Penyelidik Diperlukan (ATHAM)

 PENYELIDIK DIPERLUKAN

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) mencari Penyelidik yang terdiri daripada kalangan ahli akademik atau individu yang berkelayakan untuk menjalankan kajian mengenai keberkesanan ‘Program Amalan Terbaik Hak Asasi Manusia’ (ATHAM). ATHAM ialah program kerjasama antara SUHAKAM dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang bertujuan untuk memupuk amalan dan budaya hak asasi manusia di sekolah secara bertanggungjawab untuk keharmonian sosial dan kesejahteraan hidup yang berterusan.

Maklumat Projek:

TAJUK: 

“Kajian Keberkesanan Pelaksanaan ‘Program Amalan Terbaik Hak Asasi Manusia’ (ATHAM) di Sekolah-Sekolah Terpilih Seluruh Malaysia dalam Meningkatkan Kefahaman Hak Asasi Manusia Di Kalangan Warga Sekolah”

TEMPOH MASA: 9 Bulan

TARIKH BERMULA: 1 Ogos 2020 dan tamat pada 30 April 2021.

Maklumat mengenai kajian ini boleh didapati di (SINI) dan maklum program ATHAM boleh didapati di (SINI).

Individu dan kumpulan yang berminat adalah dipelawa untuk mengemukakan Kertas Cadangan Penyelidikan (Research Proposal) berserta borang permohonan (SINI)  dan dokumen sokongan yang dilampirkan melalui emel kepada shahizad@suhakam.org.my atau pos ke alamat berikut:

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM)

Tingkat 11, Menara TH Perdana

Jalan Sultan Ismail

50250 Kuala Lumpur

U/P: Bahagian Pendidikan dan Latihan

NOTA PENTING:

Borang permohonan perlu ditaip menggunakan komputer berdasarkan format yang ditetapkan. Sebarang permohonan menggunakan tulisan tangan, mesin taip atau borang tidak lengkap akan ditolak.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi En Shahizad Sulaiman di 603-2612 5632 atau Cik Wan Norhafizah Junid di 603-2612 5667

Tarikh tutup permohonan: 6 JULAI 2020 (ISNIN)

Tags: No tags

Comments are closed.