertandinganDownload
Tags: No tags

Comments are closed.